Ujian i-MEdSI Sesi 2026/2027 – Semakan Panggilan Program Pengajian Pendidikan

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN i-MEdSI
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Semakan panggilan ujian iMEdSI Program Pengajian Pendidikan kini dibuka bermula 16 April 2026 (Khamis) bermula 12.00 tengah hari. Semua calon lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027 yang memohon Ujian i-MEdSI Program Pengajian Pendidikan boleh membuat semakan panggilan melalui portal berikut: https://imedsi.mohe.gov.my/

Ujian MEdSI merupakan singkatan bagi Malaysian Educators Selection Inventory. i-MEdSI ni ujian kelayakan untuk jadi cikgu.

Kalau mohon ijazah sarjana muda pendidikan pada pilihan pertama atau kedua, insyaAllah dipanggil menduduki ujian ni

Secara ringkasnya, MEdSI merupakan ujian kemasukan bagi program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM dan Setaraf ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Tujuan ujian ini adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon antaranya:

  1. Personaliti
  2. Minat kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi

Soalan dalam ujian ini bukanlah mengenai betul atau salah, tetapi berbentuk psikometrik dan digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI.

Rujuk info terkini mengenai semakan panggilan iMEdSI dan tarikh ujian di bawah.

Ringkasan Ujian i-MEdSI Sesi 2026/2027
  • Semakan panggilan ujian iMEdSI Program Pengajian Pendidikan kini dibuka bermula 16 April 2026 (Khamis) bermula 12.00 tengah hari.
  • Calon lepasan STPM/setaraf boleh menyemak status panggilan melalui portal rasmi https://imedsi.mohe.gov.my
  • Tarikh ujian i-MEdSI untuk sesi akademik 2026/2027 diadakan bermula dari 23 April hingga 4 Mei 2026 selama 12 hari.

Tarikh Semakan Panggilan i-MEdSI Sesi 2026/2027

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN i-MEdSI KINI DIBUKA! 📢

Kepada semua calon lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2026/2027 yang memohon Ujian
i-MEdSI Program Pengajian Pendidikan, jangan lupa buat semakan anda!

  • Tarikh Semakan: Bermula 16 April 2026 (Khamis) | 12.00 Tengah Hari
  • Tarikh Ujian: 23 April – 04 Mei 2026
  • Pautan Semakan: https://imedsi.mohe.gov.my/

Pastikan anda menyemak tarikh dan masa ujian yang telah ditetapkan. Semoga berjaya buat bakal-bakal pendidik anak bangsa! 👨‍🏫👩‍🏫

Ujian MEdSI Sesi 2026/2027

Cara Semak Panggilan i-MEdSI Sesi 2026/2027

Calon lepasan STPM/setaraf boleh menyemak status panggilan melalui portal rasmi https://imedsi.mohe.gov.my menggunakan butiran pendaftaran UPUOnline.

Pautan ini akan dibuka bermula 12.00 tengah hari, 16 April 2026 (Khamis).

Tarikh Ujian i-MEdSI Sesi 2026/2027

Tarikh ujian i-MEdSI untuk sesi akademik 2026/2027 diadakan bermula dari 23 April hingga 4 Mei 2026 selama 12 hari.

Format Ujian MEdSI

Format Ujian i-MEdSI adalah ujian psikometrik dalam talian dengan jumlah 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 60 minit.

Soalan dibahagikan kepada empat bahagian utama untuk menilai kesesuaian calon sebagai pendidik.

BahagianJumlah ItemFokus Penilaian
Personaliti110Ciri peribadi dan tingkah laku
Kerjaya/Minat Kerjaya60Minat dan kesesuaian bidang pengajaran
Integriti70Nilai moral dan integriti
Emosi/Kecerdasan Emosi60Pengurusan emosi dan hubungan sosial

Sila jawab semua soalan dalam tempoh masa yang diberikan.

Jenis Jawapan

  • Soalan menggunakan format pilihan berganda seperti skala Likert (Sangat Tidak Setuju hingga Sangat Setuju) atau Ya/Tidak.
  • Tiada jawapan betul/salah mutlak; jawab jujur berdasarkan diri sebenar untuk keputusan tepat.

Contoh Soalan

1. Bahagian Personaliti

Saya kurang senang hati jika ada prestasi orang lebih baik daripada saya

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Saya segan ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

2. Bahagian Kerjaya

Tidak suka majikan, tetap mematuhi arahannya

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Kerja ada sesuatu sistem yang teratur

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

3. Bahagian Integriti

Jika ada kehendak, kerja rumit pun boleh selesai

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Jasa baik orang haruslah sentiasa diingati

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

4.  Kecerdasan Emosi

Apa orang menentang saya, saya akan menunjuk masam muka

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Kecerdasan emosi adalah penting untuk menjalin hubungan baik

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Tips Menjawab Soalan Dan Temuduga MEdSI

Tips Menjawab Soalan

  • Jawab jawapan pertama yang terlintas kerana itu biasanya paling menggambarkan diri sebenar anda.
  • Baca arahan dan panduan sebelum mula menjawab supaya tidak tersalah tafsir format soalan.
  • Jawab dengan jujur, bukan cuba “bagi jawapan ideal” semata-mata kerana tiada jawapan betul atau salah dalam ujian psikometrik ini.
  • Jangan habiskan terlalu lama pada satu soalan; ikut masa yang diberi untuk semua item.
  • Pastikan sambungan internet stabil dan gunakan peranti yang sesuai seperti komputer atau laptop, bukan telefon pintar.

Tips Semasa Temuduga MEdSI

  • Kenal pasti sebab anda mahu menjadi pendidik dan sediakan jawapan yang ringkas tetapi meyakinkan.
  • Bawa contoh pengalaman yang menunjukkan sifat sabar, komunikasi baik, kepimpinan, dan minat mengajar.
  • Berpakaian kemas dan datang awal supaya nampak profesional.
  • Jawab dengan tenang, jelas, dan tidak terlalu panjang.
  • Tunjukkan keyakinan tanpa berlebihan, kerana penemuduga biasanya menilai kesungguhan dan kesesuaian anda sebagai calon guru.

Peringatan Penting

  • Jika berlaku masalah teknikal, segera rujuk arahan bantuan yang disediakan dalam portal ujian.
  • Ujian MEdSI dilakukan secara sekali sahaja bagi sesi ujian tersebut.
  • Anda hanya boleh menjawab mengikut tiket ujian dan butiran pengenalan yang diberi melalui emel.
medsi

Maklumat Lanjut

Sebarang aduan atau permasalahan sistem semakan ujian MEdSI boleh hubungi urusetia MEdSI seperti berikut:

Urusetia Permohonan Ijazah
Unit Promosi dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

No. Hotline : 013-4153016
No. Tel : 015-4879 7982/7872
Email : [email protected]

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi

  • YouTube : bkpaUPU
  • TikTok : @bkpaupu
  • Facebook : kemasukan bpkp jpt
  • Telegram : UPUONLINE CHANNEL
  • Instagram : @kemasukanbkpa

Soalan Lazim Ujian MEdSI Sesi 2026/2027

Apakah Ujian i-MEdSI?

i-MEdSI ialah ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia (Malaysian Educators Selection Inventory), versi dalam talian untuk menilai kesesuaian calon guru bagi program pendidikan di IPTA seperti ISMP. Ia mengukur personaliti, minat kerjaya, integriti, dan kecerdasan emosi.   Ringkasnya, ini adalah ujian untuk jadi guru buat lepasan STPM (ISMP). Manakala kalau untuk lepasan SPM akan ada Ujian Kelayakan Calon Guru atau e-UKCG (PISMP)

Apa format ujian i-MEdSI?

Ujian mengandungi 300 soalan psikometrik, dijawab dalam 1 jam: Personaliti (110 item), Kerjaya (60 item), Integriti (70 item), Emosi (60 item). Jawapan berbentuk skala Likert (Sangat Tidak Setuju hingga Sangat Setuju) atau Ya/Tidak.

Bila Semakan Panggilan dan Tarikh Ujian i-MEdSI Sesi 2026/2027?

Semakan panggilan bermula 16 April 2026 (pukul 12 tengah hari), ujian dari 23 April hingga 4 Mei 2026.

Bagaimana Cara Semak Panggilan i-MEdSI?

Semakan panggilan i-MEdSI boleh dilakukan melalui https://imedsi.mohe.gov.my menggunakan ID UPUOnline bermula dari 16 April 2026.

Adakah Bayaran Pendaftaran Diperlukan?

Tiada bayaran pendaftaran untuk ujian i-MEdSI. Calon hanya perlu log masuk ke portal rasmi menggunakan ID UPUOnline tanpa kos tambahan.

Apa tips dan persediaan untuk ujian i-MEdSI?

Latih diri dengan soalan contoh psikometrik (contohnya skala Likert tentang personaliti dan integriti); jawab jujur dan kelola masa kerana 300 soalan dalam 60 minit.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut