Biasiswa IJM 2024: Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Bagi lepasan STPM atau setaraf yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, anda dipelawa untuk memohon Biasiswa IJM 2024 yang telah dibuka untuk permohonan.

Teruskan bacaan untuk mengetahui syarat kelayakan dan bidang pengajian yang ditaja untuk Biasiswa IJM ini.

Pendidikan adalah teras teras rangka kerja IJM dan komitmen ini ditegaskan oleh pelaburan IJM melalui pemberian biasiswa ini yang telah lama wujud, dengan lebih RM 6 juta telah ditaja bagi 361 sarjana sejak 1994.

Biasiswa IJM 2024

Program Biasiswa IJM telah ditubuhkan untuk membantu membangunkan, memupuk dan membesarkan bakat muda dan cemerlang Malaysia masa depan.

Melalui pemberian biasswa ini, pelajar diberi peluang untuk merealisasikan potensi mereka, justeru, mencapai cita-cita tertinggi mereka.

Pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang, yang proaktif dan bermotivasi tinggi, dan berhasrat untuk mengikuti atau sedang mengikuti mana-mana satu daripada kursus yang disenaraikan di bawah digalakkan untuk memohon Biasiswa IJM.

Artikel berkaitan: Permohonan Biasiswa MyBrainSc 2024 – Syarat & Semakan

Senarai bidang pengajian

Biasiswa IJM 2024 ini hanya terbuka untuk pelajar yang menyambungkan pengajian dalam bidang-bidang berikut:

  • Kejuruteraan Awam (Civil Engineering)
  • Kejuruteraan Elektrik (Electrical Engineering)
  • Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering)
  • Ukur Bahan (Quantity Surveying)
  • Seni Bina (Architecture)
  • Ekonomi ( Economics)
  • Ukur Bangunan / Pengurusan Pembinaan (Building Surveying / Construction Management )
  • Analitis Perniagaan / Sains Data (Business Analytics / Data Science)
  • Pentadbiran Perniagaan (Business Administration)
  • Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management)
  • Pengurusan Operasi Maritim (Maritime Operation Management)
  • Sains Logistik / Pengurusan Pengangkutan (Science Logistics / Transportation Management)
  • Harta Tanah / Perancangan Bandar (Property / Real Estate / Urban Planning)
  • Sains Alam Sekitar dan Kelestarian (Environmental Science and Sustainability )
  • Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Perisian (Information Technology / Software Engineering)
  • Pemasaran / Komunikasi (Marketing / Communication)

Syarat kelayakan

Selain melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian yang disenaraikan di atas, calon yang memohon untuk Biasiswa IJM 2024 mestilah memenuhi syarat-syarat di bawah untuk dipertimbangkan permohonan mereka:

  • Warganegara Malaysia
  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A/CGPA 3.50 dalam STPM atau setaraf (contohnya, Matrikulasi, A-Level, Asasi, Diploma)
  • Mendaftar di mana-mana institusi pendidikan terkemuka untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa pertama Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan swasta tempatan
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda mesti mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 daripada 4.00 dalam semester terkini
  • Penguasaan bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang baik, dalam penulisan dan pertuturan
  • Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum
  • Tidak menerima mana-mana biasiswa lain, pinjaman pendidikan atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi lain
  • Penguasaan bahasa Mandarin adalah satu kelebihan
  • Sedia berkhidmat dengan IJM untuk tempoh tertentu selepas tamat pengajian

Tempoh permohonan

Permohonan untuk Biasiswa IJM 2024 telah dibuka dan tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Jun 2024.

Cara mohon

biasiswa IJM 2024

Permohonan bagi Biasiswa IJM 2024 ini boleh dibuat secara dala talian melalui pautan https://scholarship.ijm.com/Scholarship/2024

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau soalan mengenai biassiwa IJM 2024 ini, anda boleh mengutarakan soalan anda kepada pegawai yang bertugas melalui salah satu cara di bawah:

IJM Corporations Berhad

Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin, 
46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia\Emel: [email protected]
Telefon: +603-79858288
Faks: +603-79858288
Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini: