Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Platform simpanan emas digital Pos ArRahnu Gold-i membolehkan anda mula melabur dalam emas patuh Syariah dengan modal serendah RM10 sahaja tau!

Platform ini dibangunkan melalui kerjasama antara Pos Malaysia Bhd dan Go Capital Growth Sdn Bhd. Ia direka khusus untuk memberi peluang kepada golongan B40, M40, belia, serta penyimpan kali pertama untuk memiliki aset emas dengan mudah.

Pendaftaran dan pembelian emas digital boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi Pos ArRahnu Gold-i di: https://posarrahnugold.ace2u.com/

Berikut adalah panduan lengkap mengenai cara pendaftaran, syarat kelayakan, serta struktur caj yang dikenakan.

Apa Itu Pos ArRahnu Gold-i?

Pos Ar-Rahnu Gold-i adalah platform simpanan emas digital yang diperkenalkan oleh Pos Malaysia Berhad menerusi kerjasama dengan Go Capital Growth Sdn Bhd.

Platform ini direka khusus untuk mendemokrasikan pelaburan emas di Malaysia. Ia membolehkan semua golongan, terutamanya B40, M40, dan belia, memiliki serta mengumpul emas tulen secara digital dengan mudah, selamat, dan murah.

Ciri-Ciri Utama Pos ArRahnu Gold-i:

  • Setiap gram emas yang anda beli secara digital disokong oleh rizab emas fizikal yang sebenar.
  • Emas yang ditawarkan mempunyai ketulenan tinggi dan disokong oleh akreditasi standard tempatan serta antarabangsa (seperti LBMA dan SIRIM).
  • Pengumpul boleh memilih untuk menjual semula emas digital mereka untuk mendapatkan wang tunai, atau menukarkannya kepada bentuk emas fizikal apabila mencapai berat tertentu.
  • Urus niaga jual, beli, dan semakan baki boleh dilakukan pada bila-bila masa melalui peranti pintar atau komputer anda.

Modal Diperlukan Hanya RM10!

Ya betul, modal diperlukan hanya serendah RM10 sahaja.

Nilai ini ditetapkan untuk memastikan pelaburan emas kini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang kewangan.

Golongan pelajar, belia, serta kumpulan B40 dan M40 kini boleh mula membina simpanan masa depan tanpa perlu menunggu modal yang besar.

Adakah Pos ArRahnu Gold-i Patuh Syariah?

Ya, Pos ArRahnu Gold-i adalah 100% Patuh Syariah.

Platform ini diuruskan mengikut garis panduan kewangan Islam yang ketat untuk memastikan setiap urus niaga jual beli emas digital adalah sah di sisi hukum syarak.

Setiap gram aset disandarkan 100% oleh emas fizikal premium yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA), SIRIM Bhd, dan Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM).

BACA JUGA: Skim Cakna Aulad – Akaun Tabungan Emas RM100 Kelahiran Baharu

Apa Syarat Kelayakan Pos ArRahnu Gold-i?

  • Warganegara Malaysia: Terbuka kepada semua penduduk tempatan yang memiliki kad pengenalan (MyKad) yang sah.
  • Had Umur Minimum: Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas (mempunyai dokumen pengenalan diri untuk proses pengesahan akaun).
  • Modal Permulaan: Mempunyai modal sekurang-kurangnya RM10 untuk pembelian emas pertama.
  • Kemudahan Perbankan: Mempunyai akaun bank tempatan yang aktif (perbankan dalam talian/FPX) untuk tujuan transaksi beli dan jual emas.
  • Akses Peranti: Mempunyai telefon pintar atau komputer dengan talian internet untuk menguruskan akaun secara digital.

Bukan warganegara Malaysia juga boleh membuka akaun emas digital Pos ArRahnu Gold-i ini dengan syarat mempunyai Akaun Bank Semasa atau Simpanan tempatan di Malaysia.

Cara Daftar Akaun Pos ArRahnu Gold-i

Berikut ialah cara untuk daftar akaun Pos ArRahnu Gold-i bagi membolehkan anda membuat pembelian emas digital:

  1. Layari Portal Rasmi: Pergi ke laman web rasmi Pos ArRahnu Gold-i.
  2. Klik Butang Daftar: Klik butang Daftar Akaun untuk mencipta akaun baharu.
  3. Isi Maklumat Peribadi: Masukkan butiran asas seperti nama penuh (mengikut MyKad), nombor kad pengenalan, nombor telefon aktif, dan alamat e-mel.
  4. Cipta Kata Laluan: Tetapkan kata laluan yang selamat untuk akses masuk akaun anda.
  5. Isi maklumat bank: Masukkan butiran nama bank dan nombor akaun bank.
  6. Pengesahan Identiti (eKYC): Muat naik bahagian depan dan belakang kad pengenalan dalam format .jpg, .jpeg dan .png
  7. Pin Keselamatan: Cipta 6 digit sebagai kod keselamatan.

Selesai.

 Pos ArRahnu Gold-i
Klik daftar buat buat akaun baharu.
 Pos ArRahnu Gold-i
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan termasuk muat naik gambar kad pengenalan depan dan belakang.

Cara Beli Emas Digital Pos ArRahnu Gold-i

  1. Layari laman web rasmi Pos ArRahnu Gold-i.
  2. Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang anda cipta.
  3. Pada halaman dashboard, klik menu “BELI EMAS”.
  4. Anda boleh terus membuat pembelian emas pertama bermula serendah RM10 menggunakan pembayaran perbankan internet (FPX).
 Pos ArRahnu Gold-i
 Pos ArRahnu Gold-i

Caj & Yuran Dikenakan

Yuran Penyimpanan

  • Yuran penyimpanan adalah sebanyak 1% setahun berdasarkan pegangan emas harian anda.
  • Yuran ini diakru setiap hari dan ditolak pada akhir setiap bulan.
  • Yuran penyimpanan adalah 1% setahun atau bersamaan RM1.00 dalam gram emas, yang mana lebih tinggi.
  • Bagi penutupan akaun, yuran penyimpanan akan dikira secara pro-rata.
  • Selain itu, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% akan dikenakan ke atas yuran penyimpanan dan dicaj mengikut undang-undang serta peraturan semasa.
  • Yuran penyimpanan dikira berdasarkan kadar yang berkenaan serta caj minimum bulanan yang ditetapkan oleh GO Capital Growth dari semasa ke semasa.
  • Yuran ini tertakluk kepada terma dan syarat Akaun POS ArRahnu Gold-i anda.
  • Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada yuran penyimpanan atau caj minimum yang dikenakan, GO Capital Growth akan memberikan notis dengan memaparkan maklumat terkini di Platform POS ArRahnu Gold-i sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa.

Kos Pembayaran

  • Yuran pemprosesan FPX sebanyak MYR 1.20 setiap transaksi hanya terpakai untuk transaksi yang berjaya.

Kos Penebusan Emas Fizikal

  • Caj Pembuatan
Denominasi
(gram)
Membuat Caj/pc (MYR)
(MYR)
0.553.40
172.00
4.25135.50
5162.00
10204.00
21.25325.50
50685.00
1001095.00
  • Caj Penghantaran
Caj Kurier, Pengendalian & PembungkusanKosHad Pembungkusan
WM/EMMYR30.00 setiap bungkusan30pcs/100g

Nota:

  • Yuran pemenuhan merujuk kepada Membuat Caj (Premium/Kepingan + Caj Pengendalian/Kepingan + Insurans/Kepingan) + Pembungkusan & Penghantaran + 8% SST.
  • Kos pembungkusan dan penghantaran dikenakan sekali sahaja.
  • Syarikat berhak untuk menyemak semula kos pemenuhan dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Perubahan akan berdasarkan caj yang dikenakan oleh vendor dan penyedia perkhidmatan.
  • Maksimum pemenuhan emas fizikal jongkong emas yang ditempa ialah 100 gram atau maksimum 30 keping setiap pembungkusan.
  • Dasar ini terpakai untuk kedua-dua Malaysia Barat dan Malaysia Timur; penghantaran disediakan di Malaysia sahaja.
  • Untuk penghantaran fizikal, pelanggan perlu melantik penjual sebagai ejen (wakil) mereka untuk menyimpan/memegang emas yang dibeli/tukar dalam simpanan (wadiah) sehingga kutipan dilakukan oleh pembeli atau ejen yang dilantik (wakil), atau sehingga emas dihantar oleh ejen (wakil).

    Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Pos ArRahnu Gold-i

    Untuk sebarang bantuan, anda boleh hubungi:

    • Nombor telefon: 03 2267 2267 EXT 6741 (Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk Cuti Umum, dari 9 pagi hingga 5 petang)
    • Email: [email protected]
    • Alamat syarikat: Tingkat 3, Ibu Pejabat Pos Kompleks Dayabumi, 50670 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    • Laman web rasmi Pos ArRahnu Gold-i

    SOALAN LAZIM

    Apakah itu Pos Ar-Rahnu Gold-i?

    Platform pelaburan emas digital patuh Syariah yang membolehkan rakyat Malaysia membeli, menjual, dan menyimpan emas serendah RM10 melalui portal digital atau cawangan Pos Ar-Rahnu fizikal.

    Adakah pelaburan ini selamat?

    Sangat selamat. Setiap transaksi disokong oleh 100% simpanan emas fizikal sebenar di dalam peti besi berkoselamatan tinggi melalui kerjasama Pos Malaysia Berhad dan Go Capital Growth Sdn Bhd.

    Berapakah modal minimum untuk mula membeli emas digital?

    Anda boleh mula menyimpan dengan modal serendah RM10 sahaja untuk pembelian kali pertama mahupun tambahan baki.

    Bolehkah emas digital ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal?

    Boleh. Anda mempunyai pilihan untuk mencairkannya semula menjadi wang tunai atau menukarnya kepada jongkong/pelat emas fizikal apabila baki gram mencukupi.

    Berapakah had minimum untuk jualan semula (buyback)?

    Had minimum jualan semula (liquidate) emas digital anda ke dalam akaun bank adalah 0.5 gram.

    Soalan lazim mengenai POS ArRahnu Gold-i juga boleh dirujuk melalui pautan berikut: https://posarrahnugold.ace2u.com/FAQ.php

    Anda mungkin layak menerima bantuan.
    Semak Sekarang
    PENULIS