Cara Semak & Jawab Tawaran Haji Online Melalui THiJARI

Semak Dan Jawab Tawaran Haji Secara Dalam Talian Menggunakan THiJARI Online

Seramai 14,306 bakal haji perlu menjawab surat tawaran yang telah dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada mereka dengan segera.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana pihaknya telah mengeluarkan surat tawaran kepada mereka yang berkenaan bermula 24 April 2022 bagi musim haji musim haji 1443H/2022M.

Disebabkan kesuntukan masa, pihak TH memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan.

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat semakan tawaran haji dan menjawabnya secara online.

tawaran haji

Cara Buat Semakan Tawaran Haji Online

Bakal jemaah haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan.

Berikut dikongsikan langkah-langkahnya:

  1. Daftar THiJARI dan log masuk menggunakan ID dan kata laluan *
  2. Klik menu ‘Perkhidmatan Haji’
  3. Klik ‘Semak Tawaran Haji’
  4. Klik butang ‘Semak Tawaran’
  5. Keputusan tawaran anda akan dipaparkan seperti di bawah.

*Jika anda belum pernah mendaftar THiJARI, sila rujuk langkah mendaftar melalui artikel berikut: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

semakan tawaran haji

Keputusan akan dipaparkan seperti di bawah:

semak tawaran haji

Jika anda berjaya mendapat tawaran bagi tahun 2022, sila ikuti langkah selanjutnya untuk menjawab surat tawaran tersebut melalui video di bawah:

https://fb.watch/cDwFDH5YEh/

Apa Perlu Dibuat Jika Mendapat Tawaran?

Semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Para bakal haji terpilih perlu mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH yang berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan serta mendapat suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh dilakukan di hospital kerajaan ataupun di klinik-klinik yang diiktiraf Kementerian kesihatan Malaysia.

Bakal haji juga perlu melengkapkan dos penggalak vaksin Covid 19, digalakkan mengambil suntikan imunisasi pilihan iaitu influenza dan pneumococal sebelum berlepas untuk membina daya pertahanan badan semasa di Tanah Suci sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, para bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

Baca juga: Rayuan Haji TH 2022 : Cara Permohonan Online & Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!