Telan Air Mani: Persoalan Dari Sudut Kesihatan & Agama

Perbuatan telan air mani dikaitkan dengan salah satu dari bentuk teknik meningkatkan keseronokan ketika melakukan hubungan persetubuhan bersama pasangan.

Sesetengah pasangan mempunyai fantasi yang tersendiri dalam mengambarkan kepuasan dalam berhubungan.

Namun apakah hukumnya dalam agama Islam dan keburukannya pula kepada kesihatan?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan isu telan air mani dari sudut agama Islam dan kesihatan.

Baca juga:

Apa itu air mani?

Air mani adalah perkataan bahasa Arab ( أمْنَى – يُمْنِيْ) yang bermaksud terpancut. Diberi nama mani kerana keadaannya yang keluar dengan cara memancut, berwarna putih dan pekat.

Dalam surah Al-Tariq, ayat 6-7, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ (6) يَخْرُجُ مِن بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ

Maksudnya: Dia diciptakan daripada air yang memancut ke dalam rahim. (6) Air yang keluar daripada bahagian tulang sulbi belakang lelaki dan tulang dada perempuan

Dari segi istilah, air mani adalah cecair jernih pekat yang keluar memancut ketika memuncaknya syahwat.

Air mani boleh keluar disebabkan beberapa faktor setelah mendapat ransangan seksual, setelah membuang air kecil, mimpi basah, prostatitis, sistem saraf cedera dan sebagainya.

Fungsi semen

familydoctor.org

Fungsi utama air mani atau semen adalah untuk membawa sperma atau spermatozoa dan fruktosa serta enzim lain yang membantu sperma untuk terus hidup untuk memudahkan persenyawaan yang berjaya.

Kesuburan seseorang adalah bergantung kepada air mani yang sihat, dan ketidakteraturan dalam komposisi air mani boleh menjejaskan kapasiti lelaki untuk menjadi seorang bapa.

Boleh ke isteri menelan air mani?

Pada umumnya, tidaklah menjadi masalah untuk seorang isteri untuk telan air mani suaminya ketika berhubungan intim.

Namun begitu adalah penting untuk pasangan melakukan ujian air mani terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan tersebut kerana dikhuatiri ada risiko masalah kesihatan tertentu.

Jika suami belum lagi melakukan ujian air mani, adalah sangat disarankan untuk menggunakan kondom saat melakukan seks oral bagi mengelakkan si isteri menelan air mani.

Jadi, perbuatan menelan air mani semasa seks oral ini boleh dan selamat dilakukan sekiranya pakar sudah mengesahkan suami tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Hukum menelan air mani

Asal daripada air mani adalah suci. Walaupun yang demikian, terdapat dua pendapat ulama yang membicarakan tentang hukum telan air mani.

Pendapat yang sahih lagi masyhur ialah air mani tidak halal untuk dimakan atau ditelan kerana ia dianggap sebagai suatu yang menjijikan dan kotor. 

Hal ini dikuatkan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf, ayat 157:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan ia mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.

Manakala pendapat kedua pula statusnya dhaif dalam mazhab Syafi‘i. . Hal in sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Haramain dan selainnya menyatakan bahawa air mani harus untuk dimakan kerana ia adalah suci dan tiada kemudaratan padanya. Ini merupakan pendapat al-Syeikh Abu Zaid al-Marwazi.

Justeru menurut Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, hukum telan air mani adalah haram dan tidak dibolehkan kerana ia menjijikan sebagaimana pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘i. 

Manfaat pada air mani jika ditelan

Berikut adalah antara manfaat kepada seseorang yang telan air mani:

  1. Sumber Protein: Air mani mengandung protein, seperti zat besi, kalsium, zinc, dan beberapa vitamin lainnya. Secara teoritis, menelan air mani dapat memberikan tambahan nutrisi dalam tubuh.
  2. Pelembap: Dalam beberapa kes, komponen dalam air mani, seperti spermidine, dapat bertindak sebagai pelembap alami untuk kulit.
  3. Penurunan Risiko Kanser: Beberapa penelitian menunjukkan bahwa kandungan dalam air mani, seperti selenium, dapat membantu menurunkan risiko kanser. Namun, bukti-bukti ini masih dalam tahap penelitian dan kontroversial.

Keburukan pada air mani jika ditelan

Berikut adalah antara keburukan kepada seseorang yang telan air mani:

  1. Penularan Penyakit Seksual: Jika pasangan anda memiliki penyakit menular seksual (PMS), menelan air mani dapat meningkatkan risiko penularan penyakit tersebut.
  2. Risiko Alergi: Beberapa orang dapat mengalami reaksi alergi terhadap protein dalam air mani, yang dapat menyebabkan gejala seperti ruam kulit, gatal-gatal, atau bahkan reaksi anafilaksis.
  3. Risiko Psikologis: Bagi beberapa orang, tindakan ini dapat menimbulkan perasaan malu, kecemasan, atau bahkan kesalahfahaman tentang kesihatan seksual.
  4. Tidak Disarankan oleh Ahli Kesihatan: Secara umum, ahli kesihatan tidak menganjurkan menelan air mani kerana risiko yang terkait, terutama jika anda tidak tahu status kesihatan seksual pasangan anda.

Cara untuk mandi wajib

telan air mani

Cara untuk menyucikan diri dari air mani yang dikeluarkan secara sengaja atau tidak dalah dengan mandi wajib.

Ini berdasarkan kepada sebuah riwayat daripada Ummu Sulaim R.anha beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:

هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ غُسْلٌ إِذَا احْتَلَمَتْ قَالَ ‏ نَعَمْ إِذَا رَأَتِ الْمَاءَ

Adakah seorang perempuan perlu mandi wajib apabila dia bermimpi ? Maka Nabi SAW menjawab: Ya, sekiranya dia melihat air (mendapati keluarnya air mani).” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 6091)

Untuk penjelasan lanjut mengenai panduan lengkap cara mandi wajib, anda boleh rujuk pada pauta berikut: Panduan Lengkap Untuk Lelaki & Perempuan

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan permasalahan telan air mani dapat membantu anda dari sudut pemahaman dalam perspektif Islam dan kesihatan.

Sumber:

  1. What to Know About Swallowing Semen. Medical News Today
  2. #557 Menelan Air Mani. Maktabah Al Bakri
  3. Hukum Keluar Air Mani Ketika Tidur, Batal Puasa Ke? Taqwa.my
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!