CIMS MITI: Semakan Status & Pendaftaran Syarikat Beroperasi PKP

Dalam tempoh PKP yang diumumkan di seluruh negara, terdapat sektor-sektor yang masih boleh beroperasi namun perlu didaftarkan di sistem CIMS 3.0 MITI.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang CIMS 3.0 dan cara membuat pendaftaran bagi sektor yang dibenarkan beroperasi.

Apakah MITI?

Pada April 1956, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah ditubuhkan dengan ibu pejabat di Pejabat Kerajaan di Jalan Raja.

Kementerian ini kemudiannya telah ditukar kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada Februari 1972.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian berpecah kepada 2 Kementerian berasingan iaitu:

  1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI); dan
  2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Apakah CIMS MITI?

COVID19 Intelligent Management System (CIMS) adalah sebuah sistem pengisytiharan syarikat yang membolehkan pendaftaran secara sukarela oleh majikan.

Melalui sistem ini, pengguna boleh memohon surat kebenaran untuk beroperasi berdasarkan sektor-sektor yang dibenarkan oleh kerajaan dalam tempoh PKP.

Sektor-sektor yang boleh berdaftar di CIMS 3.0 adalah:

  • Perkilangan dan Perkhidmatan berkaitannya
  • Perkhidmatan Profesional
  • Peruncitan, pemborongan dan pengedaran
  • Pembinaan
  • eDagang
  • Sukan

Baca juga: Safe@Work MITI: Pendaftaran & Insentif Pelepasan Cukai RM50,000

Cara Pendaftaran / Permohonan Beroperasi

Untuk mendaftar, syarikat boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Layari https://notification.miti.gov.my
  2. Daftar sebagai pengguna
  3. Isikan maklumat syarikat
  4. Mohon surat kebenaran beroperasi

Rujuk video di sini:

https://youtu.be/CGwCIak7xs8

Semakan Status

Setelah mendaftar, anda boleh membuat semakan status dan mencetak surat kelulusan beroperasi dalam tempoh PKP.

Bagi yang menerima status “Kebenaran Beroperasi Digantung”, anda perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Sila periksa semula sama ada sektor yang anda nyatakan dibenarkan beroperasi atau tidak semasa PKP.
  2. Rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara untuk sektor yang dibenarkan beroperasi.
  3. Jika syarikat anda tidak tersenarai dalam sektor yang dibenarkan beroperasi, maka permohonan akan digantung walaupun mengeluarkan status lulus.
  4. Jika berlaku kesilapan pendaftaran, sila pergi ke menu ‘Pendaftaran Borang Notifikasi Baru’.
  5. Sila isikan maklumat yang berkaitan dan rujuk selanjutnya dalam infografik di bawah.

Kami kongsikan juga di sini direktori kementerian & agensi mengikut sektor untuk membantu syarikat-syarikat mendapatkan pencerahan mengikut skop industri masing-masing.

Klik pautan ini
https://bit.ly/2R9135d

Maklumat Lanjut

Info penuh dan tatacara pendaftaran MITI boleh dirujuk melalui laman web rasmi berikut : https://www.miti.gov.my/miti/

Ibu Pejabat MITI

Ministry of International Trade and Industry Menara MITI,
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 603-8000 8000 | Faks : 03-6206 4693 | Emel : webmiti[at]miti.gov.my | Website : http://www.miti.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!