Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI – Jadual & Acara

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama akan menganjurkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang dijadualkan pada 8 hingga 10 Disember 2023 bertempat di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Pengenalan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.

Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai Kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar Kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu:

  • Kemampanan
  • Kesejahteraan
  • Daya Cipta
  • Hormat
  • Keyakinan
  • Ihsan

Jadual Acara & Aktiviti

Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus Kementerian-kementerian bersama rakyat, Jualan Mega MADANI dan lain-lain lagi.

Rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian Kerajaan melalui pameran pencapaian semua Kementerian berserta perancangan jangka masa panjang Kerajaan.

Pelbagai kaunter perkhidmatan untuk rakyat juga dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, antaranya:

  •  Kaunter pengurangan kadar kompaun saman PDRM
  •  Kaunter perkhidmatan JPJ
  •  Kaunter perkhidmatan JKM
  •  Kaunter perkhidmatan PTPTN
  •  Kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR)
  •  Kaunter pendaftaran PR1MA
  •  Kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu
  •  Kaunter wang tidak dituntut (JANM)

Antara aktiviti yang boleh disertai juga termasuklah :

LARIAN RIA MADANI

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

DISKAUN SAMAN PDRM

diskaun saman program setahun kerajaan madani

TEMUDUGA TERBUKA

JUALAN MEGA MADANI

CUBA JAYA PENALTI

PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI

TAYANGAN FILEM MALBATT : MISI BAKARA

program setahun madani

CABUTAN BERTUAH

Majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Disember 2023 dan akan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan.

Sila rujuk jadual penuh TENTATIF PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI : https://malaysiamadani.gov.my/

program setahun madani

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan program ini pada 8 hingga 10 Disember 2023 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Bagi yang tak sempat untuk hadir, anda juga boleh membeli pelbagai barangan keperluan melalui Jualan Rahmah Kasih Sayang di Shopee.

Maklumat Lanjut

Ikuti perkembangan program Malaysia MADANI di platform media sosial rasmi Malaysia MADANI untuk info lanjut

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!