STPM Ulangan: Semakan Keputusan & Tarikh Peperiksaan 2024

Untuk pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), berikut dikongsikan tarikh STPM Ulangan 2024.

Ini bagi memberi peluang untuk pelajar bersedia menghadapi peperiksaan tersebut.

Pengenalan STPM

STPM merupakan peperiksaan yang sebelum ini dikenali dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

Peperiksaan ini adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia.

Selain itu, peperiksaan ini juga diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat ,Ireland dan Australia.

Kebanyakan universiti-universiti tersebut menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

Mulai tahun 2012 dan seterusnya, sistem modular baru akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Selain itu, keputusan peperiksaan di bawah sistem penilaian baru STPM akan dipantau oleh wakil dari Cambridge Examination Syndicate untuk mengekalkan kualiti dan piawaian.

Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

Mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 911 Bahasa Cina
  • 912 Bahasa Tamil
  • 913 Bahasa Arab
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 930 Syariah
  • 931 Usuluddin
  • 932 Tahfiz Al-Quran
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 958 Computing
  • 960 Fizik
  • 962 Kimia
  • 964 Biologi
  • 966 Sains Sukan
  • 970 Seni Visual

Semakan Keputusan Ulangan STPM 2023

Semakan Keputusan Peperiksaan Ulangan 1 STPM 2023 :

Semakan boleh dibuat melalui:

Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected]

Gred Peperiksaan

Gred peperiksaan yang digunakan adalah seperti berikut:

Gred kertasGred mata pelajaranNilai gred subjek (SGP)Markah (%)Status
AA4.0080 – 100Lulus penuh
A-A-3.6773 – 79Lulus penuh
B+B+3.3367 – 72Lulus penuh
BB3.0060 – 66Lulus penuh
B-B-2.6753 – 59Lulus penuh
C+C+2.3347 – 52Lulus penuh
CC2.0040 – 46Lulus penuh
C-C-1.6737 – 39Lulus sebahagian
D+D+1.3333 – 36Lulus sebahagian
DD1.0030 – 32Lulus sebahagian
FF0.000 – 29Gagal

Tarikh Peperiksaan STPM Ulangan 2024

Terdapat 2 tarikh pendaftaran akan dibuka untuk STPM Ulangan 2024 iaitu:

  • Ulangan 1: 27 Mei 2024-29 Jun 2024
  • Ulangan 2: 10 Oktober 2024-21 Oktober 2024

Tarikh peperiksaan bertulis pula adalah seperti berikut:

  • Ulangan 1: 7, 8, 9, 13, 15 Januari 2025
  • Ulangan 2: 5,6,10,11,12 Mac 2025

Pendaftaran STPM Ulangan 2024

Pendaftaran STPM Ulangan 2024 boleh dibuat menerusi laman web http://online.mpm.edu.my/web/guest/home.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: