Amarra – Biodata Anak Pak Azad (Talk To My Manager 2)

amarra
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Amarra atau Amarra Sofea Rose ialah merupakan anak kepada selebriti yang dikenali sebagai Pak Azad dan Eira Syazira.

Nama Amarra mula menjadi sebutan ramai apabila beliau tampil sebagai peserta dalam program realiti popular Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) pada tahun 2026.

Jom baca biodata Amarra dan serba sedikit mengenai beliau.

Siapa Amarra?

Amarra Sofea Rose ialah anak perempuan sulung Pak Azad dan Eira Syazira, dua nama yang sudah lama dikenali dalam industri hiburan tempatan.

Nama penuh Amarra ialah Amarra Sofea Rose binti Azad Jazmin. Beliau merupakan penari Run The Voo dan kini menyertai Talk To My Manager 2 bersama ayahnya, Pak Azad (Azad Jazmin).

Sebagai anak kepada figura hiburan yang sudah lama bertapak dalam industri, Amarra tidak asing dengan dunia kamera.

Namun, kemunculannya dalam TTMM2 membuktikan bahawa beliau bukan sekadar “anak selebriti”, sebaliknya memiliki aura dan personaliti tersendiri yang semakin menyerlah.

Amarra - Biodata Anak Pak Azad (Talk To My Manager 2)

Amarra - Biodata Anak Pak Azad (Talk To My Manager 2)

Biodata Amarra Anak Pak Azad

Nama PenuhAmarra Sofea Rose binti Azad Jasmin
Nama PanggilanAmarra Sofea Rose / Amarra
Tahun Lahir2013
Umur (2026)13 tahun
AsalKuala Lumpur, Malaysia
Ibu BapaAzad Jasmin (Pak Azad) & Eira Syazira
Adik‑beradik1. Ameisya Leann Rose
2. Areisya Suri Rose
Kerjaya TerkiniPenari & Peserta Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2)
Platform Media SosialInstagram @amarra.sr, Tikok @amarra.sr
Amarra - Biodata Anak Pak Azad (Talk To My Manager 2)

Amarra - Biodata Anak Pak Azad (Talk To My Manager 2)

Kehidupan Peribadi

Amarra Sofea Rose dibesarkan dalam sebuah keluarga seni yang sangat akrab. Amarra merupakan anak sulung daripada tiga beradik perempuan hasil perkongsian hidup Azad Jasmin (Pak Azad) dan Eira Syazira.

Memasuki usia 13 tahun pada 2026, Amarra kini berada di fasa awal remaja yang mana beliau mula menunjukkan kematangan bukan sahaja dari segi pemikiran, malah dari segi pembawaan dirinya di khalayak ramai.

Bagi Amarra, keluarga adalah segalanya. Beliau merupakan kakak yang sangat melindungi dua adiknya, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Keakraban Amarra dengan bapanya, Pak Azad, juga sering menjadi tular. Jika Pak Azad dikenali dengan telatah ‘gila-gila’ dan jenaka spontannya, Amarra pula berperanan sebagai pengimbang yang mampu melayan karenah ayahnya dengan gaya yang cukup bersahaja.

Beliau lebih gemar menghabiskan masa berkualiti di rumah bersama keluarga, melakukan aktiviti seperti memasak bersama ibunya atau menghasilkan video kandungan kreatif buat pengikutnya di media sosial.

Penampilan fizikal Amarra juga sering menjadi bualan netizen di tahun 2026. Dengan ketinggian yang mencecah 160cm di usia muda, beliau sering digelar sebagai “kembar” ibunya, Eira Syazira.

Amarra anak pak azad

Amarra Sertai Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2)

Amarra Sofea Rose menarik perhatian ramai apabila menjadi salah seorang peserta Talk To My Manager Musim 2 bersama bapanya, Pak Azad (Azad Jazmin).

Program ini merupakan siri pertandingan hiburan keluarga yang memaparkan pasangan pengurus–artis,.

Dalam musim kedua ini, Pak Azad berperanan sebagai “manager” manakala Amarra pula sebagai “artist” yang muncul di atas pentas Astro Ria.

TTMM2 bermula siaran rasmi pada 19 April 2026, setiap hari Ahad pada pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104), dan boleh juga distrim menerusi Astro Go serta sooka.

Pada konsert pertama TTMM2, pasangan Pak Azad & Amarra pernah diumumkan sebagai salah satu peserta yang berada di tangga tiga terbawah.

Komen juri untuk Amarra untuk konsert pertama TTMM2: Pak Azad x Amarra – Gabriella

Datuk Syafinaz: Awak kena tutup punya ingatan ini adalah pentas nyanyian, aspek nyanyian banyak yang perlu diperbaiki, kena faham basic untuk nyanyian dan awak kena pilih lagu yang sesuai untuk awak. Tapi awak perlu cerdik guna kelebihan sebagai penyanyi, Pak Azad menjalankan tugas yang sangat baik, teruskan.

Amarra

@amarra.sr

APAA SALAH JJ SEHARI JE LAGIII 😻😻😻 #TalkToMyManager #talktomymanager2 #fyp @Azadsyaziraroses™️

♬ suara asli – ciya – ciya

Fakta Menarik

  1. Amarra Sofea Rose ialah anak sulung pasangan selebriti Pak Azad (Azad Jazmin) dan Eira Syazira.
  2. Nama penuhnya menggunakan gabungan “Rose” sebagai tanda penghormatan kepada ibu dan ibu mertua Pak Azad, yang kedua‑duanya berpangkal nama “Ro”
  3. Amarra menyertai Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) bersama Pak Azad sebagai pasangan pengurus–artis, tampil di Astro Ria dan boleh distrim menerusi Astro Go dan sooka.
  4. Amarra aktif di media sosial dan sering berkongsi video menari dan interaksi dengan bapanya.

BACA JUGA: Kim Khairii – Biodata Anak Safura (Talk To My Manager 2)

Soalan Lazim Amarra

Siapa Amarra?

Amarra Sofea Rose ialah anak sulung pasangan selebriti Pak Azad (Azad Jazmin) dan Eira Syazira. Dia sering dikenali sebagai anak Pak Azad yang turut muncul di media massa dan program hiburan seperti Talk To My Manager Musim 2.

Berapa umur Amarra pada 2026?

Amarra berusia sekitar 10 tahun pada 2024, bermakna pada 2026 dia berada dalam fasa remaja awal, lebih kurang 13 tahun.

Amarra ada berapa adik‑beradik?

Amarra mempunyai dua adik perempuan, iaitu Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose, menjadikan keluarga ini tiga anak perempuan semuanya.

Kenapa nama “Rose” jadi konsisten dalam semua anak Pak Azad?

Nama “Rose” diambil sebagai penghormatan kepada ibu dan ibu mertua Pak Azad yang berpangkal nama “Ro”, menjadikan semua anak perempuannya – Amarra, Ameisya dan Areisya – mempunyai akhiran “Rose”.

Adakah Amarra sudah aktif dalam dunia kerja seni sebelum ini?

Amarra aktif dalam tarian dan kandungan media sosial berorientasikan hiburan keluarga. Penyertaannya dalam TTMM2 menunjukkan potensinya untuk berkembang dalam bidang persembahan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut