SPANS Sabah: Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah

SPANS Sabah atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah merupakan sebuah organisasi yang menguruskan penjawat awam kerajaan negeri Sabah.

Oleh itu, segala proses pengambilan pekerja dan urusan berkaitan dengannya perlulah dilakukan melalui pihak SPANS.

Sejarah penubuhan SPANS Sabah

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63.

Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.

Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (Ultimate Responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

Fungsi & Objektif

Fungsi SPANS adalah menguruskan perkara-perkara yang berikut:

  1. Pelantikan;
  2. Pengesahan Jawatan
  3. Pemberian Taraf Berpencen
  4. Kenaikan Pangkat
  5. Pertukarandan
  6. Kawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Objektif penubuhan SPANS Sabah pula adalah memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.

Artikel berkaitan: JPKA Sabah : Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)

Pendaftaran Akaun SPANS Sabah

Bagi semua individu dan orang awam yang ingin memohon jawatan melalui SPANS Sabah, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Untuk mendaftarkan akaun, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi SPANS di alamat https://espans.sabah.gov.my/index.php
  2. Klik “Orang Awam” pada bahagian menu di bahagian atas laman sesawang tersebut
  3. Klik pada tulisan “Pengguna Baru?”
  4. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi segala butiran yang disenaraikan

Rujuk manual : https://espans.sabah.gov.my/awam/panduan/awam_manual_pengguna.pdf

Permohonan Jawatan Kosong SPANS Sabah

Dari semasa ke semasa, iklan jawatan kosong akan dipaparkan di laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sekiranya terdapat kekosongan yang dibuka.

Untuk melihat senarai jawatan kosong yang dibuka untuk permohonan, anda boleh melayari halaman Jawatan Kosong melalui pautan https://espans.sabah.gov.my/menu4.php

Untuk memohon, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Artikel berkaitan: WiSe Sabah: Pendaftaran Ibu Tunggal / Bantuan Sabah

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Sabah, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian:

URUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH,
Tingkat 3 dan 4, Blok B,
Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.

No Telefon: 088-255877 (PABX)
No Faksilimie: 088-239345

Masa : 8 Pagi – 5 Petang
Waktu Rehat : 1.00 Tengahhari – 2.00 Petang
Cuti : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!