Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Skim Bantuan Awal IPT Dalam dan Luar Negara Oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi Kemasukan pengajian Tahun 2021 akan dibuka bermula 15 Februari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Bagi pelajar yang baru berpeluang melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda, Bantuan Awal IPT ini boleh membantu anda menampung kos memasuki pengajian awal di dalam negara.

Berikut adalah maklumat lanjut yang perlu anda tahu tentang Bantuan Awal IPT atau Dermasiswa Awal IPT Dalam Negara yang diperkenalkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.

bantuan awal ipt kedah

Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah

Bantuan Awal IPT atau juga dikenali sebagai Derma Siswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Dalam Negara merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi dalam negara.

Bantuan ini tidak termasuk pelajar yang menyambung pengajian diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pusat pengajian yang bertaraf sekolah.

Bantuan ini adalah dibawah asnaf asnaf fisabilillah dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pengajian.
  5. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  6. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  7. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan awal IPTA.
  8. Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.

Cara Permohonan Bantuan Awal IPT Daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah berikut:

bantuan awal ipt
  1. Layari laman web rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah atau terus ke pautan http://ipt.zakatkedah.com.my/
  2. Klik ‘Aplikasi Dalam Talian’ dan pilih tab ‘Bantuan Awal IPT’
  3. Bagi pemohon baru, sila tekan butang PERMOHONAN BARU.
  4. Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS.
  5. Muat naik (upload) dokumen lampiran pada ruangan yang disediakan.
bantuan awal ipt kedah

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
  • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
  • Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akaun pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
  • Salinan Akaun Bank Pemohon (Pelajar)

*Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/ Penolong Amil bagi kariah masjid.

Baca juga : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP

Semakan & Cetakan

Untuk membuat semakan dan cetakan borang, sila ke pautan http://ipt.zakatkedah.com.my/.

Masukkan No KP & Kata Laluan, kemudian tekan Butang SEMAK.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah ini, sila berhubung melalui:

LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Aras 3, Menara Zakat,
Jalan Telok Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah.
Tel : 04-7331740
Faks : 04-7316280
Aduan/Cadangan : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!