Advertisements

Bonuslink : Cara Daftar, Aktifkan Kad, Semakan Points & Tebus Ganjaran

Advertisements

Sekiranya anda gemar mengisi minyak di Shell, anda berkemungkinan besar sudah mempunyai kad Bonuslink untuk mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus dengan pelbagai hadiah menarik.

Malah, terdapat juga beberapa pusat membeli-belah yang menawarkan anda points untuk setiap ringgit wang yang dibelanjakan di kedai mereka.

Menariknya, pendaftaran untuk kad Bonus link sememangnya adalah percuma sahaja.

Menjadi Ahli BonusLink dan mendaftar untuk Kad baharu adalah mudah!

Cuma ikut langkah di bawah dan mula menikmati ganjaran hari ini!

A. Pendaftaran di website

  1. Layari halaman Membership Application di alamat https://www.bonuslink.com.my/EN/MemberApplication.aspx
  2. Lengkap segala maklumat yang dikehendaki dalam borang yang disediakan
  3. Klik pada “Supplementary Card” sekiranya anda memerlukannya dan lengkapkan segala maklumat yang berkaitan
  4. Klik butang “Submit” untuk melengkapkan proses pendaftaran
  5. Kad anda akan dihantar ke alamat anda dalam tempoh 2 – 3 minggu. Kad anda boleh digunakan sebaik saha diterima.

B. Pendaftaran di Stesen Shell

  1. Datang ke mana-mana stesyen Shell di Malaysia dan minta daripada staff yang bertugas borang pendaftaran Bonuslink anda.
  2. Daftarkan kad Bonuslink anda menggunakan salah satu kaedah berikut:
    • Daftar melaui SMS dengan menghantar mesej berikut ke 62666: BLINK<jarak>16-Digit Card Number<jarak>email address
    • Register melalui halaman Register Instant Card di alamat https://www.bonuslink.com.my/EN/UpdateProfile.aspx
    • Daftar melalui aplikasi mudah alih Bonuslink. Klik pada “Register Instant Card” dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk melengkapkan pendaftaran anda

Aplikasi Mudah Alih

aplikasi bonuslink

Untuk kemudahan pengguna berdaftar, anda boleh memuat turun aplikasi Bonus link ke telefon mudah alih anda.

Untuk keselamatan anda, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari sumber yang sah sahaja.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Klik pautan berikut untuk memuat turun aplikasi bergantung kepada peranti yang anda gunakan:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Setelah mendaftar akaun anda, anda boleh login ke akaun Bonuslink anda sama melalui website atau aplikasi mudah alih untuk menyemak mata terkumpul anda.

Baca juga:

Penebusan hadiah

Dengan points yang terkumpul, anda boleh membuat penebusan pelbagai hadiah menarik di Shell.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah tuala, payung, beg, baucar dan sebagainya bergantung kepada stok yang anda di stesyen minyak tersebut.

Untuk perkembangan terkini dan promosi-promosi menarik, boleh ikuti laman Facebook rasmi mereka di alamat https://www.facebook.com/BonusLink/?ref=page_internal

Leave a Comment