Orang Sarawak sekarang dah boleh terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching, Sarawak dengan harga penerbangan mampu milik serendah RM375 sahaja menggunakan AirBorneo. Tempahan tiket boleh dilakukan melalui laman web rasmi: AirBorneo Official
AirBorneo adalah merupakan syarikat penerbangan milik penuh kerajaan negeri Sarawak yang ditubuhkan secara rasmi selepas pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG).
Syarikat penerbangan ini menggunakan konsep tiket all-inclusive yang merangkumi hidangan makanan bertemakan menu tempatan Sarawak, pilihan tempat duduk, 10kg hand carry dan 23 kg bagasi dalam satu harga tiket.
Berbaloinya!

Apa itu AirBorneo?
AirBorneo ialah inisiatif strategik Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memberikan alternatif pengangkutan udara dengan harga mampu milik untuk rakyat Malaysia Timur, terutamanya di Sabah, Sarawak, dan Labuan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan bahawa Air Borneo beroperasi di bawah model perniagaan yang unik di mana kerajaan negeri membantu menampung kos tetap syarikat.
Tujuan utamanya adalah untuk mengawal kestabilan harga tiket pesawat dan mengelakkan manipulasi harga melampau oleh syarikat penerbangan komersial lain, terutamanya ketika musim perayaan.

Promo AirBorneo Tiket Kch-KL Serendah RM375
Air Borneo menawarkan tiket Kuching-KL dan KL-Kuching serendah RM375 untuk kelas penerbangan ekonomi menerusi kempen promosi “Sarawakku Sayang Fares”.
Harga RM375 tersebut adalah kadar tetap sepanjang tahun bagi menstabilkan harga tiket antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Ringkasan Promosi & Penerbangan AirBorneo
- Kadar Tambang:
- Kelas Ekonomi: Bermula RM375 sehala (termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, makanan, pemilihan tempat duduk, bagasi daftar masuk 23kg, dan bagasi kabin 10kg).
- Kekerapan Laluan: Penerbangan beroperasi dua kali sehari menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) dan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1).
- Tempoh Penerbangan: Bermula sejak 20 Julai 2026 dan dibuka untuk tempahan sehingga 27 Mac 2027.
- Saluran Tempahan: Tiket hanya boleh dibeli secara eksklusif melalui laman web rasmi AirBorneo atau aplikasi mudah alih AirBorneo.


Apa yang termasuk dalam harga tiket RM375?
Tiket anda sudah merangkumi semua kemudahan perkhidmatan penuh:
- Bagasi Daftar Masuk (Checked Baggage): Maksimum 23kg
- Bagasi Kabin: Maksimum 10kg
- Makanan dalam pesawat (In-flight meals)
- Pemilihan tempat duduk (Seat selection)
- Cukai lapangan terbang & surcaj bahan api
Apa Yang Menarik Mengenai AirBorneo?
Sebagai sebuah Full-Service Carrier (FSC), AirBorneo menawarkan pelbagai kelebihan berbanding syarikat penerbangan tambang murah:
1. Tiket Termasuk Semua (All-in Fares)
- Harga tiket yang dipaparkan sudah termasuk 23kg bagasi daftar masuk, bagasi kabin 10kg, dan pemilihan tempat duduk.
- Makanan Dalam Penerbangan: Penumpang disajikan dengan hidangan menu tempatan
- Kemudahan Digital: Penumpang boleh menguruskan tempahan dan melakukan daftar masuk dalam talian (48 jam sebelum penerbangan) dengan mudah melalui Aplikasi Google Play AirBorneo atau Apple App Store AirBorneo.

2. Harga Siling “Sarawakku Sayang”
Kadar RM375 sehala untuk Kelas Ekonomi adalah kadar tetap sepanjang tahun. Anda tidak perlu risau tentang kenaikan harga mendadak (dynamic pricing) pada musim perayaan atau cuti sekolah.
3. Fleksibiliti Penukaran Tiket
Berdasarkan maklum balas penumpang terawal, AirBorneo menawarkan satu kali penukaran tarikh penerbangan secara percuma, sesuatu yang sangat jarang ditawarkan untuk tiket kelas ekonomi biasa.
3. Keselesaan Pesawat Jet
Bagi laluan utama seperti Kuching-KL dan Kuching-Singapura, AirBorneo menggunakan pesawat jet Boeing 737-800 yang menawarkan ruang kaki selesa.
Berbaloikah Naik AirBorneo?
Nak tahu berbaloi ke tidak pilih AirBorneo ni, anda boleh rujuk jadual penilaian ringkas di bawah:
| Situasi Anda | Berbaloi atau Tidak? | |
|---|---|---|
| Tempah Saat Akhir (Last Minute) | Sangat Berbaloi | Syarikat lain selalunya mengenakan RM700–RM800 untuk last-minute booking. Di AirBorneo, harganya kekal RM375. |
| Membawa Banyak Bagasi | Berbaloi | AirBorneo menyediakan 10kg handcarry dan 23kg bagasi yang boleh check-in. Memang boleh jimat banyak berbanding airline lain. |
| Terbang Semasa Musim Perayaan | Sangat Berbaloi | Tiada caj harga “puncak” gila-gila untuk Raya, Gawai, atau Tahun Baru Cina. |
| Mencari Jadual Fleksibel (Banyak Pilihan Masa) | Kurang Berbaloi | Buat masa ini, AirBorneo baru beroperasi dua kali sehari bagi laluan KCH-KUL. Pilihan masa agak terhad jika penerbangan tersebut tidak kena dengan jadual anda. |
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim AirBorneo
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai AirBorneo melalui:
- Laman web rasmi: AirBorneo Official
- Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
Semua urusan berkaitan pembatalan, pemulangan wang (refund), atau pindaan tiket boleh dilakukan terus menerusi Pusat Panggilan (Call Center) AirBorneo:
- Talian Tempatan (Bebas Tol): 1-300-22-1388
- Talian Antarabangsa: +6082-537 555
Soalan Lazim
Ya. Walaupun promosi ini dinamakan kempen Sarawakku Sayang, kadar tetap RM375 all-in (hala sehala Ekonomi) terpakai untuk semua warganegara Malaysia dan pelancong asing tanpa sekatan dokumen.
– Bagasi Kabin: Maksimum 10kg
– Bagasi Daftar Masuk (Checked Baggage): Maksimum 23kg
– Makanan dalam pesawat (In-flight meals)
– Pemilihan tempat duduk (Seat selection)
– Cukai lapangan terbang & surcaj bahan api
Tidak boleh. Mulai 1 Januari 2026, selepas fasa pengambilalihan operasi MASwings sepenuhnya oleh AirBorneo, mata ganjaran Enrich tidak lagi boleh dikumpul atau ditebus untuk penerbangan AirBorneo.
Anda boleh mendaftar masuk secara dalam talian melalui Laman Web Rasmi AirBorneo atau aplikasi mudah alih AirBorneo bermula 48 jam sebelum penerbangan.




