Advertisements

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara 2021. Pengajian Percuma!

Advertisements

Berita baik untuk lepasan SPM yang berusia 18 hingga 35 tahun, permohonan kemasukan ke Institut Kraf Negara kini dibuka sehingga 30 September 2021.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Institut Kraf Negara dan bidang pengajian yang ditawarkan bagi sesi kemasukan September 2021.

Apakah Institut Kraf Negara (IKN)?

Penubuhan Institut Kraf Negara (IKN) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada bulan Ogos 2001.

Ia melambangkan satu detik peralihan (turning point) yang penting serta menjadi satu mercu tanda dalam perkembangan industri kraf di negara ini. Di sinilah bermulanya peranan IKN sebagai institusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lulusan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang kraf.

Mengimbas sejarah latihan kemahiran kraf, ia mula diperkenalkan pada tahun 1967, dengan wujudnya Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan (PKPT) di bawah RIDA / MARA.

Peranan latihan pertukangan ini kemudiannya telah diambil alih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia (LKM) pada April 1973.

Pada 1 Oktober 1979, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) ditubuhkan di bawah Akta 222 menggantikan LKM. Program latihan kemahiran seterusnya diambil alih oleh Kraftangan Malaysia pada Oktober 1979 hingga kini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pada Ogos 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan penubuhan IKN yang akan mentauliahkan Diploma dan Sijil kepada para pelajar.

Bermula pada sesi pengajian 2002 / 2003, IKN mengorak langkah dengan pengambilan pelajar baru di peringkat diploma.

Walaupun IKN menawarkan program diploma, pengajian program sijil tetap diteruskan.

Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 (RM500 / RM1000)

Bidang Yang Ditawarkan

Di Institut Kraf Negara ada tiga (3) program pengajian dan enam (6) jurusan yang boleh dipilih.

Adik-adik boleh pilih untuk menyambung pengajian di Diploma, Sijil Seni Kraf atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang :

  • BATIK
  • TENUNAN
  • KAYU
  • LOGAM
  • SERAMIK
  • ROTAN

*Diiktiraf JPA, MQA dan JPK

Kelebihan & Keistimewaan Menyambung Pengajian Di IKN

Pengajian di IKN adalah secara PERCUMA! Bebas Hutang PTPTN!

Jadi tak perlu risau bila habis belajar tak perlu tanggung hutang pengajian.

Kemudahan disediakan :

  • Asrama PERCUMA
  • Makan Minum PERCUMA
  • Bahan dan Alat Bengkel DISEDIAKAN
  • Elaun Sara Hidup Bulanan

Lepas habis belajar nak ke mana? Peluang seperti :

  • Jadi usahawan kraf (business owner)
  • Bekerja dengan usahawan kraf
  • Bekerja sebagai pereka
  • Bekerja sebagai pakar
  • Peluang sebagai Tenaga Pengajar
  • Sambung pengajian peringkat ijazah di Universiti di Malaysia

Baca juga: BKC: Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Mulai Ogos 2021

Cara Permohonan Ke Institut Kraf Negara (IKN)

Untuk menjadi pelajar di Institut Kraf Negara, sila daftar secara dalam talian di http://cms.ikn.gov.my/application/index.asp

Rujuk syarat-syarat permohonan dalam infografik di bawah atau melalui pautan tersebut.

pengajian ikn

Untuk maklumat lanjut tentang Institut Kraf Negara, sila ikuti saluran berikut:

Leave a Comment