Advertisements

Senarai PPV Walk-In Remaja Seluruh Malaysia Bermula 23 Sept

Advertisements

SENARAI PPV WALK-IN REMAJA BERMULA 23 SEPTEMBER 2021

Beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedia ada yang sedang beroperasi akan digunakan bagi pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia adalah antara dua kaedah yang akan digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan itu, selain secara jangkau luar di sekolah.

Senarai PPV berkenaan telah diumumkan bagi membolehkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun hadir secara terus atau ‘walk-in’ bagi mendapatkan vaksinasi.

“Bagi kaedah jangkau luar, sebagai contoh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya 8 (1) akan menjadi PPV sementara yang akan digunakan pada pada hari pemberian vaksin sahaja. Jika tidak cukup kakitangan KKM, kita akan mendapatkan khidmat pengamal perubatan swasta,” katanya.

Sila baca selanjutnya untuk mengetahui kaedah vaksinasi dan senarai PPV walk-in remaja bermula 23 September ini.

Kaedah Vaksinasi COVID-19 Remaja Bermula 23 September 2021

Sebanyak 156 buah Pusat Pemberian Vaksin akan beroperasi untuk menjalankan PICK Remaja bermula 23 September.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Vaksinasi akan dibuat melalui 3 kaedah berikut:

  1. Janji Temu MySejahtera
  2. Vaksinasi Berjadual
  3. Walk-In

Kenal pasti kategori dan kaedah bagi anak remaja anda melalui infografik di bawah untuk proses vaksinasi yang lancar.

ppv walk-in remaja

Senarai PPV Walk-In Untuk Remaja Bermula 23 September

Berikut adalah senarai walk-in PPV untuk vaksin remaja bermula 23 September 2021.

ppv walk-in remaja
ppv walk-in remaja
ppv walk-in remaja

Remaja yang dibenarkan walk-in adalah;

  • Remaja yang tidak bersekolah.
  • Remaja yg menuntut di IPTS/IPTA yg di bawah umur 18 tahun.

Remaja yang telah mendapat tarikh vaksin dari pihak sekolah tidak dibenarkan walk-in.

Kepada ibubapa, jangan tunggu lagi. Boleh bawa anak-anak yang memenuhi kriteria umur yang dibenarkan untuk divaksin.

Hanya seorang dewasa/ibu/bapa/penjaga dibenarkan menemani.

Rujuk: Borang Pendaftaran PICK Remaja / Kanak-kanak Bawah 18 Tahun

APAKAH PROSEDUR UNTUK VAKSINASI REMAJA KURANG DARI 18 TAHUN DENGAN MASALAH KESIHATAN KRONIK?

Banyak negara kini memberi fokus kepada pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19.

Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama apabila kerajaan meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk individu berumur 12 tahun dan ke atas.

Kerajaan mengesyorkan pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada remaja 12 tahun dan ke atas.

Walau bagaimanapun, pemberian ini adalah terhad kepada remaja yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dan atas nasihat doktor. Untuk ini, sila rujuk doktor anda untuk nasihat dan kaedah vaksinasi.

Bagi remaja yang berumur 17 tahun dan akan mencapai 18 tahun dalam tahun semasa juga adalah dibenarkan untuk mengambil vaksinasi dengan kebenaran ibu bapa melalui borang kebenaran khas yang disediakan.

Ayuh, lindungi diri dan keluarga!

Sumber: CITF / JKJAV

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment