Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pilihan vaksin lain seperti vaksin Sinovac juga akan diberi pertimbangan untuk pemberian vaksin terhadap golongan tersebut.

“82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos.

“Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.

“Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun, Malaysia juga akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui ciapan di laman media sosial Twitter, pada Khamis.

Vaksin 5-12 tahun

Sumber pautan asal di Twitter: https://twitter.com/Khairykj/status/1453837160633696257?t=UMMJPfeRmZFaR-3qXtQXeA&s=19

Beliau bagaimanapun belum memperincikan bilakah pemberian vaksin COVID-19 akan mula diberikan kepada kanak-kanak berusia 5-12 tahun itu.

Baca juga: Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera

Pada Selasa lalu, panel FDA mengesyorkan vaksin Pfizer-Biontech COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun dengan menyatakan manfaat suntikan itu melebihi risikonya.

Malaysia telah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun pada 20 September lalu.

Setakat Khamis, remaja yang telah melengkapkan vaksin mencecah 62 peratus atau 1,951,450 daripada populasi tersebut.

Sumber artikel oleh: Astro Awani

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Biografi User