SMRA – Semakan Keputusan Sijil Menengah Rendah Agama 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sijil Menengah Rendah Agama atau lebih mudah dipanggil SMRA, merupakan satu sijil yang diberikan kepada pelajar yang lulus peperiksaan tahap menengah rendah di Sekolah Agama Menengah (SAM) atau Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT).

Sijil ini akan diduduki pelajar sewaktu mereka berada di Tingkatan 2, dan boleh digunakan bagi menyambung pelajaran mereka di SAM atau SAMT. Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan subjek ini, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.

Pengenalan

Sekolah Agama Menengah (SAM) atau Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) ialah sekolah agama negeri yang diuruskan oleh negeri sekolah tersebut. Sebagai contoh, jika sekolah tersebut berada di negeri Selangor ia akan diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 

Sekolah-sekolah ini dikenali sebagai kelompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis sekolah ini menawarkan dua sijil utama iaitu Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA). 

Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)

Sijil Menengah Rendah Agama atau dikenali juga sebagai SMRA merupakan sijil yang ditawarkan oleh Sekolah Agama Menengah atau Sekolah Agama Menengah Tinggi kepada para pelajar mereka.

Pelajar Tingkatan 2 akan menghadapi ujian ini pada hujung tahun selalunya. Ia selalunya dijalankan sekali bersama peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).

Untuk pengetahuan anda, sijil yang diambil di Tingkatan 2 ini boleh digunakan untuk melayakkan para pelajar untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat selanjutnya.

Subjek Ditawarkan Bagi Peperiksaan SMRA

Berikut merupakan subjek yang perlu diambil oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) ini:

semakan keputusan smra sijil menengah rendah agama

Bagi pelajar aliran Am, anda perlu mengambil 10 kertas sahaja dengan pengecualian ke atas kertas Tahfiz Al-Quran & Tajwid. Manakala bagi pelajar SAM/SAMT yang berada dalam alirah Tahfiz anda dikecualikan daripada menjawab empat kertas iaitu:

  • Fiqh
  • Tauhid
  • Hadis
  • Sirah

Selain itu, pelajar yang mengambil SRMA juga ditawarkan untuk mengambil subjek-subjek berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Rekabentuk dan Teknologi

Jadual Peperiksaan SMRA 2024

Berikut merupakan jadual peperiksaan SMRA bagi tahun 2024 ini yang akan berlangsung sehingga 3 Disember 2024:

1. SMRA-DINI (Aliran AM)

SMRA

2. SMRA-MTNJ (Aliran Tahfiz)

semakan keputusan smra sijil menengah rendah agama

Semakan Keputusan SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama)

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL DARJAH ENAM AGAMA (SDEA), SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA (SMRA) & SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) BAGI TAHUN 2024 SECARA DALAM TALIAN.

Dengan segala hormatnya, Keputusan Peperiksaan SDEA , SMRA & SMA 2024 boleh disemak selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan sepertimana ketetapan berikut:

  • Tarikh : 27 Februari 2025 (Khamis)
  • Masa : 11.00 Pagi

Keputusan boleh dilihat secara dalam talian melalui pautan dibawah :

Keputusan penuh dan Slip Keputusan Calon (SKC) boleh di ambil di Sekolah atau Pusat Peperiksaan masing-masing-masing.

semakan keputusan smra

Sumber: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut