Semakan MyKid JPN 2023 – Status & Permohonan Online
Dah buat semakan MyKid? Dengar kata ramai yang dah boleh semak status MyKid terkini untuk ambil di JPN setelah sekian lama hantar permohonan.
Ini kerana terdapat kelewatan dalam memperolehi MyKid bagi bayi yang baru lahir.
Berikut dikongsikan info terkini tentang permohonan MyKid dan semakan tarikh mendapatkannya daripada JPN.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid JPN bagi tahun 2023.
Apakah MyKid?
MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.
” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.
Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:
- Aplikasi JPN (data kelahiran)
- Maklumat kesihatan
- Maklumat pendidikan
Kelebihan MyKid
1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
6. Bentuk cantik dan menarik
Cara Permohonan MyKid
MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.
Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan My Kid:
- Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
- Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
- Salinan IC bapa
- Salinan IC ibu
- Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi
Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut:
https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan
Baca juga:
- Kalendar 2024: Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah KPM
- Takwim Cuti 2024 / 2025 & Kalendar Akademik Sekolah KPM
Cara Semakan Status MyKid Online
Berikut dikongsikan panduan semakan / manual pengguna untuk rujukan pengguna atau ibu bapa membuat semakan status terkini anda.
Anda boleh datang mengambil My Kid anak anda setelah status yang dipaparkan tertera seperti di bawah:
‘Status Permohonan : My Kid sedia untuk diambil’
Untuk semakan status permohonan online My Kid JPN, sila rujuk pautan berikut:
http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
Tetapi bagi yang belum siap, anda akan menerima notis seperti dalam paparan di bawah ini:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/
Semakan status My Kid: http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon: 03-8000 8000 Faks: 03-8880 8288
Emel(@jpn.gov.my): pro