Tawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022

Tawaran Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi Program Pembangunan Usahawan Teknikal atau PUTEK 2022 kini dibuka.

Insentif ini merupakan salah satu usaha kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mempelawa generasi muda yang berminat untuk jalankan perniagaan dalam bidang teknikal berasaskan kemahiran.

Calon yang berkelayakan bakal menerima pembiayaan sehingga RM 500,00 tanpa cagaran dan kadar keuntungan sifar.

Belia yang berhasrat untuk sertai program ini boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 31 Disember 2022.

Baca Juga : Tawaran Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022

Apa Itu Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) ?

Program yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 ini merupakan program yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada generasi muda untuk mulakan perniagaan dalam bidang teknikal yang berasaskan kemahiran yang dimiliki.

Kemudahan yang ditawarkan adalah dalam bentuk padanan geran yang merangkumi 60% pembiayaan dan 40% geran.

Program Pembangunan Usahawan Teknikal

Syarat-Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati Syarat-Syarat Asas serta Syarat-Syarat Khusus yang disenaraikan seperti berikut :

Syarat-Syarat Asas

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai tapak/ premis/ bengkel perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak melebihi (5) tahun
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat-Syarat Khusus

Mempunyai Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa / Institusi teknikal kerajaan atau swasta

Skop Pembiayaan Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)

Skop pembiayaan di bawah PUTEK adalah tertakluk seperti berikut :

  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Modal Pusingan (Usahawan baru sahaja) merangkumi:

-60% pembiayaan

-40% geran (sekiranya bayaran adalah baik)

  • Tempoh pembiayaan – 1-5 tahun @ 12-60 bulan

Had Pembiayaan

Had pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

Pembelian mesin dan peralatan

Minima: RM3,000.00

Maksimum:RM500,000.00

Modal Pusingan

3 bulan @ 20% daripada kelulusan pembiayaan mesin dan peralatan dengan had maksimum RM50,000 atau mana yang terendah

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut :

https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx

Pemohon juga boleh hadir ke Pejabat MARA Daerah untuk urusan permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Usahawan Teknikal (PUTEK), anda boleh hubungi nombor telefon 03-26132000 atau menerusi emel [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!