Advertisements

PEMERKASA: Subsidi Pembelian Telefon RM300 Untuk Isi Rumah

Advertisements

Sebentar tadi PM telah pun mengumumkan beberapa bantuan tambahan di bawah insentif PEMERKASA.

Jika sebelum ini kerajaan telah menyediakan subsidi RM200 untuk pembelian aircond / peti sejuk, kini melalui PEMERKASA kerajaan memperkenalkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM300.

Bantuan ini khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah dengan peruntukan RM2 bilion.

Kerajaan dijangka menawarkan subsidi ini bermula Mei depan.

Subsidi Pembelian Telefon RM300 (PEMERKASA)

Kerajaan menambah subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baharu daripada RM180 dalam Belanjawan 2021 kepada RM300 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, subsidi itu disediakan untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

“Jika Belanjawan 2021 telah diumumkan subsidi pembelian telefon pintar sebanyak 180 kepada semua penerima BPR, sukacita diumumkan tambah baik subsidi ini kepada RM300.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

“Khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah bagi pembelian telefon pintar atau peranti baharu. Oleh itu, peruntukan program ini akan ditingkatkan kepada RM2 bilion dan akan dilancarkan pada awal Mei nanti.

“Saya menyeru syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment