Selangor Freelance: Daftar Insentif Tunai RM400 Untuk Warga Selangor

Dalam era pandemik COVID-19, ekonomi gig telah muncul sebagai peluang baru pekerjaan yang terbina dari pasaran yang membangun dalam segmen digital. Maka inisiatif Selangor Freelance telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri dengan menawarkan 5,000 sesi latihan dan kemahiran untuk warga Selangor menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital.

Melalui Program ini, individu berusia 18 tahun ke atas berpeluang menjana pendapatan dalam sektor ekonomi digital dan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.

Apakah Selangor Freelance?

Program ini merupakan kerjasama antara platform padanan kerja Workana dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran pekerjaan.

Dilancarkan pada 28 Oktober lalu, peserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.

Inisiatif ini mampu memberi manfaat kepada warga Selangor serta berpeluang menjana pendapatan menerusi program pengupayaan yang holistik.

Peserta Selangor Freelance akan dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana selama dua hari.

Mereka juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut selain berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.

Selangor Freelance disenaraikan bawah program pendigitalan dalam Belanjawan Negeri 2021 dengan perbelanjaan RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC)

selangor freelance

Syarat Kelayakan

  • Berusia 18 tahun ke atas
  • Tinggal di Selangor
  • Individu yang sudah bekerja atau belum boleh membuat permohonan.

Cara Daftar Selangor Freelance

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui http://selangor.workana.com.

Anda hanya perlu mengisi butiran maklumat dalam borang online seperti di bawah:

selangor freelance

Baca juga: MySTEP 2022: Permohonan Jawatan Kontrak, Kemudahan, Gaji / Upah

Bagaimana Mendapat Insentif RM400?

Berikut adalah prosedur dan tatacara menyertai Selangor Freelance

  1. Mendaftar di laman web https://selangor.workana.com/
  2. Menjalani sesi latihan selama 2 hari (Latihan termasuk pendedahan sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana)
  3. Selesai proses latihan, peserta berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi platform berkenaan.
  4. Peserta juga akan menerima RM400 daripada Kerajaan Negeri sebaik tamat mengikuti latihan tersebut.
selangor freelance

Baca juga: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.workana.com/ atau www.platselangor.com segera.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!