Jawatan Kosong Warden Luar MRSM (Veteran ATM)

warden luar mrsm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), TalentCorp, Mara Corporation, Glocal Link (M) Sdn Bhd dan ATM membuka peluang kerjaya kedua khusus untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Warden Luar MRSM yang boleh dipohon menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf_XKX1OoXNLQTEEKSWR-7NqHSUfV-Fe9jIwdKU3IjcT-bFtA/viewform.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai jawatan kosong ini.

Mengenai Warden Luar MRSM

Warden Luar MRSM merupakan inisiatif daripada pihak MARA bagi menempatkan warden sepenuh masa yang dilantik khas daripada kalangan veteran ATM di MRSM terpilih.

Ini bagi memperketat kawalan disiplin asrama dan membendung masalah buli terutamanya yang berlaku dalam kalangan pelajar MRSM.

Pelantikan warden luar ini membolehkan pemantauan berterusan terhadap rutin harian dan sahsiah pelajar luar waktu kelas.

Menurut kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), dapatan kajian yang dilaksanakan selama sembilan bulan di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau berkenaan keberkesanan Warden Luar MRSM ini menunjukkan tiada kes buli direkodkan sepanjang tempoh tersebut, selain peningkatan ketara dalam disiplin pelajar.

Ini memberi kesan positif kepada guru yang kini tidak lagi terbeban dengan tugas warden, sebaliknya fokus kepada tugas hakiki mengajar dan mendidik pelajar.

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi perjawatan ini adalah pada 31 Mei 2026.

Kelebihan Perjawatan

Antara kelebihan bagi perjawatan ini adalah seperti berikut:

  • Gaji bermula RM2,100
  • Elaun tambahan disediakan
  • Potongan KWSP dan SOCSO

Lokasi Penempatan

Lokasi penempatan bagi perjawatan ini adalah seperti berikut:

  • MRSM Jeli, Kelantan
  • MRSM Kuala Berang, Terengganu
  • MRSM Sultan Azlan Shah, Perak
  • MRSM Kubang Pasu, Kedah
  • MRSM Parit, Perak
  • MRSM Serting, Neger Sembilan
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • MRSM Muar, Johor

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  1. Minimum SPM.
  2. Terbuka kepada Veteran ATM Lelaki dan Wanita.
  3. Berumur 48 tahun ke bawah.
  4. Tiada masalah tatatertib semasa berkhidmat.
  5. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pengecaman warna serta BMI Ideal.
  6. Memiliki sifat kepimpinan dan karakter baik.
  7. Lancar dalam pertuturan dan penulisan.
  8. Boleh bekeria sif malam.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Isi borang permohonan di pautan https://forms.gle/EFW9sGX1543pyTNX6.
  2. Lampirkan resume/CV terkini.
  3. Pemohon WAJIB untuk mendaftar MyNEXT di pautan https://www.mynext.my/ berserta menjawab ujian psikologi, minat kerjaya dan personaliti & motivasi.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2026.

Sesi Temuduga

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan telah melengkapkan pendaftaran MyNext serta dua ujian psikologi akan dipanggil untuk sesi temuduga yang akan diadakan di Inkubator Teknologi Makanan MARA, Kepong.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Warden Luar MRSM?

Warden Luar MRSM merupakan inisiatif daripada pihak MARA bagi menempatkan warden sepenuh masa yang dilantik khas daripada kalangan veteran ATM di MRSM terpilih.

Apakah kelebihan yang bakal diperoleh menerusi perjawatan ini?

– Gaji bermula RM2,100
– Elaun tambahan disediakan
– Potongan KWSP dan SOCSO

Di manakah lokasi penempatan bagi jawatan ini?

– MRSM Jeli, Kelantan
– MRSM Kuala Berang, Terengganu
– MRSM Sultan Azlan Shah, Perak
– MRSM Kubang Pasu, Kedah
– MRSM Parit, Perak
– MRSM Serting, Neger Sembilan
– MRSM Muadzam Shah, Pahang
– MRSM Muar, Johor

Apakah had umur bagi mereka yang ingin memohon jawatan ini?

Pemohon mestilah berumur 48 tahun ke bawah.

Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/EFW9sGX1543pyTNX6. Pemohon wajib untuk mendaftar MyNEXT di pautan https://www.mynext.my/ berserta menjawab ujian psikologi, minat kerjaya dan personaliti & motivasi.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai jawatan kosong Warden Luar MRSM, sila hantar emel ke [email protected] atau menghubungi Encik Najib di talian 0196635179.

Baca juga: Exit Policy MRSM 2026: Syarat Baharu Pelajar Perlu Tahu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut