Pengambilan TLDM 2026 – Syarat & Cara Permohonan

pengambilan tldm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pengambilan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2026 bagi siri 232/26 sebagai perajurit muda kini dibuka untuk permohonan melalui pautan https://www.surveymonkey.com/r/3F332ZM.

Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman anda yang ingin memohon.

Pengambilan TLDM 2026 Secara Atas Talian

Berdasarkan kepada makluman oleh TLDM, berikut adalah tarikh rasmi pengambilan perajuri muda Tentera Laut DiRaja Malaysia (secara atas talian) bagi siri 232/26:

  • Tarikh mula permohonan: 25 Mei 2026
  • Tarikh tamat permohonan: 21 Jun 2026

Syarat Permohonan

SYARAT UMUM

  1. Lelaki dan wanita berwarganegara Malaysia.
  2. Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 23 Disember 2026.
  3. Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
  4. Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki.
  5. Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin).
  6. Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana.

KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM/SVM

  1. SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
    – Bahasa Inggeris
    – Matematik
    – Sains
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
    –  Lulus Bahasa Melayu SVM (Kod 1103).
    – Purata Nilai Grad Kumulatif Akademik (PNGKA) 2.00 ke atas.
    – Kompeten semua Modul Kemahiran.
    – Purata Nilai Grad Kumulatif Vokasional (PNGKV) 2.67 ke atas

KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN

  1. Mempunyai SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
  2. Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  3. Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
    – Diploma in Engineering.
    – Diploma in Electrical Engineering.
    – Diploma in Engineering Technology in Aircraft Maintenance
    – Diploma in Electronics Engineering
    – Diploma in Mechanical Engineering.
    – Diploma in Electrical and Electronic.
    – Diploma in Mechatronic Engineering.
    – Diploma in Manufacturing Engineering.
    – Diploma in Marine Engineering.
    – Diploma Engineering in Aircraft Maintenance.
    – Diploma in Software Engineering.
    – Diploma in Microelectronic Engineering.
    – Diploma in Technology
    – Diploma in Information Engineering.
    – Diploma in Telecommunication.
    – Diploma in Science in Applied Science or Mathematics.
    – Diploma in Computer Science.
    – Diploma in Information Technology.
    – Advanced Diploma in Engineering.
    – Engineering Diploma Recognized by MQA.
    – Malaysian Skills Diploma.
    – Malaysian Skills Advanced Diploma.

TARAF KESIHATAN

  1. Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan
  2. Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
  3. Syarat minimum ukuran fizikal
UkuranLelakiWanita
Tinggi (min)1.62 m1.60 m
Berat (min)47.5 kg46.5 kg
BMI  18.0 – 25.018.0 – 23.0
Beza Ukuran Dada Pernafasan5 cm4 cm

TARAF KOKURIKULUM

Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Keutamaan juga akan diberikan kepada atlet yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.

Gaji / Elaun / Keistimewaan TLDM

1. Gaji permulaan :

GajiJumlah
Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM1,925.00
Diperjawatkan (kelulusan):

SPM atau SVM

SPM dan SKM Tahap 2

SPM dan SVM Tahap 3

Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)


RM2,035.00

RM2,107.00

RM2,179.00

RM2,539.00

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

2. Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat

3. Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan

4. Keistimewaan

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waren perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Cara Memohon Secara Atas Talian

  1. Pemohon perlu mengimbas kod QR untuk syarat kelayakan atau layari www.navy.mil.my atau https://www.surveymonkey.com/r/3F332ZM dan masuk ke pautan Perkhidmatan untuk mendaftar borang permohonan.
  2. Pemohon perlu melengkapkan maklumat diri di dalam borang permohonanan dengan tepat.
  3. Butiran permohonan akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM.
  4. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui EMEL selepas tapisan pada bulan JULAI 2026.
  5. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Markaz Tentera Laut Cawangan Strategi dan Perkhidmatan Sumber Manusia (Sel Pengambilan) di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau emel ke [email protected].

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut