Tawaran Program Gradpeneur@Perak Untuk Graduan Yang Berminat Jadi Usahawan

Berita baik untuk graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada negeri Perak yang berminat untuk ceburkan diri dalam bidang keusahawanan atau yang ingin kembangkan perniagaan sedia ada, anda dialu-alukan untuk sertai Program Gradpeneur@Perak bagi Kohort 2.

Apa Itu Program Gradpeneur@Perak ?

Program Gradpeneur@Perak adalah program yang menawarkan latihan, pembiayaan serta khidmat nasihat kepada graduan yang berminat dalam bidang keusahawanan.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Program PENJANA KPT-CAP yang menjadi salah satu inisiatif kerajaan bagi menangani cabaran kepolehpasaran graduan serta mengurangkan kadar penggangguran di kalangan belia.

Baca Juga : Tawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, program ini terbuka kepada 50 orang terawal sahaja.

Calon yang berminat boleh kemukakan pendaftaran secara atas talian sehingga 19 Mei pada jam 5 petang.

Kelebihan Program

Graduan yang menyertai program ini akan mendapat manfaat-manfaat berikut iaitu:

  • Latihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hari
  • Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
  • Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan
Gradpeneur@Perak

Tarikh & Tempat Program

Program ini akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, UPSI, Tanjung Malik pada 24 Mei 2022 sehingga 29 Mei 2022.

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk ikuti program ini perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta (Berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi), Politeknik dan Kolej Komuniti dari tahun 2019 – 2021 sahaja (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja).
  • Pemohon yang menetap atau bermastautin di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
  • Graduan yang berminat untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan digalakkan memohon.

Cara Mendafar

Pendaftaran program boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan pendaftaran seperti berikut : https://forms.gle/KZAqYu4A1B36zBmQ6.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  3. Lengkapkan semua maklumat tersebut.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Gradpreneur@Perak, sila layari laman Facebook Gradpeneur@Perak atau hubungi:

  • Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI) – 0122118608
  • Yayasan Perak – 05-2460227
  • PASAK – 018-297 4725
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!