SPMU – Cara Daftar SPM Ulangan 2025 (sppat.moe.gov.my)

spm ulangan spmu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

CARA DAFTAR SPM ULANGAN 2025 (SPMU)

Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM / SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (Calon Mengulang) atau Murid sekolah dan orang perseorangan yang pertama kali menduduki peperiksaan (Calon Baharu) berdasarkan syarat yang ditetapkan LP boleh memohon untuk menduduki SPM Ulangan (SPMU).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat dan cara mendaftar untuk calon-calon.

Pengenalan

Peluang kedua bagi calon yang telah menduduki SPM 2024 atau sebelumnya! Anda masih boleh mendaftar untuk menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (Ulangan) bagi subjek yang anda inginkan.

3 Mata Pelajaran dan Kertas Peperiksaan yang ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Ayuh, isikan permohonan dan daftar sebelum tarikh tutup bagi tahun ini.

SPMU 2025

Tarikh SPM Ulangan (SPMU ) 2025

Tarikh Pendaftaran:
01/03/2025 – 30/04/2025

Lepasan SPM 2024 dikecualikan fi pemprosesan tambahan RM150.00

Fi pemprosesan tambahan RM150.00 dikenakan bagi calon yang lewat daftar dan membuat pembayaran mulai 01/05/2025 – 15/05/2025

Sila rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut :

Cara Mendaftar SPM Ulangan 2025

Berikut adalah cara mendaftarkan permohonan anda sebagai calon persendirian SPMU 2025:

  1. Pergi ke laman https://sppat.moe.gov.my kemudian klik “Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM Ulangan)”. Klik “Daftar” untuk mendaftarkan diri sebagai calon SPMU.
  2. Masukkan maklumat No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran bagi peperiksaan yang lepas. Maklumat boleh diperoleh daripada sijil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  3. Sahkan maklumat yang diisi. Pastikan No. Pengenalan Diri, Tahun Peperiksaan dan Angka Giliran merupakan milik anda, kemudian klik Teruskan.
  4. Isikan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki. Kemudian, klik Teruskan.
  5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin daftarkan. Jumlah bayaran akan dipaparkan sejurus anda memilih mata pelajaran. Kemudian, klik Teruskan.
  6. Pilih pusat peperiksaan anda. Pusat peperiksaan adalah mengikut negeri dan daerah. Kekosongan pusat peperiksaan berdasarkan bilangan kuota.
  7. Semak maklumat pendaftaran anda. Pastikan semua maklumat sahih dan tandakan pada ruangan akur janji sebelum menghantarnya.
  8. Mesej pengesahan maklumat akan dipaparkan sebelum borang pendaftaran anda dihantar. Klik butang OK.
  9. Kemudian sistem akan bawa anda ke laman bayaran perbankan elektronik selepas borang dihantar untuk melengkapkan proses pendaftaran. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

Sila rujuk panduan langkah demi langkah pendaftaran calon persendirian SPMU di sini.

NOTA PENTING:

  • Sebelum pendaftaran peperiksaan secara dalam talian dilaksanakan, semua pemohon perlu memastikan pilihan peperiksaan yang perlu didaftarkan iaitu SPM atau SPMU atau SPM dan SPMU.
  • Lembaga Peperiksaan TIDAK AKAN MENGEMBALIKAN BAYARAN YURAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN sekiranya calon membatalkan pendaftaran peperiksaan setelah urusan pendaftaran peperiksaan diselesaikan oleh pemohon.
  • Semua urusan pembayaran pendaftaran peperiksaan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian sepenuhnya (FPX).

Tarikh Penting SPM Ulangan & Peringatan Kepada Calon Yang Mendaftar SPMU 2025

PERKARATARIKH
Tempoh pendaftaran calon persendirian SPM 2025
01/03/2025 – 30/04/2025
Pembayaran dan pendaftaran lewat (Dikenakan Fi Pemprosesan RM150.00)01/05/2025 – 15/05/2025
Tarikh semakan status pendaftaran calon persendirian SPM 2025mulai 01/07/2025
Tarikh peperiksaan SPM 2025*Sila rujuk jadual peperiksaan SPM 2025
  1. Permohonan calon persendirian hanya dilakukan secara atas talian sahaja di laman sesawang sppat.moe.gov.my.
  2. Calon hendaklah memastikan semua maklumat yang diberikan adalah:
    • benar seperti dalam dokumen pengenalan diri;
    • mata pelajaran yang dimohon adalah tepat; serta
    • E-mel dan no. telefon bimbit yang boleh dihubungi.
    Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.
  3. Calon pertama kali mendaftar hendaklah mendaftar 6 mata pelajaran teras SPM: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains* (rujuk syarat mata pelajaran)
  4. Pendaftaran Calon Mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  5. Membuat pendaftaran SPM di portal sppat.moe.gov.my antara 01/03/2025 sehingga 30/04/2025.
  6. Pembayaran dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik. Calon hendaklah membuat pembayaran semasa permohonan dibuat atau selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari. Sekiranya bayaran tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan terbatal secara automatik (sila simpan resit untuk rujukan).
  7. Semakan pendaftaran boleh disemak mulai 01/07/2025.
  8. Sila cetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) Ujian Amali Sains/Ujian Bertutur/Ujian Lisan/Ujian Bertulis yang mempunyai angka giliran, pusat peperiksaan calon dan jadual waktu peperiksaan. Sila bawa PPP dan dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
  9. Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah dimohon di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar antara 01/04/2025 sehingga 30/04/2025 berserta bayaran.
  10. Permohonan pembetulan maklumat calon/mata pelajaran hendaklah dimohon di JPN tempat calon mendaftar antara 01/04/2025 sehingga 15/04/2025 berserta bayaran.
  11. Sila cetak semula PPP jika terdapat pengemaskinian maklumat/mata pelajaran yang telah diluluskan.
  12. Kenyataan Semakan bukanlah dokumen rasmi pendaftaran. Ia adalah sebagai makluman awal bahawa calon telah melaksanakan pendaftaran.
  13. Sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres tidak lagi digunakan.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: