Pass2U Wallet – Fungsi & Cara Guna (iOS, Android,Samsung)

Pass2u Wallet
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pass2U Wallet ialah aplikasi dompet digital yang membantu pengguna mengumpul, mengurus dan mendigitalkan pelbagai jenis kad dan pass dalam satu platform sahaja.

Layari portal rasmi Pass2U untuk memuat turun aplikasi, melihat senarai ciri lengkap dan maklumat lanjut berkaitan dengan Pass2uwallet.

Aplikasi ini direka kompatibel dengan Apple Wallet dan juga menyokong integrasi dengan Google Wallet.

Ini menjadikannya pilihan utama untuk pengguna iPhone dan Android yang mahukan pengurusan kad digital yang lebih pantas dan teratur.

Nak tahu lebih lanjut mengenai aplikasi ini? Rujuk info penuh di bawah.

Ringkasan Pass2U Wallet
  • Pass2U Wallet ialah dompet digital untuk menyimpan dan mengurus kad ahli, kad kedai, kupon, tiket acara, tiket perjalanan dan pelbagai pass digital dalam satu aplikasi.
  • Aplikasi ini memudahkan penukaran kad fizikal kepada digital melalui imbasan barcode/QR code, muat naik imej, fail PDF atau fail .pkpass.
  • Pass2U Wallet compatible dengan Apple Wallet dan Google Wallet
  • Ia membantu pengguna mengurangkan kad fizikal dalam dompet, menjadikan akses lebih cepat, lebih kemas dan lebih mudah semasa berada di kaunter atau dalam perjalanan.
  • Aplikasi ini juga mempunyai ciri tambahan seperti backup, restore, templat pass dan notifikasi, tetapi pengguna dinasihatkan tidak menyimpan kad bank atau maklumat kewangan sensitif di dalamnya.

Apa Itu Pass2U Wallet

Pass2U Wallet adalah aplikasi dompet digital yang berfungsi untuk menyimpan, mengurus dan mendigitalkan pelbagai kad fizikal seperti kad loyaliti, kupon, tiket acara dan boarding pass ke dalam satu tempat.

Aplikasi ini memudahkan akses pantas melalui barcode/QR code dan menyokong notifikasi berdasarkan lokasi atau masa.

Ringkasnya, kalau anda ada kad kedai yang ada barcode, anda boleh imbas kad itu, simpan dalam Pass2U Wallet dan tak perlu bawa kad fizikal dah.

Ikon Aplikasi Pass2u Wallet
Ikon Aplikasi Pass2u Wallet

Ciri & Fungsi Pass2U Wallet

Berikut senarai ciri dan fungsi utama Pass2U Wallet:

Ciri utama Pass2U Wallet

  • Menyimpan dan mengurus pelbagai jenis pass digital seperti kad ahli/membership, kad kedai, kupon, tiket acara, tiket pengangkutan, boarding pass, kad hadiah, kad identiti dan kad perniagaan.
  • Menyokong format fail .pkpass (Apple Wallet / Passbook) dan integrasi dengan Google Wallet, menjadikannya seragam untuk pengguna iOS dan Android.
  • Direka khusus untuk menyusun beratus‑ratus pass digital supaya lebih kemas, teratur dan mudah dicari.

Fungsi utama Pass2U Wallet

Secara ringkasnya, ia berfungsi sebagai “dompet digital” untuk kad digital (bukan kad kredit/debit). Ini termasuk:

  • Boarding pass
  • Kupon: Baucar kedai atau kod promosi.
  • Tiket Acara: Tiket konsert, tiket wayang, atau pas masuk acara.
  • Kad Ahli (Loyalty Cards): Kad Watson, kad Mesra, atau kad pasar raya.
  • Kad Akses Digital: Kad perpustakaan atau kad akses yang menggunakan kod bar/QR.

NOTA: Pass2U Wallet tidak digalakkan untuk menyimpan kad bank, kad kredit, kad debit atau maklumat kewangan sensitif bagi tujuan keselamatan. Sila gunakan aplikasi ini hanya untuk kad ahli, kad kedai, kupon dan tiket yang tidak mengandungi detail perbankan.

Mengapa Memilih Pass2U Wallet?
  • Tambah dan sesuaikan pelbagai jenis pass digital: Tambah boarding pass, tiket pengangkutan, tiket konsert, kupon, kad kesetiaan, tiket acara dan banyak lagi jenis pass digital di dalam satu aplikasi.
  • Reka templat sendiri dan tambah ke Google Wallet (Android): Reka dan sesuaikan templat kad sendiri, kemudian gunakan templat tersebut dan tambah pass ke dalam Google Wallet (jika format dan konfigurasi menyokong).
  • Edit pass dengan pratonton masa nyata: Edit butiran dan reka bentuk pass sambil melihat perubahan secara langsung dalam mod pratonton masa nyata sebelum simpan.

  • Pilih daripada pelbagai templat sedia ada di Pass Store: Pilih dari ratusan templat popular (kad ahli, kad kedai, kupon, tiket perjalanan, tiket acara, dan sebagainya) untuk paparan lebih kemas dan profesional.

  • Backup dan pulihkan pass melalui Google Drive: Sandarkan semua pass digital anda dan pulihkannya melalui Google Drive, membolehkan penyegerakan lancar antara peranti Android.
  • Kompatibel dengan fail .pkpass (format Apple Wallet / Passbook): Aplikasi ini menyokong fail .pkpass yang digunakan oleh Apple Wallet / Passbook, memudahkan pengguna iOS dan Android berkongsi dan menggunakan pass yang sama.
  • Terima notifikasi sebelum pass luput atau apabila berada di lokasi berkaita: Dapatkan pemberitahuan sebelum tarikh lupuh atau apabila anda berada berdekatan dengan lokasi yang relevan dengan pass tersebut.

  • Gunakan Wear OS untuk akses pantas kepada kad digital (versi Pro): Pengguna jam pintar Android boleh mengakses dan guna kad digital secara pantas melalui aplikasi Wear OS yang disokong oleh Pass2U Wallet.

Muat Turun Pass2U Wallet

Anda boleh muat turun aplikasi Pass2U Wallet melalui:

  1. App Store
  2. Google Play

Tutorial Tambah Kad/Pass ke Pass2U Wallet

Berikut ialah tutorial ringkas cara tambah kad & cara guna Pass2U Wallet mengikut peranti:

1. IOS (iPhone)

  1. Muat turun aplikasi Pass2U Wallet di App Store
  2. Buka aplikasi dan klik simbol “+”
  3. Klik “Apply a pass template”. (Ada 5 pilihan untuk tambah kad/pass, anda boleh pilih ikut kesesuaian).
  4. Klik simbol carian dan taip kad/pass yang anda ingin tambah. Pastikan pilih yang Malaysia punya ya.
  5. Isikan nama, negara dan membership number/ nombor bar kod atau scan QR code.
  6. Klik “Done”. Selesai.
  7. Pergi ke Apple Wallet anda untuk pastikan kad/pass tersebut sudah ditambah.
1. Muat turun aplikasi Pass2U Wallet

2. Buka aplikasi dan klik simbol “+”

3. Klik “Apply a pass templat”. (Ada 5 pilihan untuk tambah kad/pass, anda boleh pilih ikut kesesuaian).

4. Klik simbol carian dan taip kad/pass yang anda ingin tambah.

5. Contohnya, nak tambah kad Watson, taip watson dan pilih. Pastikan pilih yang Malaysia punya ya.

6. Isikan nama, negara dan nombor bar kod atau scan QR code.

7. Klik “Done”. Selesai.

8. Pergi ke Apple Wallet anda untuk pastikan kad/pass tersebut sudah ditambah.

2. ANDROID

  1. Muat turun aplikasi Pass2U Wallet di Google Play
  2. Buka aplikasi dan klik simbol “+” untuk tambah kad/pass.
  3. Klik “Apply a pass template”. (Ada 5 pilihan untuk tambah kad/pass, anda boleh pilih ikut kesesuaian).
  4. Pilih templat (kad kedai, kad kesetiaan, kupon, tiket perjalanan, tiket acara, etc).
  5. Isikan nama, negara dan membership number/ nombor bar kod atau scan QR code (jangan lupa screenshot siap-siap barcode kat aplikasi yang anda nak tambah).
  6. Klik “Done”. Selesai.
  7. Kad akan muncul di dalam aplikasi Google Wallet dan boleh digunakan di kaunter bayaran.

3. SAMSUNG

Untuk pengguna samsung, anda boleh rujuk cara-cara yang dikongsikan oleh pengguna thread @seketulkucim

  1. Screenshot QR/ barcode dari apps
  2. 2. Pergi Samsung Wallet > Membership > ‘+’. Nanti ada option import/ take picture/ enter manually. Then follow je step.
  3. Dah settle masuk all the details, boleh raname & edit card image.
  4. Settle!

IMPORTANT: Paling accurate is to import from gallery. Import by QR, it will appear as QR. Import by barcode, it will appear as barcode.

Sumber: @seketulkucim
Sumber: @seketulkucim

Sumber: @seketulkucim

Sumber: @seketulkucim

Sumber: @seketulkucim

Kelebihan Menggunakan Pass2U Wallet

Pass2U Wallet menawarkan beberapa kelebihan utama yang menjadikannya pilihan praktikal untuk pengguna yang ingin mengurus dan mendigitalkan pelbagai jenis kad dan pass.

1. Dompet digital yang terpusat

Pass2U membolehkan anda mengumpulkan pelbagai jenis pass seperti kad ahli, kad kedai, kad kesetiaan, kupon, tiket perjalanan, tiket acara dan boarding pass dalam satu aplikasi sahaja.

Ini membantu mengurangkan timbunan kad fizikal dan memudahkan pengguna menyusun semua pass secara teratur.

2. Cepat dan mudah diakses

Fail kad boleh ditambah melalui imbasan barcode/QR, muat turun fail .pkpass atau penukaran imej/PDF kepada pass digital, kemudian disimpan ke Apple Wallet atau Google Wallet.

Pengguna hanya perlu memaparkan QR/barcode di skrin peranti untuk pengesahan pantas di kaunter, tanpa perlu membuka banyak aplikasi.

3. Sesuai untuk pengguna iPhone dan Android

Aplikasi ini menyokong format Apple Wallet/Passbook dan boleh digunakan untuk menyimpan serta mengurus pass di peranti Android, manakala pengguna iPhone boleh tambah pass ke dalam Apple Wallet.

4. Sokongan backup dan keselamatan

Pass2U menyokong pencadangan dan pemulihan pass melalui Google Drive, membantu pengguna menyelamatkan data kad jika berlaku pertukaran peranti atau kehilangan telefon.

5. Berguna untuk pengguna dan perniagaan

Untuk pengguna, kelebihannya termasuk kemasan dompet, pengurusan promosi, kadangkala rekod transaksi dan promosi yang memudahkan perancangan pembelian.

Untuk perniagaan, Pass2U juga boleh digunakan untuk mengedarkan kupon dan kad ahli kepada pelanggan, meningkatkan penyertaan promosi dan mengurangkan pergantungan kepada kad kertas.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau info terkini, sila rujuk:

  1. Portal Pass2U
  2. Email: [email protected]

Soalan Lazim Pass2U Wallet

Apa itu Pass2U Wallet?

Pass2U Wallet ialah aplikasi dompet digital untuk menyimpan, mengurus dan mendigitalkan kad atau pass dalam satu aplikasi. Ia menyokong format pass Apple Wallet dan juga boleh digunakan bersama Google Wallet pada peranti Android.

Apa jenis kad yang boleh disimpan dalam Pass2U Wallet?

Pass2U Wallet sesuai untuk kad ahli, kad kesetiaan, kad kedai, kupon, tiket acara, boarding pass, tiket pengangkutan, kad hadiah, kad perniagaan dan kad identiti biasa. Aplikasi ini direka untuk memudahkan pengurusan pass digital harian.

Bagaimana cara tambah kad ke Pass2U Wallet?

Anda boleh menambah kad dengan mengimbas kod bar atau QR code, memuat naik imej atau fail PDF, atau mengimport fail .pkpass. Untuk sesetengah templat, anda juga boleh terus menambahnya ke Google Wallet jika pilihan sokongan diaktifkan.

Bolehkah Pass2U Wallet digunakan di iPhone dan Android?

Ya, Pass2U Wallet menyokong kedua-dua platform. Pengguna iPhone boleh menambah pass ke Apple Wallet, manakala pengguna Android boleh menambahnya ke Google Wallet.

Adakah Pass2U Wallet menyokong fail .pkpass?

Ya, Pass2U Wallet serasi dengan fail .pkpass, iaitu format pass yang digunakan oleh Apple Wallet/Passbook. Fail ini boleh diimport untuk dijadikan pass digital dalam aplikasi

Adakah Pass2U Wallet selamat digunakan?

Pass2U Wallet direka untuk pass digital seperti kad ahli, kupon dan tiket, BUKAN untuk kad bank atau maklumat kewangan sensitif. Untuk keselamatan, elakkan menyimpan kad debit, kad kredit, PIN atau data perbankan dalam aplikasi ini.

Kenapa kad saya tidak boleh ditambah ke Google Wallet?

Biasanya sebabnya ialah templat pass belum mengaktifkan pilihan “Support Google Wallet”, atau format pass tersebut tidak serasi sepenuhnya. Untuk tambah ke Google Wallet, pilihan sokongan perlu dihidupkan semasa mencipta templat pass.

Adakah semua ciri tersedia secara percuma?

Tidak semua ciri tersedia secara percuma. Beberapa fungsi lanjutan disediakan dalam versi Pro, bergantung pada jenis ciri yang digunakan.

Apa kelebihan utama Pass2U Wallet?

Kelebihan utamanya ialah semua kad dan kupon boleh dikumpulkan dalam satu tempat, mudah diakses, boleh diimbas dengan cepat di kaunter, dan boleh disandarkan ke Google Drive untuk memudahkan penggunaan merentas peranti.

Siapa yang sesuai gunakan Pass2U Wallet?

Aplikasi ini sesuai untuk pengguna yang kerap menggunakan kad ahli, kad kedai, kupon, tiket acara atau tiket pengangkutan, serta pengguna yang mahu dompet fizikal yang lebih kemas dan teratur.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: