Puasa Syaaban 2025 : Tarikh, Hukum & Niat Melakukan Puasa Syaaban

Puasa Syaaban 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk pengetahuan anda semua, bermula 31 Januari 2025 ini, kita telah pun memasuki bulan Syaaban, dan pastinya puasa sunat Syaaban merupakan antara perkara-perkara yang sering disebutkan dalam bulan ini. 

Bagi mengetahui lebih lagi tentang kelebihan berpuasa pada bulan Syaaban ini, pastikan anda terus membaca artikel  ini sehingga ke penghujung. 

Bulan Syaaban

Bulan Syaaban adalah bulan ke-8 mengikut kalendar Hijriah. Bulan Sya’ban menandakan bahawa berbaki satu Bulan lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Pada bulan Syaaban ini, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah seperti solat sunat, puasa, sedekah, dan berdoa. Hal ini demikian kerana, selain bulan Ramadan bulan ini juga merupakan antara bulan mulia dalam agama kita.

Perkara ini telah banyak diperkatakan dalam hadis-hadis nabi. Antaranya:

Kata al-Hafiz Ibn Rajab dalam Lata’if al-Ma’arif (hlm. 258):

“Oleh kerana Syaaban seperti mukadimah kepada Ramadan, maka disyariatkan padanya perkara yang disyariatkan pada bulan Ramadan seperti berpuasa dan membaca al-Quran, agar dapat bersiap sedia bagi menyambut Ramadan serta dapat membiasakan diri dengannya dalam usaha mentaati Allah SWT. Kami telah meriwayatkan dengan sanad daif daripada Anas RA, katanya:

‘Kaum Muslimin dahulu apabila masuknya Syaaban, mereka akan memberi tumpuan kepada mashaf al-Quran dan membacanya serta mengeluarkan zakat harta mereka bagi membantu orang lemah dan miskin untuk menghadapi puasa Ramadan.’

Malam Nisfu Syaaban

Antara sebab lain yang menyebabkan bulan Syaaban ini begitu istimewa adalah terdapatnya satu malam di dalamnya yang mempunyai banyak kebaikan, dan malam itu disebut sebagai malam Nisfu Syaaban.

Kebaikan malam nisfu syaaban ini telah disebut oleh Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Pada malam ini, kita umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan dan doa, agar segala dosa kita dapat dihapuskan oleh Allah S.W.T.

    Hukum Puasa Syaaban

    Untuk pengetahuan anda, hukum berpuasa di bulan Syaaban ini adalah sunat. Perkara ini sendiri telah dibincangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, dan beliau mendapati banyak hadis-hadis yang menyokong perbuatan puasa sunat Syaaban ini. 

    Antara hadis yang menekankan kepentingan berpuasa sunat ini, boleh dilihat di bawah:

    Pertanyaan Usamah bin Zayd RA kepada Nabi SAW:

    وَلَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنْ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ:  ذَاكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

    Maksudnya : “ Saya tidak lihat kamu berpuasa pada bulan yang lain sepertimana kamu berpuasa pada bulan Syaaban. Nabi SAW menjawab : Syaaban itu ialah bulan yang sentiasa manusia lupakan, bulan itu antara bulan Rajab dan Ramadan. Bulan tersebut ialah bulan yang dibentangkan amalan kepada Allah dan saya suka jika amalan saya dibentangkan dalam keadaan saya berpuasa.”

    Perkara ini turut diperakui Isteri Baginda S.A.W sendiri:

    puasa syaaban

    Oleh itu, sebagai umat Islam kita sangat digalakkkan mengikuti segala amalan baik yang dilakukan oleh Rasullah S.A.W sendiri, dan puasa sunat pada bulan ini merupakan salah satu amalan yang yang boleh kita ikuti.

    Baca juga: Doa Bulan Syaaban: Senarai Doa & Pengertian Bulan Syaaban

    Tarikh Nisfu Syaaban

    Bagi anda yang ingin melakukan puasa sunat Syaaban ini, anda boleh mula melakukannya bermula 31 Januari 2025 (Jumaat). Hal ini demikian kerana pada tarikh tersebut telah bermulanya bulan Syaaban ini.

    Bagi anda yang ingin berpuasa pada malam nisfu syaaban pula anda boleh berpuasa pada 14 Februari 2025. Kerana, pada malam 13 Februari 2025 (Khamis), kita akan menyambut nisfu syaaban selepas maghrib.

    Anda boleh lihat pada kalendar dibawah untuk maklumat yang lebih jelas lagi:

    puasa syaaban

    Niat Puasa Sunat Syaaban

    Berikut merupakan niat puasa sunat Syaaban yang perlu anda baca pada malam sebelum anda melaksanakan puasa sunat ini:

    نويت صوم شهر شعبان سنة لله تعالى

    “Nawaitu sauma syahri sya’ban sunnatan lillahi Ta’ala.”

    Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat bulan Sya’ban kerana Allah Ta’ala.

    Oleh itu, marilah kita sama-sama melakukan puasa Syaaban ini, bagi menambah amalan dan pahala kita. Semoga puasa kita dan segala amal kebaikan yang dilakukan pada bulan mulia ini, diredai dan diterima Allah S.W.T.

    Kelebihan Puasa Bulan Syaaban

    Puasa pada bulan Syaaban memiliki banyak kelebihan dan keutamaan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Berikut adalah beberapa kelebihan berpuasa pada bulan Syaaban:

    1. Mendapatkan Syafaat Rasulullah.
      • Salah satu keutamaan puasa di bulan Syaaban adalah mendapatkan syafaat dari Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat. Hal ini demikian kerana puasa sunat ini merupakan satu perkara yang sering dilakukan Baginda S.A.W.
    2. Peluang Memperbaiki Diri
      • Puasa di bulan Syaaban memberikan kesempatan bagi umat Islam untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ibadah sebelum memasuki bulan Ramadan. Ini adalah waktu yang baik untuk merenung dan memperbanyak amalan baik.
    3. Mendekatkan Diri kepada Allah
      • Dengan berpuasa, seseorang dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Puasa adalah salah satu bentuk ibadah yang dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan seseorang individu.
    4. Peluang untuk Mengqadha Puasa
      • Bagi mereka yang memiliki hutang puasa Ramadan sebelumnya, bulan Syaaban adalah waktu yang tepat untuk menggantinya. Ini memberikan kesempatan untuk menyelesaikan kewajiban sebelum Ramadan tiba sambil melakukan ibadah tambahan.
    5. Mendapatkan Pahala Berlipat Ganda
      • Setiap amal baik yang dilakukan di bulan Syaaban, termasuk puasa, akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda. Hal ini demikian kerana bulan ini merupakan bulan yang penuh berkah dan rahmat.

    Dengan demikian, puasa di bulan Syaaban bukan hanya sekadar ibadah sunnah, tetapi juga merupakan kesempatan untuk kita menambaha pahala dan juga mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut