Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperluas pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) bagi perlindungan tambahan terhadap demam campak dan rubella sepanjang tahun 2026 yang mana tempahan slot boleh dibuat menerusi MySejahtera.
Menariknya, ianya percuma di semua Klinik Kesihatan KKM untuk warganegara dan bukan warganegara.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai vaksin ini.

Mengenai Vaksin Measles Rubella (MR)
Vaksin Measles Rubella (MR) adalah vaksin kombinasi yang diperuntukkan untuk Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MR SIA) yang memberi perlindungan terhadap penyakit measles (demam campak) dan penyakit rubella.
Ia mengandungi antigen iaitu virus measles dan rubella yang telah dilemahkan dan tersedia dalam bentuk serbuk terliofil (lypholised) dan akan dicampurkan dengan pelarut (air yang telah disterilkan) sebelum disuntik.
Vaksin ini juga mengandungi penstabil bagi memastikan virus yang dilemahkan itu kekal stabil dan berkesan semasa dalam tempoh penyimpanan sebelum disuntik.
Untuk makluman, virus measles dan rubella mudah merebak melalui udara (batuk atau bersin) dan tiada rawatan khusus jika dijangkiti.
Virus ini mudah merebak kerana 1 pesakit sahaja boleh menjangkiti 12 hingga 18 orang di sekeliling.
Ia hanya boleh dicegah dengan vaksin ianya adalah vaksin selamat dan berkesan serta digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Penularan Demam Campak & Rubella Merebak
Demam campak dan rubella merebak melalui:
- Batuk
- Bersin
- Sentuhan permukaan tercemar
- Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan komplikasi serius:
- Radang otak
- Radang paru-paru
- Buta
- Maut
Tanda-Tanda Penyakit
Tanda-tanda penyakit ini jika menjangkiti adalah seperti berikut:
- Hari 7–10: Demam tinggi, batuk, hidung berair, mata merah
- Hari 10–12: Tompok putih kecil dalam mulut
- Hari 12–14: Ruam merah bermula di muka, merebak ke seluruh badan
Hukum Pengambilan Vaksin Measles Rubella (MR)
Hukum pengambilan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah DIHARUSKAN oleh syarak selaras dengan kaedah Fiqhiyyah iaitu:
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Maksudnya, “Menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
Kesan Sampingan Vaksin Measles Rubella (MR)
Seperti ubat-ubatan dan vaksin lain juga, vaksin ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, majoriti kesan tersebut adalah ringan, tidak memudaratkan dan lazimnya sembuh tanpa/atau memerlukan rawatan.
Kesan sampingan yang biasa berlaku dengan vaksin MR adalah seperti:
- Sakit otot/sendi
- Reaksi pada tempat suntikan seperti sakit, bengkak dan kemerahan
- Demam ringan
- Ruam pada kulit yang tidak menyebabkan jangkitan
- Kelesuan

Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk mengambil vaksin ini adalah seperti berikut:
- Belum pernah mendapatkan suntikan MR dalam tempoh 4 Ogos 2025 hingga 1 Disember 2025.
- Tidak melebihi usia 7 tahun semasa mengambil suntikan vaksin MR.
- Tarikh tutup slot vaksinasi iaitu 31 Disember 2026.
Cara Tempahan Slot
Untuk membuat tempahan slot, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka & pastikan aplikasi MySejahtera dikemas kini.
- Tekan menu “Appointment”atau “Janji Temu.”
- Pilih nama anak anda (daftar dahulu sebagai tanggungan jika belum).
- Pilih servis “Supplementary Measles & Rubella (MR SIA).”
- Pilih Klinik Kesihatan berdekatan, tarikh & masa yang sesuai.
- Semak butiran, tekan “Confirm” untuk sahkan tempahan.
Selain itu, orang ramai juga boleh membuat Janji temu di Klinik Kesihatan KKM atau Walk-in ke Klinik Kesihatan KKM yang berhampiran.

Soalan Lazim
Vaksin ini merupakan vaksin kombinasi yang diperuntukkan untuk Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MR SIA) yang memberi perlindungan terhadap penyakit measles (demam campak) dan penyakit rubella.
Kandungan dalam vaksin ini mengandungi antigen iaitu virus measles dan rubella yang telah dilemahkan dan tersedia dalam bentuk serbuk terliofil (lypholised) dan akan dicampurkan dengan pelarut (air yang telah disterilkan).
Hukum pengambilan vaksin ini adalah diharuskan.
Ya namun majoriti kesan tersebut adalah ringan, tidak memudaratkan dan lazimnya sembuh tanpa/atau memerlukan rawatan seperti
– Sakit otot/sendi
– Reaksi pada tempat suntikan seperti sakit, bengkak dan kemerahan
– Demam ringan
– Ruam pada kulit yang tidak menyebabkan jangkitan
– Kelesuan
Tidak. Ianya percuma untuk di semua Klinik Kesihatan KKM untuk warganegara dan bukan warganegara.
– Buka & pastikan aplikasi MySejahtera dikemas kini.
– Tekan menu “Appointment”atau “Janji Temu.”
– Pilih nama anak anda (daftar dahulu sebagai tanggungan jika belum).
– Pilih servis “Supplementary Measles & Rubella (MR SIA).”
– Pilih Klinik Kesihatan berdekatan, tarikh & masa yang sesuai.
– Semak butiran, tekan “Confirm” untuk sahkan tempahan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai vaksin ini, sila layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.




