Sebut tentang penyanyi yang memiliki bakat unik dan vokal yang kuat, pasti tidak asing dengan nama Aina Abdul.
Imej dan gaya fesyennya yang unik dan berani, sering menjadi sorotan perhatian ramai sehingga beliau disebut sebagai ikon fesyen dalam kalangan peminat.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Aina Abdul.
Baca juga:
- Biodata MK K-Clique, Pelakon Drama Aku Bukan Ustazah (TV3)
- Baby Shima, Pelapis Muzik Dangdut Di Malaysia
- Biodata Aliff Aziz, Pelakon Drama “Terjerat” Bersama Ruhainies
Latar Belakang
Nama | Nurul Aina Abdul Ghani |
Nama Panggilan | Aina Abdul |
Tarikh Lahir | 25 Oktober 1993 |
Tempat Lahir | Johor Bahru, Johor |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari dari Universiti UCSI, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Penyanyi |
Akaun Media Sosial | Instagram @ainaabdul Facebook @ainaabdul.music Website www.ainaabdul.my Twitter @ainaabdulmusic TikTok @ainaabdulofficial |
Kehidupan Peribadi
Aina merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik. Bapanya bernama Abduk Ghani Abdullah, manakalah ibunya Zaini Abdullah.
Bapanya sudah meninggal dunia kerana komplikasi kesihatan ketika Aina baru berusia 15 tahun.
Kerjaya & Profesional
Aina Abdul pertama kali melangkah dalam duni hiburan adalah melalui program realiti Mentor Legenad 2014. Ketika itu beliau menjadi protege untuk penyanyi Ella. Menerusi program tersebut, beliau berjaya meraih tempat kedua (Naib Juara).
Selepas tamat program realiti tersebut, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, A.S. dan menjadi pemenang Vocalist of the World.
Beliau juga mengikat konteak bersama Indigital Music dan muncul dengan single pertamanya, “Ini Yang Kau Mahu” pada September 2015.
Namun kerjayanya semakin sepi dan bakatnya tidak berjaya meraih perhatian ramai. Berkat kesungguhannya, tahun 2020 adalah permulaan kepada kejayaan demi kejayaan yang diraihnya dalam bidang nyanyian ini.
Aina sering tampil dengan persembahan yang unik dan kadang-kala kontroversi, seperti dalam persembahan AJL, di mana konsep yang dibawanya sering dilihat berani dan luar biasa. Ini membuatkan beliau menjadi sorotan media dan perbualan ramai.
Beliau terkenal dengan gayanya yang berani dan sering mendapat inspirasi daripada elemen-elemen muzik Barat dan pop moden. Ini dapat dilihat dalam persembahan beliau yang sering berunsur teaterikal dan dramatis.
Selain sebagai penyanyi, Aina juga merupakan penulis lagu dan komposer berbakat. Beliau telah menulis beberapa lagu untuk penyanyi lain dan terus menunjukkan kreativiti dalam menghasilkan muzik yang menyentuh hati pendengar.
Album/Single
- Ini Yang Kau Mahu (2015)
- Reminiscing (2017)
- Bukan Khayalan (2017)
- Mimpi Kita (2017)
- Ribut Hati – OST Tombirou : Penunggu Rimba (2017)
- Shadow (2018)
- Same Kind – bersama Altimet dan Baraka Blue (2018)
- Sumpah (2019)
- Ghost – feat. Spuds (2019)
- Kasih Suci – OST Bu, Kasih Suci (2019)
- Semalam – OST Mencari Kiblat Cinta (2020)
- Syahdu di Pagi Syawal – lagu raya (2020)
- Maybe (2020)
- Kelip-Kelip (2020)
- Nafas Cinta feat. Khai Bahar – OST Kekasih Hati Mr Bodyguard (2020)
- Trulooks – Jingle for Cosmetic Product (2021)
- Sepi – OST Sepi TAnpa Cinta (2021)
- Syukur Lebaran – lagu raya (2021)
- Warna Warni – feat. Daniesh Suffian Official Theme Song For Tonton TV3 (2021)
- Nada Kalbu – OST Masih Ada Rindu (2021)
- Tunggu Kamu – feat. Lah Ahmad (2021)
- Aina Abdul (2021)
- Fool (2021)
- CahayaMu (2022)
- Gema Raya – lagu raya (2022)
- Terus Hidup (2022)
- Kasih Merintih – OST Trinil (2022)
- I Lost Me (2022)
- Shoot (2022)
- Blue (2022)
- Berkunjung Di Hari Raya – lagu raya (2023)
- Puas Sudah (2023)
- Tekad Perpaduan Penuhi Harapan – feat. Khai Bahar (2023)
- Jangan Mati Rasa Itu (2023)
- Hati Ini Telah Dilukai 2.0 – feat. Ajai (2024)
- Raya Lagi Happening – feat. Syafiq Kyle (2024)
- Kembara Nabawi (2024)
- Cinta Tak Pernah Tepat Waktu – feat. Fabio Asher (2024)
- Kamu (2024)
Drama
- Seindah Takdir Cinta (2016) – TV3
Televisyen
Tahun | Tajuk | Sebagai | TV |
---|---|---|---|
2014 | Mentor Legend | Peserta | TV3 |
2020 | Immortal Songs Malaysia EP.5 | Peserta | TV3 |
2020 | The Masked Singer Malaysia (musim 1) | Peserta | Astro Warna |
2020 | Vokal Mania | Peserta | TV3 |
2021 | Malaysia Hari Ini | Jemputan | TV3 |
2021 | All Together Now Malaysia | Juri | Astro Ria |
2021 | I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 | Jemputan | TV3 |
2021 | Meletop | Jemputan AME2020 | Astro Ria |
2022 | Meletop | Jemputan | Astro Ria |
2022 | Big Stage Musim 4 | Juri | Astro Ria |
2022 | Meletop | Jemputan | Astro Ria |
2022 | Konsert Semangat Lebaran Kita (Preshoot Raya) | Jemputan | Astro Ria |
2022 | ABPBH34 | Jemputan | TV3 |
2022 | Meletop | Jemputan AME2021 | Astro Ria |
2022 | Gegar Vaganza | Jemputan | Astro Ria |
2022 | Meletop | Jemputan | Astro Ria |
2023 | Anugerah Ikon Sukan (AIS) | Jemputan | TV9 |
2023 | Meletop Raya | Jemputan | Astro Ria |
2023 | NONA: Kisah Selebriti | Jemputan | TV3 |
2023 | Meletop | Jemputan | Astro Ria |
2023 | Big Stage Musim 5 | Juri Tetap | Astro Ria |
2024 | Konsert Minggu Ini | Artis Utama | RTM |
2024 | RTM Orchestra: Big Band Project | Jemputan | RTM |
Konsert & Showcase
Tahun | Konsert | Tempat |
---|---|---|
2016 | Aina Abdul & The Ground Passenger Showcase | No Black Tie, Kuala Lumpur |
2021 | A Night with Aina Abdul 1.0 | The Platform, Menara Ken TTDI |
2022 | A Night with Aina Abdul 2.0 | Istana Budaya, Kuala Lumpur |
2023 | A Night with Aina Abdul UniEdition | Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, KL |
2023 | A Night with Aina Abdul 3.0 | Axiata Arena, Bukit Jalil |
2024 | A Night with Aina Abdul, Live in Singapore | The Theatre at Mediacorp, Singapore |
2024 | Aina Abdul bersama MPO | Dewan Filharmonik PETRONAS, Kuala Lumpur |
2024 | Aina Abdul’s Lounge | Liberal Latté, KL |
2024 | Aina Abdul: Imaji Tour | Arena Gemilang, DeTAR Putra (UNIMAS), Kuching, Sarawak & Zepp KL |
2025 | Aina Abdul : Imaji Tour | Dewan Mu’adzam Shah (UUM) Sintok, Kedah |
Konsert & Tour
Aina Abdul bakal mengadakan konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour. Konsert ini akan berlangsung di tiga lokasi berbeza iaitu Universiti Malaysia Sarawak pada 14 Disember 2024, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember 2024) dan Universiti Utara Malaysia (11 Januari 2025).
Untuk harga tiket bagi di UMS dan UUM bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).
Bagi lokasi di Zepp KL pula harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.
Anda boleh dapatkan tiket online Aina Abdul Imaji Tour 2024 di sini:
- UNIMAS : https://www.ticket2u.com.my/event/38019/aina-abdul-imaji-tour-2024-%5Bunimas%5D
- ZEPP KL : https://www.ticket2u.com.my/event/38018/aina-abdul-imaji-tour-2024-%5Bzepp-kl%5D
- UUM : https://www.ticket2u.com.my/event/38022/aina-abdul-imaji-tour-2024-%5Buum%5D
Anda juga boleh membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.
Untuk pembeli tiket OKU, anda boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.
Pencapaian Aina Abdul
Anugerah
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | World Championship of Performing Arts (WCOPA) @ Los Angeles, A.S. | Vocalist of The World | Menang |
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Baharu Wanita Popular | Finalis |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular | Finalis |
2020 | Anugerah Juara Lagu Ke-34 | Terbuka | Finalis |
2021 | Anugerah Telenovela (2018) | OST Filem Terbaik | Menang |
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Menang |
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | Terbuka | Naib Juara |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Anugerah Vokal Terbaik AJL36 | Menang |
2022 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL | Menang |
2022 | Anugerah Industri Muzik (AIM23) | Vokal Wanita Terbaik | Finalis |
2022 | Anugerah Industri Muzik (AIM23) | Kolaborasi/Duo Terbaik | Finalis |
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Terbuka | Menang |
2023 | Anugerah Juara Lagu ke-37 | Anugerah Vokal Terbaik AJL37 | Menang |
2023 | Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 | OST Terbaik | Menang |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Menang |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Ekstra: Lagu Paling Boom | Menang |
2024 | Anugerah KNKV Viral Award 2024 | Anugerah Diva Terulung | Menang |
2024 | Gempak Most Wanted Awards 2023 | Anugerah Lagu/Audio Tergempak | Menang |
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38 | Terbuka | Tempat Ketiga |
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38 | Anugerah Vokal Terbaik AJL38 | Menang |
2024 | Anugerah Ikon Melodi 2024 | Terbuka | Menang |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Penyanyi Wanita Popular | Menang |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Bintang Paling Popular | Menang |
2024 | NONA Superwoman Award 2024 | NONA Celebrity Award | Menang |
Mewakili Negara:
- Wakil Malaysia membuat persembahan di ABU Song Festival (2023)
Duta Produk:
- Duta Tudung “Face Of Galeri Hajra” (2023)
- Duta Air Minuman “Spritzer” (2024)
Pengiktirafan Lain:
- Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award (2024)
- Visual Icon Of The Year – SEBA (2023)
- Menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify (2022)
- Single bahasa Inggeris Aina bertajuk “Fool” yang dilancarkan pada tahun 2021 telah mendapat tempat dan permintaan di stesen radio Jepun
Fakta Menarik Mengenai Aina Abdul
- Penyanyi antarabangsa, Adele pernah berkongsi semula rakaman video lagu cover bertajuk Easy On Me yang dinyanyikan Aina di akaun Instagram-nya.
- Beliau memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi di kelab malam, restoran dan lounge termasuk No Black Tie.
- Beliau pernah terpilih mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat dan menjadi pemenang Vocalist of the World.
- Beliau pernah terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2010.
- Beliau pernah mendapat tempat kedua dalam Bintang Idola Berita Harian 2011 dan pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat pertama di Golden Voices of PJ.
- Beliau pernah membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan.
- Beliau pernah dibayar RM50 selepas mengalunkan 20 lagu untuk dalam sebuah persembahan.
Tahniah Aina Abdul! Dengan bakat, keunikan, dan dedikasi terhadap muzik, Aina Abdul terus mencipta nama dan meninggalkan impak besar dalam industri muzik tempatan.
Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang bercita-cita untuk menjadi pengiat seni yang berjaya sehingga ke pentas dunia.
Sumber:
- Instagram @ainaabdul
- Lebih 8.8 juta Undi Angkat Aina Abdul Bintang Paling Popular ABPBH 36. Berita Harian