Semakan Rayuan BPN 2020: Tarikh Pembayaran Bermula 24 Jun

Untuk makluman anda yang telah membuat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional antara 11 hingga 31 Mei baru-baru ini, anda boleh mula membuat semakan rayuan BPN mulai 24 Jun 2020.

Sebentar tadi, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa sebanyak 181,000 rayuan BPN yang diluluskan akan menerima bayaran berjumlah RM162 juta pada akhir bulan Jun ini.

Menurut beliau, bayaran-bayaran ini akan dibuat mulai 24 Jun, 2020.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM1.5 bilion bagi bayaran BPN menjadikan angka keseluruhannya RM11.5 bilion membabitkan kira-kira 10.77 juta penerima.

Penerima BPN dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan pertama seramai 8.3 juta penerima menerima bayaran secara berperingkat dalam Fasa Pertama dan Kedua.

Bagi kumpulan kedua, ia membabitkan 2.3 juta penerima yang diumumkan pada 9 Mei lalu, dengan 2.08 juta daripadanya sudah menerima bantuan BPN yang dibuat secara sekali gus berjumlah RM1.57 bilion setakat 31 Mei lalu.

Kumpulan ketiga pula adalah mereka yang telah membuat rayuan antara 11 hingga 31 Mei baru-baru ini.

Cara Semakan Rayuan BPN

Untuk membuat semakan rayuan BPN anda boleh mengikut langkah mudah ini

  1. Layari portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor IC anda
  3. Isi kod captcha yang diminta
  4. Maklumat permohonan akan dipaparkan

Anda juga boleh merujuk artikel ini untuk maklumat lebih lanjut tentang BPN : Semakan BPN: Permohonan Baru & Rayuan Bantuan Prihatin Nasional.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semakan keputusan rayuan BPN ini, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, dari hari Ahad – Jumaat :

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected]
atau [email protected] bagi mengajukan sebarang pertanyaan.

Follow media sosial Kementerian Kewangan untuk mendapatkan info terkini melalui:

Maklumat berkaitan keputusan rayuan BPN ini juga boleh didapati melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Hubungi nombor telefon berikut untuk mendapatkan info lanjut:

  • 1-800 882 747
  • 03-8911 1000
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!