Proton e.Mas7 2024: Model Terbaru Kenderaan Elektrik Proton

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Proton EV: Proton Melancarkan Model Terbaru Kenderaan Elektrik yang secara rasminya dikenali sebgai Proton e.MAS7

Baru-baru ini, pengeluar kereta kebangsaan Malaysia, PROTON telah melangkah ke hadapan dalam evolusi pengeluaran kenderaan dengan memperkenalkan jenama kenderaan elektrik (EV) baharu. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Proton X70 2024 : Harga Terkini, Pilihan Warna, Varian & Spesifikasi

Proton EV Terbaru 2024

Proton EV: Proton Melancarkan Model Terbaru Kenderaan Elektrik, Proton e.Mas.

Model terbaru proton EV tersebut dikenali sebagai Proton e.MAS7, yang melambangkan Elektrifikasi Malaysia.

Ia menggabungkan simbol “e” untuk EV dengan singkatan “MAS” yang dikenali secara universal sebagai Malaysia. 

Secara tidak langsung, ia menunjukkan komitmen PROTON untuk meng-elektrifikasi mobiliti bagi rakyat Malaysia melalui model EV yang akan datang.

Nama ini dipilih melalui peraduan teka nama bagi jenama EV Proton yang telah berlangsung selama 16 hari bermula 20 Mei-5 June 2024 dengan sebanyak 25,432 penyertaan. 

Pelancaran Jenama & Logo – Proton e.Mas7

Pada 12 Jun 2024, pelancaran jenama terbaru Proton EV dan juga logonya telah diadakan di Proton Centre of Excellence. 

Logo e.MAS menggabungkan rekaan 2D daripada rekaan kepala harimau ‘terkurung’ semasa PROTON yang melambangkan kemajuan dan kejayaan. 

Pilihan rekaan ini selari dengan trend jenama EV moden yang cenderung kepada grafik yang lebih bersih dan mudah daripada imej 3D yang kompleks.

Tarikh Model Pertama Proton e.Mas Diperkenalkan

Tarikh model pertama Proton e.MAS diperkenalkan menjelang awal tahun hadapan, 2025.

Semasa majlis pelancaran jenama dan logo Proton eMAS, PROTON turut mengumumkan pelantikan 17 pengedar e.MAS awal dengan rancangan untuk berkembang kepada 30 buah outlet menjelang 2025, menyokong infrastruktur perkhidmatan yang menyeluruh. 

Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan sokongan pelanggan holistik yang sepadan dengan rangkaian kenderaan sedia ada mereka.

Syarikat pengeluar PROTON juga merancang untuk mengeluarkan 5 model EV yang pertama.

Pembangunan model EV Proton bermula dengan penandatanganan Memorandum Perjanjian (MOA) antara Proton dan Syarikat Automobil Smart pada Januari 2022.

Spesifikasi

Proton menegaskan bahawa e.MAS7 bukanlah Geely Galaxy E5 yang dilencanakan semula.

Sebaliknya, pembuat kereta itu berkata bahawa e.MAS7 dibangunkan bersama Geely dan telah direka bentuk untuk menyampaikan dinamik pemanduan yang boleh menahan jalan raya Malaysia.

e.MAS7 ialah SUV elektrik segmen C yang panjangnya 4,615mm, lebar 1,901mm dan tinggi 1,670mm manakala ia juga mempunyai jarak roda 2,750mm.

Ia adalah model pertama yang dibina menggunakan platform Seni Bina Modular Global (GMA) Proton-Geely, itulah sebabnya e.MAS7 juga dikenali dengan nama kod GMA 01.

EV baharu ini akan dipasang dengan “sistem pemacu elektrik 12-dalam-1” yang dikatakan mempunyai kecekapan komprehensif 90.04%

Pemacu elektrik 82.5kg juga mempunyai ketumpatan tenaga 1.94kW setiap kg.

Menurut Proton, Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan kebolehpercayaannya.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pelancaran e.Mas7 oleh PROTON melambangkan langkah penting ke arah mengintegrasikan EV ke dalam rangkaian produk mereka, disokong oleh perkongsian strategik dan pelaburan infrastruktur untuk memastikan kesiapan pasaran yang kukuh.

Sumber:

  1. PROTON UNVEILS e.MAS AS ITS NEW ELECTRIC VEHICLE BRAND – Proton
  2. Facebook Proton e.MAS Cars
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut