Cat minyak merupakan salah satu cat yang lazimnya digunakan bagi mencantikkan rumah selain daripada cat air.
Namun, sebahagian individu masih tidak mengetahui cat ini boleh digunakan di permukaan yang sesuai.
Oleh itu, adalah penting untuk memahami apakah kegunaan cat ini dan berapakah harganya di pasaran Malaysia.
Mengenai Cat Minyak
Cat minyak atau dikenali juga sebagai alkyd based paint sesuai digunakan untuk tempat yang terdedah dengan keadaan yang lembab dan dapat memberikan ketahanan yang lebih lama kepada bahan yang disapu.
Dalam erti kata yang lain, cat ini merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang mengandungi sejumlah kecil partikel pigmen terapung dalam pelarut ringan selain daripada air.
Penggunaan Cat Minyak
Cat ini lazimnya digunakan di tempat-tempat berikut:
- Bingkai tingkap/pintu
- Permukaan besi dan kayu
- Dapur
- Bilik Air
Kelebihan & Kekurangan Cat Minyak
Kelebihan cat ini adalah seperti berikut:
- Cat ini mengering dengan lebih lambat daripada cat air dan memberikan kemasan yang memantulkan cahaya.
- Cat ini akan mengering dan mengeras yang membentuk lapisan perlindungan kepada bahan yang disapu.
Namun, kekurangan cat ini pula adalah seperti berikut:
- Memerlukan thinner untuk membersihkan berus dan tangan.
- Mempunyai bau yang kuat.
- Cat yang lambat kering.
- Tidak fleksibel dan akan merekah setelah beberapa lama.
Contoh Jenama Cat Minyak
Terdapat beberapa contoh cat ini yang lazim digunakan:
i) Nippon Paint Platone High Gloss (1L)
- Harga: RM18.00
- Enamel yang berasaskan alkyd minyak yang diubah suai dan sangat mudah digunakan pada pelbagai jenis permukaan.
- Cat ini mudah membentuk filem cat yang licin dan keras sekaligus menawarkan kemasan berkilat dan ketahanan yang sangat bagus.
- Cat ini sangat sesuai untuk hiasan dan memberi perlindungan kayu dalaman dan luaran rumah malah pada permukaan logam juga boleh digunakan.
- Dapat membuatkan permukaan yang dicat tahan kulat.
ii) ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints
- Harga: RM21.00
- Menggunakan teknologi Chroma Brite untuk memastikan rumah kelihatan baru dan lebih segar untuk masa yang lebih lama.
- Cat ini memberi kemasan kilauan yang licin dan memberi selaput permukaan yang baik.
- Warna cat ini jauh lebih cerah berbanding cat biasa.
- Bau yang tidak kuat dan menggunakan bahan yang tidak mempunyai bahan toksik.
iii) KTH K-996 High Gloss Paint (5L)
- Harga: RM18.00
- Merupakan cat kemasan yang memberikan permukaan berkilat berkualiti tinggi.
- Car ini dirumus khas untuk memberikan pengeringan dan keras dengan cepat.
- Sesuai digunakan untuk permukaan kayu, logam, dan juga permukaan cat lama.
iv) Seamaster ICON High Gloss Finish Paint (1L)
- Harga: RM15.50
- Cat ini sesuai digunakan untuk dalaman dan luaran.
- Proses pengeringan juga agak cepat dan dan memiliki tekstur yang mudah rata.
v) SANCora Super King Gloss Paint (1L)
- Harga: RM16.50
- Menggunakan rumusan yang memastikan cat sentiasa cantik dan berkilat pada permukaan besi.
- Tahan kulat dan tahan kotoran.
- Sesuai untuk semua cuaca kerana mempunyai salutan dan lekatan yang tinggi.
vi) Winsor & Newton Oil Paint
- Harga: RM12.00
- Mempunyai pelbagai pilihan warna yang menarik.
- Sesuai untuk bereksperimen dengan teknik berus yang berbeza.
- Memiliki tekstur yang mudah dicampur dengan medium membuatkan cat ini sangat sesuai untuk beginner dan artis profesional.
- Reka bentuk tiubnya pula berkualiti tinggi bagi memastikan tiada tumpahan atau kemalangan berlaku ketika melukis.
Sumber: https://productnation.co/my-bm/28220/cat-minyak-terbaik/
Baca juga: Senarai Kod Warna Cat Jotun & Katalog Terkini 2023