Pelepasan cukai SSPN 2026 merupakan salah satu insentif penting untuk ibu bapa di Malaysia yang menyimpan bagi pendidikan anak. Walaupun ramai sudah tahu tentang had maksimum RM8,000, masih ramai yang keliru tentang cara kiraan sebenar, siapa yang layak menuntut, dan bagaimana status perkahwinan mempengaruhi jumlah pelepasan.
Sebenarnya, pelepasan ini tidak semudah “simpan dan terus claim”. Ia melibatkan beberapa faktor seperti simpanan bersih, jenis taksiran cukai, serta siapa pendeposit sebenar dalam akaun SSPN.
Sebab itu, penting untuk faham setiap situasi dengan jelas supaya anda tidak tersilap langkah.

Apa itu Pelepasan Cukai SSPN
Pelepasan cukai SSPN ialah insentif kerajaan untuk individu yang menyimpan dalam akaun SSPN bagi pendidikan anak. Jumlah simpanan yang layak boleh ditolak daripada pendapatan bercukai, sekali gus mengurangkan cukai yang perlu dibayar.
Pelepasan ini diberi sehingga maksimum RM8,000 setahun dan dikira berdasarkan simpanan bersih dalam tahun semasa.
Berapa Sebenarnya Pelepasan SSPN?
Secara asasnya, pelepasan cukai SSPN adalah sehingga RM8,000 setahun bagi setiap individu. Namun, jumlah yang boleh dituntut bukan berdasarkan jumlah simpanan semata-mata, tetapi berdasarkan simpanan bersih dalam tahun semasa.
Simpanan bersih bermaksud jumlah deposit yang dibuat dalam tahun tersebut ditolak dengan sebarang pengeluaran dalam tempoh yang sama. Sebagai contoh, jika anda menyimpan RM10,000 tetapi mengeluarkan RM3,000 dalam tahun yang sama, maka simpanan bersih anda hanyalah RM7,000. Oleh itu, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut juga terhad kepada RM7,000 sahaja.
Apa yang ramai terlepas pandang ialah:
- Baki simpanan dari tahun sebelumnya tidak diambil kira
- Dividen SSPN juga tidak dikira sebagai simpanan
- Namun, dividen ini sebenarnya dikecualikan daripada cukai, jadi tetap memberi kelebihan kepada pendeposit
Ringkasnya, hanya deposit tahun semasa selepas ditolak pengeluaran tahun semasa yang menentukan jumlah pelepasan.
Perubahan SSPN Berkaitan Yuran Pengajian Anak
Mulai tahun taksiran 2025, terdapat satu berita baik yang memberi kelebihan besar kepada ibu bapa. Jika pengeluaran SSPN dibuat khusus untuk membayar yuran pengajian tinggi anak, pengeluaran tersebut tidak lagi dikira sebagai pengurangan kepada simpanan bersih.
Ini bermaksud, walaupun anda mengeluarkan wang daripada SSPN, jumlah pelepasan cukai masih boleh kekal maksimum selagi pengeluaran tersebut digunakan untuk tujuan pendidikan yang layak.
Pengajian yang terlibat termasuk:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Sarjana (Master)
- Doktor Falsafah (PhD)
Sebagai contoh, jika anda menyimpan RM8,000 dan mengeluarkan RM5,000 untuk membayar yuran universiti anak, anda masih layak menuntut pelepasan penuh RM8,000. Ini berbeza dengan kaedah lama yang akan menolak pengeluaran tersebut daripada jumlah simpanan.
Namun begitu, anda perlu menyimpan bukti seperti resit pembayaran yuran sekiranya diminta oleh LHDN semasa audit.
Taksiran Berasingan atau Bersama
Soalan ini memang kerap muncul dan sering mengelirukan ramai orang. Hakikatnya, jawapan tidak sama untuk semua kerana ia bergantung kepada beberapa faktor utama seperti status perkahwinan, jenis taksiran cukai, dan siapa yang membuat simpanan dalam akaun SSPN tersebut.
Ramai yang menyangka kedua-dua ibu bapa boleh menuntut pelepasan untuk anak yang sama secara serentak, tetapi perkara ini tidak semestinya betul. Mari lihat penjelasan mengikut situasi.
Senario 1: Berkahwin, Taksiran Berasingan
Dalam taksiran berasingan, suami dan isteri akan mengemukakan cukai secara individu. Ini bermaksud setiap orang dinilai secara berasingan, termasuk dari segi pelepasan cukai.
Jika kedua-dua ibu bapa membuka akaun SSPN untuk anak yang sama dan masing-masing membuat simpanan, maka setiap individu hanya boleh menuntut berdasarkan jumlah yang mereka sendiri depositkan.
Sebagai contoh, jika ayah menyimpan RM6,000 dan ibu menyimpan RM5,000, maka:
- Ayah boleh claim RM6,000
- Ibu boleh claim RM5,000
Namun, setiap seorang masih tertakluk kepada had maksimum RM8,000 setahun.
Untuk memaksimumkan pelepasan, strategi yang lebih efektif ialah memastikan salah seorang pendeposit menyimpan sehingga RM8,000 dalam tahun tersebut supaya pelepasan penuh dapat dimanfaatkan.
Senario 2: Berkahwin, Taksiran Bersama
Berbeza dengan taksiran berasingan, taksiran bersama menggabungkan pendapatan dan pelepasan suami isteri dalam satu borang cukai.
Dalam situasi ini, walaupun kedua-duanya membuat simpanan, jumlah pelepasan yang boleh dituntut tetap terhad kepada RM8,000 sahaja untuk keseluruhan isi rumah.
Sebagai contoh, jika suami menyimpan RM5,000 dan isteri RM4,000, jumlah keseluruhan simpanan adalah RM9,000. Namun, pelepasan yang dibenarkan tetap hanya RM8,000 kerana had tersebut dikenakan ke atas satu taksiran, bukan individu.
Oleh itu, penting untuk merancang strategi simpanan dengan bijak jika memilih taksiran bersama.
Senario 3: Sudah Bercerai
Bagi pasangan yang telah bercerai, ramai tidak sedar bahawa kedua-dua pihak sebenarnya masih layak menuntut pelepasan SSPN.
Setiap individu boleh membuat tuntutan sehingga RM8,000 setahun, selagi mereka membuat simpanan sendiri dalam akaun SSPN anak.
Ini bermaksud, walaupun anak yang sama digunakan sebagai rujukan, bekas suami dan bekas isteri boleh menuntut pelepasan masing-masing tanpa konflik, asalkan syarat simpanan dipenuhi.
Senario 4: Bujang atau Belum Berkahwin
Bagi individu bujang, pelepasan SSPN tidak terpakai jika simpanan dibuat untuk diri sendiri. Ini kerana SSPN direka khusus sebagai instrumen simpanan pendidikan untuk anak.
Hanya individu berikut yang layak menuntut pelepasan:
- Ibu atau bapa kandung
- Ibu bapa angkat
- Penjaga sah dari segi undang-undang
Jika anda belum mempunyai anak, pelepasan ini belum relevan buat masa sekarang. Namun, memahami konsep ini lebih awal boleh membantu anda merancang dengan lebih baik pada masa hadapan.
Kesilapan Yang Selalu Berlaku
Walaupun konsep SSPN nampak mudah, masih ramai yang melakukan kesilapan yang menyebabkan jumlah pelepasan menjadi kurang atau tidak sah.
Antara kesilapan yang sering berlaku ialah:
- Tidak memahami konsep simpanan bersih dan terus menganggap semua deposit layak dituntut
- Kedua-dua pasangan cuba menuntut pelepasan untuk simpanan yang sama tanpa mengambil kira siapa pendeposit sebenar
- Menganggap dividen sebagai sebahagian daripada simpanan untuk tujuan pelepasan Membuat deposit terlalu lewat pada hujung tahun sehingga transaksi tidak sempat diproses
- Terus menyimpan dan menuntut pelepasan walaupun anak telah melepasi had umur kelayakan
Perlu diingat bahawa pelepasan SSPN hanya layak dituntut sehingga tahun sebelum anak mencapai umur 29 tahun. Selepas itu, simpanan masih boleh diteruskan, tetapi tidak lagi memberi manfaat dari segi cukai.
Soalan Lazim Pelepasan Cukai SSPN
Rujuk (FAQ) Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan SSPN di sini:
Simpan SSPN?
Ibu/bapa atau ibu/bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
taksiran cukai pendapatan?
Ya. Pendeposit Simpan SSPN layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga tahun taksiran 2027.
Ya. Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih Simpan SSPN adalah bagi kedua-dua produk Simpan SSPN iaitu akaun Simpan SSPN Prime dan akaun Simpan SSPN Plus.
Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus hanya diberikan sehingga RM8,000.
Walau bagaimanapun bagi akaun Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM7,000 ke atas caruman sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful di bawah kategori pelepasan bagi Insuran/Takaful Nyawa dan Caruman KWSP.
Tidak. Deposit simpanan yang dibuat pada tahun taksiran cukai sahaja yang layak mendapat pelepasan taksiran cukai Simpan SSPN.
a) Taksiran Berasingan: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun oleh salah seorang (ibu atau bapa) bagi akaun Simpan SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak).
b) Taksiran Bersama: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun bagi akaun Simpan SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak)
Tuntutan pelepasan taksiran cukai boleh dibuat atas akaun penerima manfaat (anak) sehingga tahun sebelum umurnya mencapai umur 29 tahun (mengikut tahun tarikh lahir anak).
Tidak. Akaun Simpan SSPN bagi penerima manfaat (anak) yang telah mencapai umur 29 tahun (mengikut kiraan tahun umur anak mencapai 29 tahun) adalah tidak layak pelepasan taksiran cukai pendapatan bagi simpanan yang dibuat pada tahun taksiran anak akan mencapai umur 29 tahun.
Tidak. Mulai tahun taksiran 2025, pengeluaran simpanan dari akaun Simpan SSPN yang bertujuan membiayai yuran pengajian anak tidak akan diambil kira dalam pengiraan tabungan bersih bagi tahun tersebut dan tidak akan menjejaskan jumlah pelepasan yang layak.
Tidak. Pendeposit hanya perlu menyimpan resit pembayaran yuran pengajian tersebut untuk tujuan semakan audit oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Peringkat pengajian yang melayakkan pengeluaran bagi tujuan pendidikan tinggi penerima manfaat (anak) adalah seperti berikut:
i. Diploma;
ii. Ijazah Sarjana Muda;
iii. Ijazah Sarjana; dan
iv. Doktor Falsafah.
Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.
Tidak layak. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
Tidak layak. Individu yang menyimpan untuk anak yatim (anak yatim yang menghuni di rumah anak yatim) di bawah jenis akaun amanah adalah tidak layak untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
Tidak layak. Dividen Simpan SSPN tidak layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN. Namun begitu, dividen Simpan SSPN dikecualikan dikenakan cukai pendapatan.
Bagi pendeposit (bapa dan ibu) yang telah bercerai, mereka adalah layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN tertakluk kepada amaun yang telah didepositkan sehingga maksimum RM8,000 setahun seorang.
Tidak layak. Sebarang hadiah berbentuk simpanan Simpan SSPN bagi sebarang peraduan atau pertandingan anjuran PTPTN adalah tidak layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN.
Pendeposit akan layak pelepasan taksiran cukai pendapatan Simpan SSPN sekiranya PTPTN menerima deposit simpanan tersebut tidak melepasi 31 Disember. Bagi pendeposit yang membuat deposit simpanan melalui saluran selain daripada kaunter PTPTN, adalah disarankan membuat deposit simpanan selewat-lewatnya 25 Disember setiap tahun.
Pendeposit akaun Simpan SSPN boleh menyemak simpanan bersih deposit simpanan yang layak pelepasan taksiran cukai pendapatan melalui aplikasi myPTPTN. Pendeposit juga boleh mencetak atau menyimpan Penyata Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Simpan SSPN.
Baca juga:




