Advertisements

Tarikh & Jadual Terkini SPM, STAM, UPBA 2021 / 2022 – KPM

Advertisements

JADUAL TERKINI TARIKH PELAKSANAAN SPM, STAM, UPBA SESI 2021 / 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 yang akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022.

Berikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021 yang telah dipinda.

Senarai lampiran seperti berikut.

Jadual & Tarikh SPM / STAM / UPBA 2021 / 2022 – KPM

Sila rujuk lampiran jadual dan tarikh SPM, STAM, UPBA bagi sesi 2021 / 2022 di bawah:

  1. Jadual Waktu Ujian Bertutur, Ujian Mendengar dan Ujian Amali Sains SPM 2021
  2. Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2021 KEMASKINI 11/12//2021
  3. Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis STAM 2021 KEMASKINI 11/12/2021
  4. Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021

a) Lampiran 1 :
Jadual Waktu Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Ujian Mendengar
Bahasa Melayu, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris, Ujian Mendengar
Bahasa Inggeris dan Ujian Amali Sains Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia Tahun 2021.

Lampiran 2 :
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2021.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Lampiran 3 :
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun
2021.

Lampiran 4 :
Jadual Waktu Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa Tahun
2021.

Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui
portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my/index.php/67-makluman-umum/1088-kenyataan-media-kementerian-pendidikan-malaysia-jadual-waktu-peperiksaan-sijil-pelajaran-malaysia-sijil-tinggi-agama-malaysia-dan-ujian-pencapaian-bahasa-antarabangsa-tahun-2021
mulai 11 Disember 2021.

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran
Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang telah dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Sumber: Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 11 Disember 2021

Baca juga:

Leave a Comment