Tabung Darul Iman: Bantuan Penyakit Kronik, Musibah & Kebajikan STDI

Tabung Darul Iman adalah tabung yang diwujudkan untuk membantu meringan bebanan rakyat negeri Terengganu yang ditimpa musibah atau kurang bernasib baik dengan membiayai pelbagai bantuan yang bersesuaian.

Terdapat bantuan kepada yang ditimpa musibah seperti ribut, taufan, kebakaran, puting beliung, serangan haiwan liar atau penyakit terhadap ternakan atau tanaman.

Selain itu, kepada yang ditimpa penyakit kronik, bantuan pembedahan yang memerlukan kos dan pembelian ubat-ubatan yang tiada dalam senarai Kementerian Kesihatan layak dipertimbangkan.

Apakah Tabung Darul Iman?

Tabung Darul Iman adalah gabungan daripada tiga tabung sedia ada iaitu Tabung Darul Iman, Tabung Bantuan Penyakit Kronik dan Dana Kebajikan Sosial Perubatan yang bertujuan mengurus dan menyelaras bantuan secara sistematik dan efisien.

tabung darul iman

Syarat Permohonan

Anda boleh membuat permohonan bagi tujuan kebajikan jika menepati syarat permohonan seperti berikut:

  • Rakyat Negeri Terengganu atau menetap melebihi 10 tahun dan mendapat sokongan pemimpin Tempatan.
  • Pemohon atau penjaga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pemilih di Negeri Terengganu.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila serta dokumen berikut :

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (kanak-kanak) / Kad Pengenalan Pemohon / Ibu dan Bapa / Penjaga.
  • Salinan Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu / Akaun Bermastautin jika berkaitan.
  • Salinan surat / bukti lain yang memperakukan telah berdaftar sebagai pemilih Pilihanraya di Negeri Terengganu.
  • Surat / laporan pengesahan daripada agensi Kerajaan yang berkaitan (bagi maksud bantuan musibah) atau surat / laporan pengesahan dari Pegawai / Pakar Perubatan Kerajaan bagi maksud Bantuan Perubatan.
  • Salinan Buku Akaun Pesakit dan Penama jika berkaitan.
  • Dokumen-dokumen lain yang menyokong permohonan.

*Hanya permohonan yang lengkap akan diproses.

Cara Permohonan Tabung Darul Iman

i) Permohonan Online

Permohonan secara online boleh dilakukan di laman web Portal Sekretariat Tabung Darul Iman.

Pemohon perlulah mengisi borang permohonan secara online dan mencetak borang tersebut.

ii) Permohonan Manual

Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan mencetak borang permohonan secara online atau mengambil borang di pejabat Sekretariat / Pusat Khidmat Masyarakat DUN.

Muat turun borang:

Pemohon perlulah mengisi borang tersebut secara manual.

*Pemohon perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Laporan Polis / JKM
  • Laporan bomba / perubatan
  • Surat Kerakyatan Negeri Terengganu

Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN atau pejabat Sekretariat untuk diproses.

NOTA: Setiap permohonan bagi Bantuan Musibah hendaklah dihantar secara manual ke pejabat Sekretariat.

Semakan Status Permohonan

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui pautan berikut:

http://stdi.terengganu.gov.my/semakan_kelayakan.php

Maklumat Lanjut

Pejabat Sekretariat Tabung Darul Iman
Lot PT 60254, Tingkat Bawah, 1 & 2, Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu.

Telefon: 09-623 3535 / 624 3535
Faks: 09-625 1212

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!