Tawaran Biasiswa Yayasan Hong Leong Untuk Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Yayasan Hong Leong kini dibuka untuk siswazah Diploma, Diploma Lanjutan atau Pengajian Prasiswazah yang berkelayakan.

Tempoh Permohonan

Untuk makluman,  tempoh permohonan bagi Biasiswa Yayasan Hong Leong dibuka bermula 15 Mei sehingga 30 Jun 2022.

Biasiswa Yayasan Hong Leong

Kadar Biasiswa

Penerima biasiswa yang terpilih bakal menerima dana seperti berikut :

  • Kursus prasiswazah di Universiti Awam : RM 8,500/= p.a
  • Kursus Diploma/Diploma Lanjutan di Universiti Awam dan Universiti Awam tempatan : RM 6,000/= p.a
  • Pengajian prasiswazah di Universiti Swasta tempatan (Program ijazah secara sepenuh masa dan di kampus) : Sehingga RM 24,000/=p.a
  • Kursus Perubatan/Pergigian di Universiti Swasta tempatan : Sehingga RM 32/= p.a

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Yayasan UMP Bagi Program Sarjana

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia berumur antar 17 hingga 25 tahun
  • Telah menduduki peperiksaan SPM/STPM tahun sebelumnya dan menerima keputusan pada bulan Mac tahun ini
  • Mereka yang sedang mengikuti Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah (Tahun 1,2 atau 3) di mana-mana kolej dan universiti tempatan yang diiktiraf juga boleh memohon.
  • Jumlah pendapatan isi rumah mestilah RM 5,000 dan ke bawah sebulan.
  • Mencapai keputusan akademik seperti berikut :
  1. Minimum 8A SPM atau 6A bagi UEC
  2. STPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda : Minimum CGPA 3.5
  • Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang mempamerkan sifat kepimpinan dan aktif dalam bidang ko-kurikulum, sukan atau khidmat masyarakat.
  • Pelajar dari golongan kelainan upaya (OKU) digalakkan untuk memohon

Untuk makluman, biasiswa ini tidak boleh dimohon bagi :

  • Pelajar yang sedang mengikuti kursus persediaan untuk memasuki kolej ( Program Asasi / Pra-Universiti)
  • Pelajar yang mengikuti program ‘twinning’
  • Pelajar Sarjana atau PhD atau program lepasan Ijazah yang berkaitan

Cara Memohon Biasiswa Yayasan Hong Leong

Calon boleh kemukakan secara atas talian melalui pautan di bawah :

Hong Leong Foundation Scholarship 2022 Application

Panduan Untuk Memohon

  • Calon diminta untuk lengkapkan semua bahagian yang diwajibkan, pastikan semua butiran adalah tepat dan benar.
  • Pemohon juga diminta untuk muat naik dokumen seperti berikut :
  1. Keputusan peperiksaan yang terkini
  2. Jumlah pendapatan isi rumah bulanan
  3. Kad Pengenalan Ibu Bapa atau Penjaga
  • Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan
  • Jika calon disenarai pendek dan dipanggil untuk temu duga, calon akan diminta untuk bawa bersama sijil dan dokumen asal atau salinan yang sudah disahkan.
  • Sila ambil maklum bahawa calon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari Yayasan sebulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Yayasan Hong Leong, sila semak Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut :

SOALAN LAZIM PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN HONG LEONG

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!