Tawaran Biasiswa Gamuda 2022 Untuk Lulusan Pra-Universiti dan Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Biasiswa Gamuda kini dibuka. Pelajar yang berkelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.

Apa Itu Biasiswa Gamuda ?

Biasiswa Gamuda merupakan salah satu program yang digerakkan oleh Yayasan Gamuda bagi membantu ramai graduan untuk mengubah kehidupan, perspektif dan kerjaya mereka.

Setiap tahun, Biasiswa Gamuda memberi peluang kepada puluhan graduan untuk mengikuti bidang pengajian yang mereka minati di universiti terkemuka dalam dan luar negara.   

Biasiswa Gamuda

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 31 Mei 2022.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Tuanku Canselor & Biasiswa UMT 2022 Untuk Pelajar PhD

Manfaat Biasiswa Gamuda

Antara kelebihan yang ditawarkan kepada penerima biasiswa Gamuda adalah :

Bantuan Kewangan

Penerima biasiswa akan menerima sokongan dalam bentuk kewangan bagi mengikuti program ijazah pertama mereka.

Bantuan kewangan akan diberikan bagi membiaya yuran pengajian, elaun sara hidup, yuran penginapan, pembelian buku, elaun komputer riba dan tambang penerbangan ( bagi pelajar yang menuntut di universiti luar negara).

Peluang Penempatan

Penerima biasiswa juga akan berpeluang untuk jalani latihan amali serta peluang penempatan kerja dalam kumpulan Syarikat Gamuda selepas tamat pengajian.

Program Penglibatan dan Pembangunan Pengurusan (SEDP)

Program yang dikhaskan untuk penerima biasiswa ini akan memantapkan lagi kemahiran kepimpinan serta yang aspek yang berkaitan demi melatih siswa sebagai ahli profesional bila memasuki alam pekerjaan nanti.

Kursus Pengajian Yang Layak Memohon

Untuk makluman, biasiswa ini terbuka kepada siswa lepasan Pra-Universiti serta pelajar ijazah sepenuh masa pertama yang sedang mengikuti salah satu bidang pengajian berikut :

  • Kejuruteraan (Awam, Elektrik, Mekanikal, Mekatronik, Perisian)
  • Sains Alam Sekitar dan Kelestarian / Hortikultur / Pengurusan Biodiversiti
  • Ukur Bahan / Ukur Bangunan / Pengurusan Pembinaan
  • Pengurusan Hartanah dan Hartanah
  • Kewangan / Perakaunan
  • Pengajian Perniagaan / Pentadbiran Perniagaan
  • Seni bina
  • Psikologi / Pengurusan Sumber Manusia

*STPM, A-level, International Baccalaureate, Matrikulasi, Yayasan Matrikulasi Australia, Program Ijazah Amerika, Diploma atau setaraf dengannya.

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon yang berminat perlulah memenuhi syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia.
  • Memperoleh minimum 3A / PNGK 3.40 dalam STPM atau setaraf (cth A-Levels, Matrikulasi, Asasi, Diploma).
  • Mahir berbahasa Inggeris.
  • Kualiti kepimpinan yang kukuh- dan aktif dalam bidang ekstrakorikulum, sukan dan khidmat masyarakat.
  • Bukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Memulakan / sedang belajar sepenuh masa program ijazah pertama.

Cara Mohon Biasiswa Gamuda 2022

Calon yang berkelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut :

https://scholarship.gamuda.com.my/Scholarship/RegisterLogin

Panduan Untuk Mohon Biasiswa

  1. Pemohon baru perlulah daftarkan butiran diri terlebih dahulu, sementara pemohon lama boleh log masuk menggunakan alamat emel serta kata laluan yang telah ditetapkan.
  2. Pemohon disarankan untuk akses pautan menggunakan Google Chrome atau Internet Explorer
  3. Borang permohonan biasiswa mengandungi sembilan (9) bahagian dan setiap satunya mengambil masa kira-kira satu (1) jam untuk dilengkapkan.
  4. Salah satu bahagian dalam borang memerlukan calon untuk tulis esei dengan minimum 150 patah perkataan. Meniru adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  5. Walau bagaimanapun, pemohon dibenarkan untuk simpan esei yang belum lengkap sekali sahaja dan boleh teruskan pada waktu yang sesuai.
  6. Untuk lanjut ke bahagian borang yang seterusnya atau Log keluar, pemohon perlulah lengkapkan semua butiran yang ditanda (*) dan klik “Save”.
  7. Semua butiran wajib serta dokumen yang diperlukan perlu dihantar secara lengkap.
  8. Pastikan semua butiran dan dokumen disemak dengan lengkap. Selepas borang dihantar, pemohon tidak dibenarkan untuk buat sebarang perubahan.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  1. Keputusan akademik dari SPM (atau setaraf) dan seterusnya
  2. Surat tawaran dari universiti
  3. Transkrip akademik terkini (jika sedang mengikuti ijazah sarjana muda)
  4. Dokumentasi pendapatan terkini ibu bapa ( contoh:  slip gaji, borang EA, borang J, slip pencen)

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan ke [email protected].

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Gamuda, sila layari laman web rasmi Gamuda Scholarship.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!