Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi

Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) Matrikulasi

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Matrikulasi yang berkelayakan bakal berpeluang untuk menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar atau BSHP.

Apa Itu Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi?

BSHP merupakan bantuan yang disalurkan kepada pelajar Matrikulasi baharu yang berkelayakan.

Inisiatif ini diwujudkan bagi meringankan beban sara hidup pelajar ketika melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Baca Juga :  Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2023 / 2024

Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi

Jenis dan Kadar Bantuan

1.Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP)

Bantuan disediakan kepada pelajar daripada keluarga B40 dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM 10,000 ke bawah.

Pelajar yang berkelayakan akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM 1,250.00 bagi setiap semester.

2.Tuntutan Tiket Penerbangan

Selain itu, pelajar dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditawarkan pengajian Program Matrikulasi di Semenanjung juga layak untuk membuat tuntutan tiket penerbangan pergi dan balik SEKALI sepanjang pengajian.

Pelajar perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu dan membuat tuntutan selepas pembelian di kolej masing-masing.

Walau bagaimanapun, pelajar Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang ditempatkan di Kolej Matrikluasi Sarawak atau Kolej Matrikulasi Labuan tidak layak membuat tuntutan tiket penerbangan.

Tarikh Bayaran

Pelajar yang berkelayakan bakal menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.

Untuk makluman, pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.

Kelayakan

Seperti yang dinyatakan, bantuan ini layak diterima oleh pelajar daripada keluarga B40 dan M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM 10,000 ke bawah.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai BSHP, sila rujuk pautan berikut :

https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

Anda juga boleh rujuk Soalan Lazim Matrikulasi seperti lampiran berikut :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!