Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 – Berkuatkuasa Mulai 1 Jun 2026

AKTA SEWA BELI (PINDAAN) 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 ialah pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang telah diwartakan pada 30 Januari 2026 dan akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pindaan ini diperkenalkan bagi mewujudkan sistem sewa beli yang lebih adil, telus dan mesra pengguna.

Berikut dikongsikan info penuh mengenai Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 dan intipati pentingnya.

Ringkasan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026
  • Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 bakal dikuatkuasakan secara rasmi pada 1 Jun 2026.
  • Pindaan ini secara rasmi memansuhkan dua kaedah pengiraan faedah tradisional yang dianggap tidak adil kepada peminjam, iaitu :
    • Kadar Faedah Tetap Sama Rata (Flat Rate)
    • Kaedah Peraturan 78 (Rule of 78)
  • Sebelum ini, sebahagian besar ansuran awal digunakan untuk membayar faedah dan hanya sedikit untuk prinsipal. Ini menyebabkan peminjam menanggung baki pinjaman yang tinggi walaupun ingin membuat penyelesaian awal.
  • Pindaan ini juga menyokong penuh penggunaan teknologi untuk perjanjian sewa beli.
  • Penyedia sewa beli diberikan masa untuk menyesuaikan sistem, dokumentasi, dan proses baharu. Walau bagaimanapun, penyedia yang sudah bersedia boleh mula menawarkan kontrak mengikut pindaan baharu bermula tarikh kuat kuasa.

Apa Itu Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026?

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 ialah pembaharuan kepada Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) yang diwartakan pada 30 Januari 2026 dan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.

Ia bertujuan menterjemahkan prinsip keadilan kredit pengguna serta memodenkan perjanjian sewa beli dengan memansuhkan kaedah pengiraan lama seperti kadar faedah tetap (flat rate) dan “Rule of 78”.

Pindaan ini memberi fokus kepada:

  • kaedah pengiraan caj pembiayaan (memansuhkan kadar faedah tetap atau flat rate dan Rule of 78, gantikan dengan Kadar Faedah Efektif dan Kaedah Baki Berkurang),
  • digitalisasi perjanjian sewa beli
  • ketelusan kos pinjaman melalui pendedahan wajib,
akta sewa beli pindaan 2026

Secara ringkasnya, Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 bertujuan untuk:

  • Memperbaharui kaedah pengiraan caj pembiayaan supaya lebih adil kepada pengguna.
  • Meningkatkan ketelusan maklumat pinjaman dalam perjanjian sewa beli.​
  • Mengurangkan beban kos kepada peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal melalui diskaun goodwill.
  • Menyelaraskan sistem pembiayaan sewa beli dengan piawaian kewangan semasa serta transformasi digital seperti tandatangan elektronik.

Melalui pindaan ini, pengguna di Malaysia dijangka menikmati sistem pembiayaan yang lebih mesra pengguna, jelas dan seimbang antara kepentingan peminjam serta institusi kewangan.

Kenyataan Media Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026

Berikut ialah kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2026:

akta sewa beli pindaan 2026

akta sewa beli pindaan 2026

akta sewa beli pindaan 2026

akta sewa beli pindaan 2026

Tarikh Kuat Kuasa

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 diwartakan pada 30 Januari 2026 dan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.

Penyedia sewa yang memerlukan masa untuk menyesuaikan sistem, dokumentasi dan proses diberi tempoh peralihan.

Manakala, penyedia yang bersedia boleh mula tawarkan perjanjian sewa beli mengikut pindaan sejak tarikh tersebut.

Pengumuman dibuat oleh Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali sempena Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di Kota Kinabalu.

Diskaun Ihsan

Selain itu, seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) pada bulan Disember 2025, institusi perbankan akan juga menawarkan diskaun ihsan atau goodwill discount bermula pada tarikh kuat kuasa Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026, iaitu 1 Jun 2026.

Diskaun ini akan diberikan kepada pelanggan di bawah kaedah lama.

Iaitu kadar faedah sama rata dan peraturan 78, yang memilih untuk membuat penyelesaian awal, bagi memastikan baki tertunggak mereka setara dengan pelanggan yang memasuki perjanjian baharu, iaitu berasaskan Kadar Faedah Efektif dan Kaedah Pengurangan Baki, di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026.

Intipati Penting

Merujuk kepada kenyataan media KPDN, Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 bertujuan menterjemahkan prinsip keadilan kredit pengguna dan pemodenan dalam konteks perjanjian sewa beli melalui beberapa perubahan utama seperti berikut:

1. Mansuhkan Penggunaan Kadar Faedah Tetap Sama Rata (flat rate) & Kaedah Peraturan 78 (Rule of 78)

Pindaan ini memansuhkan penggunaan Kadar Faedah Tetap Sama Rata (flat rate) dan kaedah Peraturan 78 (rule of 78).

Di bawah kaedah tersebut, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah, manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.

Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman yang tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman.

2. Memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki & Kadar Faedah Efektif

Peruntukan baharu melalui pindaan yang telah dibuat memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki (reducing balance method) dan Kadar Faedah Efektif (effective interest rate) bagi pinjaman sewa beli berkadar tetap.

Melalui kaedah ini, faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa, sekali gus menjadikan penyelesaian awal pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna.

3. Menyokong Tranformasi Digital

Pindaan ini menyokong transformasi digital dengan membenarkan penggunaan teknologi dalam perjanjian sewa beli.

Ini termasuk kebenaran untuk menggunakan tandatangan serta penyerahan dokumen secara digital dan elektronik bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perjanjian.

4. Memperkenalkan Pelaksanaan Usaha Wajar (Due Diligence)

Di samping itu, pindaan ini turut memperkenalkan keperluan pelaksanaan usaha wajar (due diligence) untuk pengesahan identiti peminjam sebagai langkah mengurangkan risiko penipuan.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai akta ini, sila rujuk:

  1. Portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  2. Facebook KPDN Laman Rasmi
  3. Talian: 1-800-88-6800
  4. Emel: [email protected]
akta sewa beli pindaan 2026

Soalan Lazim Akta Sewa Beli (Pindaan) 2006

Bilakah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 berkuat kuasa?

1 Jun 2026.

Apakah kaedah yang dimansuhkan?

Flat rate dan Rule of 78.

Apakah perubahan utama kepada kaedah faedah?

Memansuhkan kadar faedah tetap (flat rate) dan Rule of 78 dan gantikan dengan kadar faedah efektif serta kaedah baki berkurangan untuk pengiraan lebih adil.

Bolehkah gunakan tandatangan elektronik?

Ya, pindaan ini benarkan dokumen digital dan tandatangan elektronik untuk proses sewa beli baharu.

Siapakah yang mengawal selia pelaksanaan akta ini?

Pelaksanaan dan penguatkuasaan akta ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang bertanggungjawab memastikan semua pihak mematuhi peraturan sewa beli di Malaysia.

Apakah jenis pembelian yang terlibat dengan akta ini?

Akta sewa beli biasanya melibatkan pembelian barangan melalui pembiayaan seperti:
– Kenderaan (kereta dan motosikal)
– Barangan elektrik bernilai tinggi
– Peralatan tertentu yang dibeli melalui skim sewa beli

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut