Berita Gembira Pengumuman Rasmi Perdana Menteri, PM Anwar Ibrahim Untuk Rakyat Malaysia
YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23hb Julai 2025.

Sila ikuti siaran langsung melalui saluran berikut:
RTMKlik : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
Antara yang telah diumumkan untuk rakyat Malaysia adalah :
• Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos, buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa
• Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
• Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
• Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
• Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia


Berikut diperincikan serba sedikit tentang pengumuman tersebut.
1. SARA UNTUK SEMUA
Berita baik! Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan RM100 one-off kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan.

Perkara ini telah diumumkan dalam Pengumuman Penghargaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Pemberian menerusi MyKad mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan asas di 4100 kedai seluruh negara.
Perincian tentang pemberian bantuan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
2. CUTI 15 SEPTEMBER 2025
15 September 2025 ( Isnin ) diisytiharkan sebagai cuti tambahan sempena Hari Malaysia – YAB PM
Perdana Menteri telah mengisytiharkan tarikh 15 September 2025 (Isnin) sebagai cuti umum tambahan untuk rakyat Malaysia.
Hari kelepasan am tambahan ini adalah sempena Sambutan Hari Malaysia dan sebagai penghargaan kepada semangat perpaduan.

3. HARGA RON95 TURUN
Apabila penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan nanti, rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter.
Ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025.

“Apa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas, bahkan, sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat.
Menurutnya, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.
“Bagi 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun, sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.
“Pada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi,” katanya.


Maklumat lanjut tentang pelaksanaan ini akan diperincikan dalam masa terdekat.




