Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2022 dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2022.
Menurut Menteri Kewangan, Bajet 2022 turut menyasarkan 220,000 pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.
Berikut dikongsikan maklumat terkini dan info lebih lanjut tentang Program MySTEP yang dibentangkan dalam Bajet 2022 untuk makluman bersama.
Apakah MySTEP?
MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
Sektor Awam | GLC / Rakan Strategiknya |
1 – 12 Bulan | 6 – 12 Bulan |
- Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.
Baca juga: mySPP Online: Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
Kadar Upah / Bayaran
Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik:
Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik | Sektor Awam Kadar (RM) | GLC / Rakan Strategik Kadar Minimum* (RM) |
Setaraf Ijazah Sarjana Muda | 2,000 | 2,000 |
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia | 1,800 | 1,800 |
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 1,600 | 1,600 |
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia | 1,400 | – |
*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.
Penempatan MySTEP
Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.
Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
Kemudahan
Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:
Jenis Kemudahan | Sektor Awam | GLC / Rakan Strategik |
Cuti Rehat | 12 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Cuti Sakit | 14 hari setahun | Tertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing |
Perlindungan Sosial | Caruman KWSP dan PERKESO | Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan |
Baca juga: Login SPA9 Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2021
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:
Sektor Awam | GLCs dan Rakan Strategiknya |
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
18 tahun keatas | 18 tahun keatas |
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas | Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas |
Menganggur | Menganggur |
Cara Permohonan MySTEP 2022
Permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:
- Khazanah
- Permodalan Nasional Berhad (PNB)
- Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund
Iklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.
Kekosongan Terkini MyStep
Berikut dikongsikan antara kekosongan terkini MyStep :
1. Pengambilan Personel MySTEP di JPW Pahang
Tarikh tutup: 16 NOVEMBER 2021
Sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat-syarat jawatan boleh menghantar resume ke alamat yang tertera di bawah.
2. IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022 DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:
BUTIRAN JAWATAN
Jawatan : Pembantu Tadbir
Kadar Upah : RM1,600.00 sebulan Tempoh Perkhidmatan : 1 bulan (minimum) sehingga Oktober 2022
Penempatan : Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya
SYARAT-SYARAT
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
d) Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)
e) Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum
CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui emel kepada [email protected] dan [email protected] sebelum atau pada 30 November 2021.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi YM Raja Nurul Alifah binti Raja Mohd Nordin (038870 9520) atau Puan Nurshuhadah binti Mohd Sharif (03-8870 9530).
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup maka permohonan dianggap tidak berjaya.
3. IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP UNTUK HOSPITAL SRI AMAN
Tarikh tutup : 11 November 2021
Untuk yang berminat dan berkelayakan,sila hantar permohonan dan resume ke emel yang tertera.
Terima kasih.
Maklumat Lanjut
http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/mystep