Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah pada 11 Julai 2026, manakala PRN Negeri Sembilan bakal berlangsung pada 1 Ogos 2026.
Keputusan ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kedua-dua negeri tersebut pada awal Jun.
Untuk rakyat Johor dan Negeri Sembilan, anda boleh rujuk lebih lanjut mengenai tarikh-tarikh penting PRN Johor dan Negeri Sembilan yang perlu anda tahu di bawah.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor & Negeri Sembilan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 bakal diadakan pada 11 Julai 2026 (Sabtu), manakala PRN Negeri Sembilan Ke-16 pula ditetapkan pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Negeri Johor dan 36 kerusi Dewan Negeri, Negeri Sembilan.
Bagi PRN Johor, hari penamaan calon jatuh pada 27 Jun 2026 dengan hari pengundian awal pada 7 Julai 2026.
Bagi PRN Negeri Sembilan pula, hari penamaan calon akan diadakan pada 18 Julai 2026 dan hari pengundian awal pada 28 Julai 2026.
Kedua-dua negeri diberikan tempoh berkempen secara rasmi selama 14 hari.
Permohonan undi pos bagi kelayakan pengundi dalam dan luar negara juga telah mula dibuka secara berperingkat melalui portal rasmi MySPR bagi melancarkan proses demokrasi ini.
Sila rujuk kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR di bawah:










Tarikh-tarikh Penting PRN Johor & Negeri Sembilan
Berikut ialah tarikh-tarikh penting PRN Johor & Negeri Sembilan 2026:
| Perkara | Pilihan Raya Dewan Negeri Johor | Pilihan Raya Dewan Negeri, Negeri Sembilan |
|---|---|---|
| Tarikh Writ Pilihan Raya | 12 Jun 2026 (Jumaat) | 12 Jun 2026 (Jumaat) |
| Hari Penamaan Calon | 27 Jun 2026 (Sabtu) | 18 Julai 2026 (Sabtu) |
| Hari Pengundian Awal | 7 Julai 2026 (Selasa) | 28 Julai 2026 (Selasa) |
| Hari Pengundian Rasmi | 11 Julai 2026 (Sabtu) | 1 Ogos 2026 (Sabtu) |
| Tempoh Berkempen | 14 Hari | 14 Hari |

Untuk PRU Dewan Negeri Johor Ke-16, sebanyak 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.
Manakala bagi PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 pula, sebanyak 8 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan dalam pilihan raya pada kali ini.
BACA JUGA:
- PRN Negeri Sembilan Sah 1 Ogos! Ini Tarikh Penamaan Calon Dan Hari Mengundi
- PRN Johor Bermula! SPR Tetapkan 11 Julai Sebagai Hari Mengundi
Permohonan Undi Pos Dalam & Luar Negara
Permohonan undi pos untuk PRN Johor telah dibuka sejak 5 Jun 2026, manakala bagi PRN Negeri Sembilan dibuka mulai hari ini, 12 Jun 2026.
Kategori Pemilih Pos:
- 1A: Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media
- 1B: Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara
- 1C: Agensi / Organisasi
Sistem Permohonan:
Semua pemilih yang layak boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian sepenuhnya melalui portal rasmi MySPR.
Tarikh Tutup Undi Pos
| Kategori Pengundi Pos | PRN Johor Ke-16 | PRN Negeri Sembilan Ke-16 |
|---|---|---|
| Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, SPR, Polis, Tentera & Media) | 24 Jun 2026 (Rabu) | 15 Julai 2026 (Rabu) |
| Kategori 1B (Warganegara Malaysia di luar negara) | 19 Jun 2026 (Jumaat) | 10 Julai 2026 (Jumaat) |
| Kategori 1C (Agensi / Organisasi yang diluluskan) | 19 Jun 2026 (Jumaat) | 10 Julai 2026 (Jumaat) |
Cara Semak Pusat & Saluran Mengundi
Para pengundi yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor dan PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui:
- Portal SPR: spr.gov.my
- Aplikasi MySPR Semak
- Hotline SPR di talian 03-8892 7218
Waktu operasi Hotline SPR adalah dari 9:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari mulai pada 12 Jun 2026 (Jumaat) sehingga hari mengundi.
Maklumat yang boleh disemak:
- Pusat mengundi
- Saluran mengundi
- Nombor bilangan
Semakan boleh dibuat mulai 23 Jun 2026 (Selasa).
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026, sila rujuk:
- Laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
- Hotline SPR: 03-8892 7218
- Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR
Soalan Lazim PRN Johor dan Negeri Sembilan 2026
– PRN Johor: 11 Julai 2026 (Sabtu)
– PRN Negeri Sembilan: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
– Johor: 56 kerusi DUN
– Negeri Sembilan: 36 kerusi DUN
– PRN Johor: Penamaan Calon pada 27 Jun 2026 (Sabtu) | Pengundian Awal pada 7 Julai 2026 (Selasa).
– PRN Negeri Sembilan: Penamaan Calon pada 18 Julai 2026 (Sabtu) | Pengundian Awal pada 28 Julai 2026 (Selasa).
– Kategori 1A: Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media.
– Kategori 1B: Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara.
– Kategori 1C: Agensi atau organisasi yang diluluskan.
Permohonan mesti dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal rasmi MySPR di pautan spr.gov.my.
Semakan boleh mula dibuat pada 23 Jun 2026 (Selasa) melalui:
– Portal Semakan SPR: spr.gov.my
– Aplikasi Mobil: MySPR Semak
– Hotline SPR: 03-8892 7218 (Beroperasi 9:00 pagi – 8:00 malam setiap hari bermula 12 Jun 2026).




