Khasiat Biji Aprikot dan Potensinya Untuk Kesihatan

Biji aprikot mengandungi pelbagai nutrisi dan mempunyai potensi untuk membaiki tahap kesihatan.

Sesetengah pihak turut mendakwa yang biji tersebut mampu melawan kanser dalam tubuh.

Ini mungkin disebabkan oleh kandungan amygdalin iaitu sebuah sebatian yang dijumpai dalam biji aprikot.

Biji ini telah diamalkan selama beratus tahun kerana mengandungi pelbagai nutrisi penting antaranya :

  • Amygdalin (vitamin B17)
  • Vitamin A dan C
  • Vitamin E
  • Pangamic acid (vitamin B15)
  • Asid lemak (oleic, omega-6s, omega-3s)
  • Karbohidrat
  • Serat
  • Protein
  • Kalsium
  • Zat besi

5 Khasiat Biji Aprikot dan Potensinya Untuk Kesihatan Tubuh

1. Mempunyai Kandungan Antikanser

Biji aprikot mengandungi kandungan antioksida yang tinggi untuk melindungi sel badan daripada radikal bebas.

Tambahan pula, kandungan vitamin B 17 juga dipercayai dapat membunuh sel kanser dalam tubuh.

Walau bagaimanapun, beberapa kajian menunjukkan bahawa sebatian tersebut boleh membahayakan kesihatan.

Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk mengamalkannya sebelum mendapat nasihat daripada doktor.

2. Berpotensi Untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung

Walaupun ramai yang menekankan kandungan amygdalin dalam biji aprikot, namun ramai yang terlepas pandang satu lagi sebatian unik yang terkandung di dalamnya iaitu pangamic acid.

Sebatian ini dikatakan dapat mengurangkan stres pada sistem kardiovaskular terutamanya dalam kes penyakit jantung koronari (ischemic heart disease).

Beberapa kajian turut melaporkan bahawa pengambilan biji aprikot dalam kandungan sedikit secara konsisten boleh menurunkan tekanan darah dan sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

biji aprikot

3. Baik Untuk Kesihatan Sistem Pernafasan

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan kebaikan biji aprikot dalam mengurangkan mukus dan lendir dalam saluran pernafasan.

Bahan aktif dalam biji ini juga dikatakan mampu bertindak sebagai expectorant dan mempunyai potensi untuk melindungi tubuh daripada alahan, serangan asma dan keradangan tekak.

4. Tinggi Kandungan Serat

Dengan kandungan 5% serat dalam setiap biji, ia dikatakan berpotensi untuk membantu badan melancarkan pergerakan usus.

Kandungan fiber dalam biji ini juga dikatakan berpotensi untuk menyingkirkan toksin dan mengurangkan simptom seperti sembelit, perut kembung dan cirit birit.

5. Untuk Kesihatan Kulit

Biji aprikot juga merupakan salah satu bahan yang tidak asing lagi dalam produk penjagaan kulit.

Sering dijumpai dalam produk seperti losyen badan, sabun dan krim, ia dipercayai mampu bertindak sebagai exfoliator untuk menanggalkan sel mati pada permukaan kulit.

Pada masa yang sama, minyak biji aprikot pula mengandungi asid lemak (oleic dan linoleic) serta vitamin A dan E yang dikatakan dapat membantu melembapkan kulit kering.

biji aprikot

Kesan Sampingan Biji Aprikot

Walaupun ia mengandungi khasiat seperti protein, fiber, asid lemak, pangamic acid (vitamin B15) dan pelbagai nutrisi lain, namun kelebihan serta risikonya untuk dijadikan sebagai ubat masih diragui terutamanya untuk pesakit kanser.

Ini disebabkan oleh kandungan amygdalin yang terkandung di dalam biji tersebut.

Tambahan pula, amygdalin akan berubah kepada cyanide (sianida) di dalam badan. Berdasarkan Centers for Disease and Control Prevention (CDC), sifat toksin dalam cyanide boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti :

  • Pening kepala
  • Loya dan muntah
  • Degupan jantung laju
  • Kekeliruan
  • Jantung terhenti (cardiac arrest)
  • Koma
  • Sukar bernafas

Selain CDC, U.S. Food and Drug Administration (FDA) turut mengesahkan kes keracunan sianida akibat pengambilan biji tersebut.

Mungkin anda akan dapati sesetengah penjual biji aprikot mendakwa bahawa kesan cyanide daripada produk biji aprikot mereka adalah rendah dan tidak berbahaya.

Namun, anda masih perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menggunakannya lebih-lebih lagi untuk pengambilan secara oral.

Tambahan pula, terdapat banyak lagi alternatif lebih selamat dan berkesan yang doktor boleh cadangkan bagi merawat penyakit kanser yang dialami.

Sumber : medicinenet.com

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!