SKSPS PERKESO: Skim Caruman Bagi Orang Bekerja Sendiri

Dalam sebuah hantaran di media sosial yang viral baru-baru ini, dikongsikan bahawa pentingnya seseorang mendaftar di bawah SKSPS PERKESO, iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Hantaran melalui Facebook oleh Anis Hafiza itu tertulis:

Apa jua korang mencari pendapatan sekarang make sure ambil ini. Perkeso bagi bekerja sendiri. Setahun Rm231 lebih sahaja.

Apply online sahaja, renew setiap tahun.

Isteri sayang suami kan.

Kerja runner kena keluar sana sini..

Takaful saya paksa dia ambil.

Perkeso ini baru 2 tahun ambil.

Sesuai untuk peniaga, suri rumah yang ada pendapatan dari rumah. Freelance² dan ejen² yang freelance. Produk ada manfaat laju je sis ambil

Ambil dan dapat pelepasan diri juga.

Sebenarnya mungkin ramai yang belum tahu bahawa dalam pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan SPS Khidmat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman pencarum dan bakal pencarum.

Apa itu SKSPS PERKESO?

Individu bekerja sendiri yang mencarum di bawah skim ini akan mendapat perlindungan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar dan diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain iaitu:

  • Pengangkutan Barangan dan Makanan
  • Pertanian
  • Penternakan
  • Perhutanan
  • Perikanan
  • Makanan
  • Pembuatan
  • Pembinaan
  • Penjaja
  • Premis Penginapan
  • Perniagaan Online
  • Teknologi Maklumat
  • Pemprosesan Data
  • Ejen
  • Perkhidmatan Profesional
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Kesenian
  • Perkhidmatan Isi Rumah
  • Penjagaan Perawatan dan Pemulihan Kesihatan

Syarat Kelayakan

Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak memohon skim SPS Khidmat dan SPS Padanan Caruman ini:

  • Bertaraf warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

Cara Permohonan

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Layari https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/skim-keselamatan-sosial.html untuk pendaftaran.

Faedah-faedah diterima pencarum

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

Perincian mengenai faedah yang diberikan boleh dirujukan pada dokumen PK2.600-8/11/2 (6) yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO.

sps khidmat

Pilihan Pakej Caruman SKSPS

Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti
berikut:

Bil.Pendapatan BulananBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

Tarikh Berkuatkuasa

1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022

Panduan Pembayaran Caruman Online SKSPS PERKESO

Sila rujuk manual berikut untuk pembayaran secara online:

CARA PEMBAYARAN

  • Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan. 
  • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO .
  • Kaedah online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/. (Untuk panduan sila pilih butang ‘Bantuan’).
Muat turun manual : https://www.perkeso.gov.my/images/bajet2022/sps/301221_-_MATRIX-SKSPS_Panduan_Ringkas.pdf

Baca juga: Cara Daftar SOCSO / PERKESO Untuk Kerja Sendiri & Majikan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!