Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Memulakan kehidupan sebagai suami isteri merupakan frasa baru yang mencabar dan antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah pengurusan kewangan dan penting bagi setiap pasangan yang baru berkahwin mempunyai pengetahuan tentang pengurusan kewangan yang betul.

Tanpa perancangan yang teliti, pasangan baru boleh terjebak dalam hutang, tekanan kewangan dan konflik rumah tangga.

Ramai pasangan baru mungkin tidak sedar bahawa isu kewangan merupakan antara punca utama pertengkaran dalam rumah tangga.

Oleh itu, amat penting untuk suami isteri membina asas kewangan yang kukuh sejak awal perkahwinan.

1. Berbincang Secara Terbuka Tentang Kewangan

komunikasi rumah tangga

Pada fasa awal perkahwinan, kebanyakan pasangan masih malu untuk berbincang secara terbuka mengenai status kewangan masing-masing.

Bagi si suami, sudah tentulah perihal gaji yang kecil mungkin menyebabkan ego mereka sedikit jatuh di hadapan isteri namun amatlah penting bagi si isteri mengetahui status pendapatan si suami bagi memudahkan urusan pengurusan perbelanjaan harian di rumah.

Dalam fasa awal pernikahan ini, pasangan perlu berbincang secara jujur tentang:

  • Pendapatan masing-masing
  • Hutang sedia ada (PTPTN, kad kredit, pinjaman kereta)
  • Tabungan dan pelaburan
  • Gaya perbelanjaan dan keutamaan kewangan

Perbincangan ini bukan untuk menghakimi, tetapi untuk memahami latar belakang kewangan masing-masing dan membina kepercayaan.

Antara cara mengekalkan keharmonian kewangan:

  • Beri ruang kepada pasangan untuk berbelanja secara peribadi tanpa rasa bersalah.
  • Adakan semakan bulanan untuk semak bajet dan tabungan.
  • Elakkan menyembunyikan hutang atau perbelanjaan besar.

Komunikasi kewangan secara terbuka merupakan tips pertama pengurusan kewangan pasangan baru berkahwin kerana ia membantu mengenal pasti potensi risiko dan peluang untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat kewangan bersama.

2. Rancang Bajet Rumah Tangga

Pengurusan Kewangan Pasangan Baru Berkahwin

Selepas mengetahui keadaan kewangan masing-masing, langkah seterusnya ialah menetapkan bajet bulanan rumah tangga.

Terdapat pelbagai formula yang boleh digunakan, antaranya formula mudah seperti 50/30/20, iaitu:

  • 50% untuk keperluan asas – Sewa rumah, bil, makanan, pengangkutan, dan keperluan harian.
  • 30% untuk kehendak – Aktiviti hiburan, makan luar, atau percutian.
  • 20% untuk simpanan dan pelaburan.

Pasangan boleh menggunakan aplikasi kewangan seperti Spendee, Money Lover, atau YNAB (You Need A Budget) bagi memantau perbelanjaan dan memastikan bajet dipatuhi.

3. Tetapkan Matlamat Kewangan Bersama

Pengurusan Kewangan Pasangan Baru Berkahwin

Pasangan perlu menetapkan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Contoh:

Jenis MatlamatContoh
Jangka Pendek (1–2 tahun)Simpanan untuk perabot rumah, percutian, dana kecemasan
Jangka Sederhana (3–5 tahun)Deposit rumah pertama, beli kereta, sambung pengajian
Jangka Panjang (5+ tahun)Dana persaraan, pendidikan anak, pelaburan hartanah

Matlamat ini perlu realistik dan disesuaikan dengan tahap pendapatan serta komitmen semasa.

Gunakan pendekatan SMART (Spesifik, Measurable, Achievable, Relevant, Time-bound) untuk menetapkan sasaran yang jelas.

Artikel berkaitan: i-Sayang KWSP: Syarat, Kelebihan & Cara Permohonan

4. Wujudkan Dana Kecemasan

Dana kecemasan ialah simpanan yang digunakan apabila berlaku perkara luar jangka seperti:

  • Kehilangan pekerjaan
  • Kerosakan kenderaan atau rumah
  • Kecemasan kesihatan

Jumlah sasaran ideal ialah 3 – 6 bulan perbelanjaan asas.

Contonya, sekiranya perbelanjaan bulanan ialah RM3,000, dana kecemasan perlu sekitar RM9,000–RM18,000.

Simpan dana ini dalam akaun simpanan berasingan yang mudah diakses tetapi tidak digunakan untuk perbelanjaan harian.

5. Pelan Insurans dan Perlindungan

Satu lagi aspek penting dalam pengurusan kewangan pasangan ialah perlindungan insurans. Ramai pasangan muda menganggap insurans sebagai beban, namun hakikatnya ia adalah pelindung kewangan jangka panjang.

Jenis insurans yang perlu dipertimbangkan termasuk:

  • Insurans hayat – Memberi pampasan kepada pasangan jika salah seorang meninggal dunia.
  • Insurans perubatan – Menanggung kos rawatan hospital yang tinggi.
  • Takaful keluarga – Alternatif patuh syariah bagi pasangan Muslim.

Dengan adanya perlindungan insurans, pasangan tidak perlu menggunakan simpanan kecemasan ketika berlaku musibah.

Apabila kewangan diurus dengan jujur, hubungan rumah tangga akan lebih kukuh dan tenang.

Mengurus kewangan untuk pasangan baru menikah bukan sekadar soal angka, tetapi juga tentang kepercayaan, komunikasi, dan tanggungjawab bersama.

Dengan perancangan kewangan yang betul mengikut tips pengurusan kewangan pasangan baru berkahwin di atas, pasangan baru bukan sahaja dapat membina rumah tangga yang bahagia tetapi juga masa depan yang stabil, bebas hutang, dan penuh keberkatan.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
Affan ada penulis di eCentral yang berkongsi artikel berkaitan kewangan, bantuan kerajaan, pendidikan, kerjaya dan isu semasa dengan penyampaian yang ringkas, jelas dan mudah difahami.