Permohonan Data Internet Selangor Percuma Selama 12 Bulan (DIS)
Mulai Oktober 2021, golongan sasaran akan berpeluang menerima Data Internet Selangor secara percuma!
Program Data Internet Selangor ini akan memanfaatkan 70,000 golongan sasar termasuk penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.
Selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan Data Internet Selangor ini.
Apakah Data Internet Selangor (DIS)?
Golongan sasaran akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.
Inisiatif Data Internet Selangor (DIS) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (“TELCO”), bertujuan memberi bantuan kad SIM.
Menerusi inisiatif ini, MBI akan membayar subsidi terus kepada syarikat telekomunikasi.
*Golongan sasaran adalah penduduk bermastautin di Selangor dan termasuk dalam kategori-kategori yang dinyatakan di bawah.
Syarat Kelayakan / Golongan Sasaran
- Golongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor
- Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor
- GRAB riders yang bermastautin di Selangor
- Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor
- Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor
- Ketua-ketua kampung bagan di Selangor
- Ketua-ketua komuniti India di Selangor
- Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor
- Golongan petani di Selangor
- Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor
- Komuniti Orang Asal di Selangor
- Peniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar
Baca juga: Rumah Selangorku: Permohonan & Semakan Status Kelulusan
Pakej Yang Ditawarkan
Pakej internet percuma yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Tarikh Pendaftaran
- Pendaftaran akan dibuka bermula 15 Julai 2021
- Pendaftaran insentif akan ditutup pada 15 September 2021
- Pemohon dijangka menerima kad sim bermula pada 1 Oktober 2021
Cara Permohonan Data Internet Selangor
Golongan sasaran dan individu yang layak boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan butiran berikut:
- Nama penuh seperti di dalam kad pengenalan
- Nombor kad pengenalan
- Alamat rumah (bukti bermastautin di Selangor)
- Nombor telefon untuk dihubungi
- TELCO pilihan
Cara permohonan adalah bergantung kepada segmen sasaran, sila rujuk jadual berikut:
Segmen Sasaran | Cara Memohon |
---|---|
Pemohon-pemohon yang ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN | Hubungi senarai wakil DUN |
Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor | Hubungi institusi-institusi berkenaan |
Ketua-ketua kampung, Setiausaha MPKK di Selangor | YB Tuan Borhan Bin Aman Shah Exco Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan |
Ketua-ketua kampung bagan di Selangor | YB Tuan Ng Tze Han Exco Kerajaan Tempatan & Pengangkutan Awam |
Ketua-ketua komuniti India di Selangor | YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja & Kerajaan Prihatin |
Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor | YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal |
Golongan petani di Selangor | YB Tuan Ir Izham Bin Hashim Exco Infrastruktur Dan Pertanian |
Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor | YB Puan Dr Siti Mariah Binti Mahmud Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita & Keluarga |
Komuniti Orang Asal di Selangor | YB Tuan Hee Loy Sian Exco Pelancongan Dan Alam Sekitar |
GRAB riders yang bermastautin di Selangor | Rujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan |
Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor | Rujuk www.platselangor.com -> klik inisiatif MBI Bisnes Amal -> klik butang Inisiatif Data Internet Selangor -> isi Borang Permohonan |
Baca juga: SISM40 : Skim Internet Selangor M40 – Pakej Keluarga, Bujang & Asas
Semakan Status Permohonan Berjaya
Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda sebelum 1 Oktober 2021.
Maklumat Lanjut
Sila emelkan pertanyaan kepada [email protected]
atau layari https://dis.borangmbiselangor.com/
Inisiatif Data Internet Selangor (“DIS”) adalah merupakan sebuah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor (“KNS”) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi (“TELCO”), bertujuan memberi bantuan kad SIM.
Selama 12 bulan, penerima yang melanggani pakej data internet yang ditawarkan di bawah program DIS akan akan diberikan data internet secara percuma berdasarkan kuota yang diperuntukkan untuk tempoh 12 bulan.
Permohonan dibuka : 15 Julai 2021
Permohonan ditutup: 15 September 2021
Pengguna terima Kad SIM DIS: Bermula 1 Oktober 2021
Sekiranya pengguna didapati tidak menggunakan kad SIM tersebut (contoh : pihak TELCO melaporkan pengguna tidak menggunakan sebarang data langsung dalam tempoh 1 bulan), maka pihak MBI dalam budi bicara mutlak berhak untuk tidak membayar subsidi DIS untuk bulan tersebut dan/atau menghentikan subsidi tersebut
– Golongan sasar yang dipilih oleh Pejabat DUN di Selangor
– Para penjaja yang berdaftar dengan PLATS dan/atau berlesen dengan PBT di Selangor
– GRAB riders yang bermastautin di Selangor
– Para pelajar UNISEL,KUIS, INPENS, PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor) dan Yayasan Selangor
– Ketua-ketua kampung tradisi, Setiausaha MPKK di Selangor
– Ketua-ketua kampung bagan di Selangor
– Ketua-ketua komuniti India di Selangor
– Nazir, imam, bilal dan siak di Selangor
– Golongan petani di Selangor
– Golongan ibu-ibu tunggal di Selangor
– Komuniti Orang Asal di Selangor
– Peniaga dalam talian di bawah program Selangor e-bazar