Majlis Agama Islam dan āAdat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi kepada pelajar Negeri Perak yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara menerusi https://bestari.maipk.gov.my.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan persediaan ini.

Mengenai Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi MAIPk
Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi MAIPkĀ merupakan bantuan yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk).
Fokus utama MAIPk merangkumi bantuan pendidikan awal kanak-kanak, tajaan peringkat menengah, pengajian tinggi, serta program pembangunan pendidikan komuniti, termasuk untuk Orang Asli.Ā
Untuk bantuan ini, ia diberikan secara one-off bagi persediaan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi yang berdaftar dengan KPT atau mana-mana Kementerian di Malaysia.
Menerusi bantuan ini di bawah asnaf Fisabilillah, ia dapat membantu pelajar terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian mereka.
Tarikh Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Sijil / Asasi / STPM / STAM
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Bermastautin di Negeri Perak
- Tempoh pengajian mestilah melebihi tempoh setahun atau 12 bulan
- Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA
- Permohonan yang lengkap dan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar pengajian (lapor diri) sahaja akan diproses.
Cara Memohon
Bagi pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui Portal MAIPk Bestari https://bestari.maipk.gov.my
Soalan Lazim
Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi MAIPkĀ ialah bantuan ini diberikan secara one-off bagi persediaan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi yang berdaftar dengan KPT atau mana-mana Kementerian di Malaysia.
Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran ke IPT.
– Sijil / Asasi / STPM / STAM
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
Tidak. Pengajian pemohon mestilah melebihi 12 bulan.
Permohonan boleh dibuat melalui Portal MAIPk Bestari https://bestari.maipk.gov.my.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi ini, sila hubungi:
- MAIPk Cawangan Ipoh: 05 – 241 2349
- MAIPk Cawangan Selama: 05 – 839 3744
- MAIPk Cawangan Gerik: 05 – 791 3755
- MAIPk Cawangan Batu Gajah: 05 – 365 1290
- MAIPk Cawangan Bagan Serai: 05 – 721 2926
- MAIPk Cawangan Pengkalan Hulu: 04 – 477 8077
- MAIPk Cawangan Kg Gajah: 05 – 631 2208
- MAIPk Cawangan Parit Buntar: 05 – 716 7090
- MAIPk Cawangan Muallim: 05 – 452 0653
- MAIPk Cawangan Seri Iskandar: 05 – 366 5310
- MAIPk Cawangan Kuala Kangsar: 05 – 776 8371
- MAIPk Cawangan Tapah: 05 – 401 4858
- MAIPk Cawangan Taping: 05 – 806 6564
- MAIPk Cawangan Lenggong: 05 – 767 8869
- MAIPk Cawangan Teluk Intan: 05 – 621 6194
- MAIPk Cawangan Bagan Datuk: 05 – 648 0028
- MAIPk Cawangan Manjung: 05 – 688 6957
- MAIPk Cawangan Kampar: 05 – 465 1143
Baca juga: Permohonan Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat 2027




