SPP: Rayuan Temuduga Pengambilan Khas PPP DG41 One-off 2021

Rayuan Temu Duga SPP Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara One Off Tahun 2021

Suruhanjaya Perkhdimatan Pendidikan (SPP) ingin memaklumkan bahawa graduan dan bakal graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan yang telah memohon bagi urusan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara One-Off Tahun 2021 yang telah diiklankan pada 7 Julai 2021 tetapi tidak dipanggil temu duga boleh mengemukakan rayuan selepas panggilan temuduga Fasa 3 dikeluarkan.

Dalam kenyataan pada 18 November 2021, SPP telah mengumumkan bahawa rayuan sudah dibuka bagi calon-calon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘One-Off’ Tahun 2021.

Berikut dikongsikan makluman tersebut:

semakan temuduga spp

Baca juga: Pendaftaran Pakej Peranti / Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Rayuan Temuduga SPP (One Off) Kini Dibuka

Hebahan Rayuan Temu Duga Bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘One-Off’ Tahun 2021

1) Rayuan terbuka kepada calon dengan Ikhtisas Pendidikan sahaja;

2) Hanya calon yang pernah memohon bagi pengambilan khas ini sahaja yang akan dipertimbangkan untuk rayuan;

3) Opsyen calon akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan tertakluk kepada kekosongan sedia ada;

4) Permohonan rayuan tidak melayakkan calon untuk dipanggil temu duga secara automatik. Hanya calon yang melepasi tapisan rayuan sahaja akan dipanggil temu duga; dan

5) Sebarang rayuan tidak akan dilayan selepas tempoh ini dan keputusan adalah muktamad.

Cara Permohonan Rayuan SPP DG41 secara ‘One-Off’ 2021

Permohonan rayuan boleh dilakukan secara atas talian.

Sekiranya calon berminat untuk meneruskan rayuan seperti ketetapan di atas, sila klik di sini https://semakan.spp.gov.my/…/jadual_rayuan_oneoff_fasa1…

Tarikh Akhir Permohonan Rayuan

**

TERKINI

TARIKH TUTUP HEBAHAN RAYUAN TEMU DUGA BAGI PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ‘ONE-OFF’ TAHUN 2021 TELAH DIKEMASKINI SEPERTI DIBAWAH INI.

Semua permohonan boleh dikemukakan sebelum atau pada 26 NOVEMBER 2021 jam 12.00 TENGAH HARI.

SILA LAYARI

https://semakan.spp.gov.my/semakan/One-Off/Rayuan/jadual_rayuan_oneoff_view.php

Semakan Keputusan Rayuan

HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI CALON RAYUAN PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ‘ONE-OFF’ TAHUN 2021.

Calon boleh membuat semakan bagi panggilan temu duga mulai 9 Disember 2021 melalui pautan berikut:

https://semakan.spp.gov.my/semakan/One-Off/rayuan/jadual_temuduga_rakaman_view.php

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan rayuan ini, sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di pautan berikut:

https://www.spp.gov.my/

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!