Cara Dapatkan Kad Pelajar Marry Brown & Diskaun Terkini

Tahukah anda, dengan Kad Pelajar Marry Brown, anda boleh mendapat pelbagai promosi dan diskaun istimewa dari semasa ke semasa.

Ini kerana, kad pelajar atau Student Card ini boleh digunakan secara percuma tanpa perlu bayar atau daftar apa-apa!

Jom kami kongsikan cara untuk mendapatkan kad pelajar Marry Brown dan terma & syaratnya.

Kad Pelajar Marry Brown Malaysia

Para pelajar yang layak (mesti mempunyai student ID yang sah) boleh mendapatkan kad pelajar anda di kaunter di cawangan MB terdekat anda (*kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon, Johor Premium Outlets, Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia).

4 Pilihan MB Meals

Dengan kad pelajar, anda mempunyai 4 pilihan MB Meals untuk dinikmati pada harga RM5.90 sahaja!

Pilihan MB Meals tersebut adalah:

  1. Chicken Burger & Coca Cola
  2. Nasi Kari Bowl & Coca Cola
  3. 1 Pc MB Crispy Chicken + Mashed Potato & Coca Cola
  4. Bubur Ayam MB & Coca Cola

*Sila rujuk terma dan syarat di bawah.

marry brown

Baca juga:

Terma & Syarat Menggunakan Diskaun Kad Pelajar Marry Brown

Berikut adalah terma dan syarat untuk Kad Pelajar MB 2024:
Terma dan syarat:

  • Tunjukkan kad ini sebelum membuat pesanan.
  • Sah untuk pelajar berumur bawah 25 tahun.
  • Dine-In sahaja.
  • SATU item setiap tawaran setiap pesanan.
  • Tidak sah dengan tawaran, promosi, diskaun dan penghantaran Marrybrown yang lain.
  • Harga tertakluk kepada 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (jika berkenaan).
  • Sah di: Semua Restoran Marrybrown di Malaysia (kecuali Marrybrown Genting Highlands, Sunway Lagoon, Outlet Premium Johor, Zoo dan cawangan Lapangan Terbang di Malaysia).
  • Sah sehingga: 31 Disember 2022

Sumber: Marry Brown Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!