Advertisements

JPKA Sabah : Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK)

Advertisements

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA Sabah) membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian beroperasi bermula 1 Januari 2023.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, permohonan dalam talian itu disediakan bagi memberi kemudahan kepada permohonan demi keselesaan dan kesejahteraan mereka.

“Berhubung dengan isu mereka yang masih menunggu bantuan kebajikan, sebagai makluman jumlah peruntukan tahunan yang disediakan untuk bantuan kebajikan terutamanya untuk warga emas adalah terhad.

“Oleh itu, bukan semua warga emas dapat diberi pertimbangan dalam permohonan baharu mereka dan mereka perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan serta tertakluk kepada kedudukan kewangan sedia ada yang belum ada komitmen.

“Selain daripada sistem sedia ada, Kementerian saya melalui JPKA telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian iaitu (https://jpka.sabah.gov.my) yang beroperasi pada 1 Januari 2023,” katanya semalam.

Beliau menjawab soalan asal Dr Daud Yusof (Bongawan-Warisan) yang ingin tahu apakah inisiatif dan bantuan yang boleh diberikan kepada orang tua, keluarga daif dan miskin tegar kerana ada segelintir daripada mereka telah dihentikan bantuan kebajikan yang mereka terima dan ada juga yang sedang berusaha untuk memohon bantuan kebajikan tetapi masih dalam proses menunggu. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang JPKAS atau Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk makluman bersama.

jpka sabah jpkas esbk bantuan online sabah 2023

Apakah JPKA Sabah?

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967.

Penubuhan ini adalah hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental CommitteeI.G.C), yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Jabatan yang ditubuhkan atas dasar ‘concurrent list‘, yang mana Pengarahnya bertanggungjawab kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. 

Selain daripada itu, Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.

Jenis-jenis Bantuan Kebajikan JPKA Sabah

Berikut adalah jenis-jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah.

Syarat Kelayakan

Secara umumnya, pemohon haruslah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah;. tidak mempunyai pendapatan tetap; miskin/ balu/ janda/warga emas atau Orang Kurang Upaya

Cara Permohonan

Sila buat permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan.

Mulai 1 Januari 2023, permohonan akan dibuka secara online melalui laman web https://jpka.sabah.gov.my/ atau https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/

jpka sabah jpkas esbk bantuan online sabah 2023

Borang & Dokumen Yang Diperlukan

Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran, salinan surat beranak, laporan perubatan (jika berkaitan); surat cerai, sijil mati pasangan, salinan no akaun bank;

Borang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awal boleh juga dimuat turun dari laman web https://jpka.sabah.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://jpka.sabah.gov.my/

ATAU

Sila dapatkan maklumat permohonan melalui laman web https://egjpkn.sabah.gov.my/eSBK/

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 2.3 / 5. Vote count: 3

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment